ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Aug 31, 2009

31/08/09. Isnin.

SELOKA KOTA SEPUTEH DAN LUNAS

Kota Seputeh Parlimen Jerlun
Lunas Parlimen Padang Serai
Sudah 7 kali BN kena balun
Sampai sekarang tergaru-garu

Politik lama amalan Barisan Nasional
Politik baru gagasan Pakatan
Semakin hari semakin tak rasional
Akibat tamak dan kejar habuan

Kota Seputeh kerusi dah kosong
BN berjuang tidak ikhlas
7 kali sudah melopong
Rakyat tolak tanpa belas

YB lunas tiada maruah
Jual kerusi tak rasa malu
BN takut dan rasa susah
Ditolak rakyat bertalu-talu

Ponteng sidang tanpa alasan
YB Kota Seputeh tak rasa malu
Speaker DUN sudah maklumkan
SPR membisu buat tak tahu

Muka YB muka tak malu
Itulah sikap ADUN Barisan Nasional
Sikap SPR kita dah tahu
Tidak telus tidak professional

BN takut hendak berlawan
Terpaksa guna jentera kerajaan
Rakyat cerdik pandang ke hadapan
7 kali BN kena hukuman

Najib Muhyiddin terus bingung
Kalah terus tak ada yang menang
7 kali kepala berdengung
Muka pucat hati meradang

Zahid Hamidi Hishamudin Ketua Puteri
Shafei Afdal dan juga Khairi
BN berkubur menyembah bumi
Perjuangan lapuk pentingkan diri

Aug 29, 2009

29/08/09. Sabtu.

BENIH WAWASAN 2020 KEPADA ISLAM HADHARI UNTUK 1 MALAYSIA MENJADIKAN ANAK SAITAN YANG BERTAHTA DIHATI.



Hanyar mengharapkan muhasabahlah Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor untuk menilai seseorang dan berhati-hati untuk menerajui dalam kerajaan yang rakyat memilih semasa PRU12 lepas. Semuanya angkara benih-benih umno yang tidak boleh diharap diletakkan dengan jawatan dalam kerajaan dan telah merosakkan harapan rakyat. Hanyar tidak menuduh kumpulan yang berdemo itu adalah sebahagian wakil anggota Pakatan Rakyat.

Hanyar mengharapkan agar semua pihak yang berfikiran waras, bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum serta agama, agar suasana yang tegang berlaku di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Hanyar amat mengutuk kerana perkara itu berlaku tanpa ada halangan, dan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian serta tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undang-undang yang berbentuk provokasi seperti membenarkan, menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Mengapa pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Jelas menunjukkan sikap pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Aug 25, 2009

keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551

CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad
CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad


25/08/09. Selasa.
BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK UNTUK MASA DEPAN ANAK BANGSA MALAYSIA.



1) "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.


2) "Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," tambahan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

3) "Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "..... Inilah kata hikmah dari Tuan Guru...

4) Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.

5) Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

6) InsyaALLAH... Kemenangan pada pihak yg menegakkan agama Allah... Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.

Jawapan setiap isu di Permatang Pasir

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga

  1. Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
  2. Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
  3. Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
  4. Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.

Aug 22, 2009

22/08/09. Sabtu.



Kalau dulu PAS, keADILan, DAP keluarkan kenyataan ada pengundi hantu apabila adanya pilihanraya. Dah menjadi kelainan pula hari ini, Umno yang menjadi kerajaan Pemerintah 1 Malaysia iaitu samseng umno berkata N11 Permatang Pasir ada tersenarai nama pengundi hantu. Kenapa samseng-samseng umno sesuka hati membuat kenyataan seperti itu. Sedangkan kuasa yang mereka ada dipermainkan untuk menyusahkan rakyat.
Kepada samseng-samseng umno buatlah kerja untuk rakyat, sepertimana yang rakyat hendakkan agar Negara tidak menjadi bengrap dengan kuasa samseng umno.
Rakyat tidak suka pada H1N1, begitu juga dengan "Hisyamudin1Najib1 + 1 Muhiddin.

Aug 21, 2009

21/08/09. Jumaat.

SURAT LAYANG/MELAYANG YANG PENTING KANDUNGAN BERITA DISIASAT..

page1gnjfupgtjr

page2brq

page3k

page4n

page5nen


Aug 18, 2009

18/08/09. Selasa.
Hissyammuddin1Najib1 Dan 1Muhidin TAKUT



Sah dah memang mereka nak tangkap Gobala.Isu basi BN yang kurang cerdik. Lepas ni Gobala dan rakyat bersama DSAI kita semua turun JOHOR pula. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor. Tawan Johor.

Aug 17, 2009

17/08/09. Isnin.

Hissyammuddin1Najib1 Dalam 1Malaysia

Laporan lansung Penamaan Calon Permatang Pasir

10.10 pagi : Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

10.00 pagi : Penamaan calon ditutup. Setakat ini 3 orang telah menyerahkan borang. Rohaizat Othman dari BN, Mohd Salleh Man dari PAS dan Kamarul Ramizi Bebas. Masa bantahan 1 jam.

9.45 pagi : Menunggu masa penamaan calon tamat untuk masa bantahan pula.

9.38 pagi : Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris tiba di pusat penamaan calon.

9.30 pagi : Bilangan penyokong PAS dianggarkan 5,000 orang. BN 500 orang.

9.24 pagi : Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris dikhabar masih di dalam perjalanannya ke pusat penamaan calon

9.15 pagi : Tidak kelihatan seorang pun calon Bebas. Mungkin pertandingan hanya BN lwn PAS.

9.05 pagi : Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.

9.00 pagi : Penamaan Calon dibuka, Rohaizat dari BN masuk dahulu diikuti dengan Ust Mohd Salleh Man dari PAS

8.45 pagi : Rombongan BN mula bergerak ke pusat penamaan calon diketuai TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Rohaizat Othman, dan pemimpin Umno serta BN lain.

8.40 pagi : Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pusat penamaan Calon

8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8.00 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.55 pagi. Ahmad Zahid Hamidi dan Ali Rustam turut kelihatan.

7.52 pagi : Timb Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Seri Nizar Jamalauddin hadir bersama penyokong PAS.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi: Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN. Ramai menggunakan topeng pelindung elak penularan wabak H1N1 di Permtg Pasir

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.





Aug 14, 2009

14/08/09. Jumaat.

AMARAN KERAS KEPADA BERITA TIDAK BENAR.


Hanyar menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi supaya bertindaklah seperti manusia yang berakal waras untuk menerima sesuatu maklumat. Jangan lah jadi penghasud sepertimana Pemuda Cawangan Umno Telok Datuk yang tidak mahu menyelidik, tetapi menjadi pengkianat rakyat.

Menjadi manusia yang beragama Islam, berpandulah kepada Alquran dan Hadis untuk tidak menjadi terpesong. Jangan kerana kepentingan politik sendiri, sanggup menjadi orang suruhan pada yang berita sebenar kepada berita tidak benar.

Kepada isu arak yang dikaitkan dengan Exco Kerajaan Tempatan YB Ronei Leu adalah berita yang diwar-warkan dari pemerintah 1 Malaysia tidak benar.

Pada rakyat Malaysia yang cintakan aman damai serta ekonomi kepada meningkat, perlulah bertanggungjawab pada semua lapisan rakyat (kaum) jangan cuba memfitnah/ menghasud/ merosak pemikiran rakyat untuk menjadi kepentingan politik, sanggup menzalimi diri sendiri.

Umno wajib bertanggungjawab menyebarkan berita sebenar dan jangan menjadikan modal isu tidak betul untuk tujuan kepentingan parti. Kalau Umno menyifatkan bertanggungjawab kepada semua bangsa untuk adil, tidak perlu isu arak di Selangor diputar belitkan berita sebenar. Pakatan Rakyat mempunyai fakta yang benar apa yang berlaku dan janganlah kerohkan keadaan sebenar. Hanyar mewakili rakyat Marhaen cabar Umno tolong beri fakta yang tidak boleh bercanggah agar rakyat dapat mempercayai semula Umno yang makin pupus.

Hanyar jamin sekiranya Umno betul-betul jujur dalam pemerintahan, sudah tentu semua kaum akan menghormati tonggak parti BN. Nasihat Hanyar, Umno jangan jadi talibarut kepada saitan laknat. Sia-sia sahaja perjuangan kamu untuk negara Islam yang semua orang tahu.

Aug 12, 2009

12/8/09. Selasa.

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM
11 Ogos 2009Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekongrasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan
menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Aug 11, 2009

11/8/09. Isnin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir


Penamaan Calon : 17/08/09. Isnin.
Pilhanraya : 25/08/09

Pusat Penamaan Calon akan diadakan di:
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Jalan Berapit
Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Aug 7, 2009

07/08/09. Jumaat.

DAP MELAMPAU? SEMUA SAMA..
Sejak akhir-akhir ini Kerajaan Pakatan Rakyat makin menjadi rosak oleh kerana pemimpin kerajaan bersikap tidak jujur terhadap rakyat. PRU 12 bukanlah untuk sekutu parti pembangkang sesuka hati untuk langsung tidak memperdulikan hak rakyat. Apalah gunanya sebelum mendapat kerusi memerintah, bagaikan ayam sudah bertelor, berketok riuh sekampong.






Nampaknya apabila telah berkuasa memerintah Negeri, sudah kelihatan seperti monyek makan buah diatas pokok, kulit buang kebawah, kura-kura tengok saja.

Harus ingat, kura-kura tidak punya kuasa memanjat, tetapi akalnya cerdik. Ditabornya kaca, simonyetni akan memijak, apa akan terjadi?

Hari ini Umno BN sudah gempar dengan semangat “BN tawan Selangor”. Umno tidak perlu lagi bekata nak memertabatkan ketuanan melayu. Junjung sajalah slogan “Umno menebus maruah bangsa”. Merosakkan maruah bangsa melayu adalah Umno juga. Bukan PAS, Bukan DAP, Bukan keADILan, Bukan MIC, Bukan MCA dan parti yang lain.

Dulu keADILan riuh nak tawan Selangor, Allah Maha Kuasa diberi kuasa sebagai dugaan untuk hari ini.Rupanya tidak sedia pakaian dengan jahitan benang yang berjenama. Bagaikan seluar berzip, tetapi dibelakang rupanya jahitan terkoyak.

Dari awal dulu semasa kepimpinan Hanyar dibahagian, ibaratkan dengan slogan “ kita bagaikan sebatang lidi, rumpunkan dengan ikatan yang kuat supaya jadi penyapu”. Fikir-fikirlah kalau lidi tadi jadi penyapu untuk apa? Kalau tidak rumpunkan lidi tadi, apakah tidak mudah dipatahkan? Begitu juga setelah dirumpunkan, sudah tentu tidak daya untuk dipatahkan. Apa perlunya pula penyapu? Sudah tentu kita guna untuk menyapu bersihkan dimana ada sampah. Penyapu memang dianggap kotor, tetapi kawasan yang dibersihkan sudah tentu kelihatan kemas. Bagi saya penyapu bukanlah perlu dipandang terlalu kotor.

Pakatan Rakyat yang memerintah dibeberapa buah negeri, hari ini perlulah berwaspada untuk hari mendatang. Rakyat marhaen masih percaya kepada demokrasi. Janganlah persia-siakan hak rakyat untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat adalah penyapu hasil dari batang lidi yang merupakan rakyat. Dari itu lidi merasa bermakna.setelah digunakan. Oleh itu pengharapan rakyat marhaen mengharapkan pembelaan, dan janganlah menjadikan kerusi politik tempat mencari makan untuk peribadi.




Aug 5, 2009

Inkuis Hari Ini bersambung..

"Kita telah meneliti dokumen-dokumen itu dan mendapatkan pandangan pakar. Kita akan meneruskan prosiding inkues itu hari ini.

"Tiada permohonan lain lagi yang akan dikemukakan hari ini," kata beliau.

Bagaimanapun, Gobind berkata, pihaknya masih menunggu salinan kenyataan saksi-saksi dan laporan akhir DNA daripada pihak pendakwaan.

Aug 3, 2009

3/8/9/. Isnin.

Pembela Hak Melayu, perwaris dan perkasa Seperti Separna No 6

Ini beritanya (klik Malaysian Insider) tentang sasaran kerajaan Bini Najib untuk menjual harta tanah negara bernilai RM 20 bilion dalam masa satu dekad ke hadapan.

kepada para pembela hak Melayu, perwaris dan perkasa, yang berapi-api kunun anti Cina dan gegak gempita melaungkan Ketuanan Melayu, inilah peluangnya untuk mereka turun membela kunun warisan tanah dan air (banyak lagi ker yang tertinggal?).

biarpun, sebenarnya perwaris dan perkasa tidaklah lebih peranannya melainkan menjadi alat parti pemerintah Barisan Nasional - uMno, mIc dan mCa. ataupun sebenarnya mereka bebal untuk berfikir melangkaui politik perkauman atau politik kebencian Umno - yang anti rakyat Malaysia berketurunan Cina (bukan negara China). Kerana untuk golongan seperti perwaris dan perkasa ini, segala masalah kemiskinan atau pembahagian kekayaan ekonomi di Malaysia berpunca daripada org.2 Cina. biarpun yang menjualnya elit2 meLAYU Umno, seperti:

1. Pulau Pangkor Laut - kini milik Francis Yeoh.
2. Pulau Redang/ Tioman - Vincent Tan.
3. Banyak hartanah syarikat milik rakyat Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel Majestic- kini milik Francis Yeoh.
4. Bukit, gunung-ganang, tanah tinggi Genting - kini milik Lim Goh Tong.
5. Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor seluas 25,000 ekar, tanah rizab Melayu yg dijual ke Singapura, dan kini dikawal pasukan keselamatan republik pulau pura-pura itu.

peliknya, tak terdengar pula kunun jaguh2 perwaris/perkasa menjerit membuat bingit.
takut ker nak lawan tauke-tauke cukong ini? pergilah buat forum, berdemonstrasi.
atau beraninya perwaris/perkasa ini hanya pada golongan yg lemah?

dan sekarang dengan Dasar Liberalisasi Ekonomi, BN bukan saja menjual harta tanah kepada kunun org2 Cina, tetapi juga kepada pemodal2 antarabangsa, kapitalis zionis israel, kapitalis Amerika Sykt dan Eropah.

Felda Berhad kini diniagakan di bursa saham. tak ada lagi kuota pemilikan khas utk bumiputera. perwaris dan perkasa perlu memberi perhatian khas dalam hal ini - kalau mereka mampu berfikirlah.

atau sebenarnya perwaris/ perkasa buat2 tak faham, yg paling penting dapat cari makan masyuk, maka terus menipu orang2 Melayu biar terus jadi bodoh, mudah diperkudakan kerajaan BN, dapat untung dengan menjual rakyat, sumber alam dan tanah air ini kepada org2 kaya Cina, Melayu, Melanau, India, Singapura, Asia, Amerika Syarikat, dan termasuklah zionis israel.

maksudnya, sesiapa yang menjadi pemegang saham terbesar Felda, tak kiralah zionis israel ker atau kapitalis penjajah Amerika Sykt ker, maka tergadailah harta dan tanah Felda ke tangan2 haloba kerakusan ini. berapa ramai para peneroka Felda yg telah mendapat geran tanah mereka?

kenapa senyap saja perwaris dan perkasa ini???ini isu hak org2 Melayu, yg dirampas oleh kerajaan Melayu juga, yg memerintah Malaysia lebih 50 tahun pula.

Aug 1, 2009

1/08/09. Sabtu.

SIKAP 1 MALAYSIA YANG MUNAFIK. RAKYAT AKAN MENENTUKAN DI PERMATANG PASIR. SETERUSNYA PRU 13 NANTI.






















Kekejaman dan kezaliman UMNO BN dan Polis Di Raja Malaysia yang bertindak ganas dan kasar kepada rakyat pasti akan terbalas juga nanti. Hanyar dan rakan-rakan dari K.Lgt tidak akan lupa gara-gara keganasan yang dilakukan keatas rakyat. Undi mau, janji tinggal janji. Pemimpin besar BN adalah disamakan golongan manusia munafik.

Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun dihalang untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong namun, yang nyata, dunia menyaksikan hari ini rakyat berbilang kaum telah bangkit dalam bilangan yang ramai sehingga mencecah 100,000 orang (sekalipun angka oleh media massa hanya 20,000).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul iskandar Mohd Akin di dalam kenyataannya menyatakan AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Katanya, AMK mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan.

Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat.

Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Sementara itu, seorang Ketua PAS Peringkat Bahagian menyatakan, isu ISA dan kezaliman polis hari ini pasti akan dibawa ke Permatang Pasir dan UMNO BN perlu dihukum oleh rakyat kerana membiarkan polis bertindak sewenang-wenang ke atas rakyat.

"Pihak polis merasa diri mereka terlalu berkuasa, lebih berkuasa dari Yang Dipertuan Agong, apabila mereka menghalang rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju untuk menerima kehadiran rakyat di Istana Negara," jelasnya.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.