ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Nov 30, 2009

BTN BUKAN KEMPIN POLITIK UMNO, BAGAIMANA PULA TAHANAN ISA DI KEM KEMUNTING?

Hanyar tak nak bincang pasal ISA. UBN buat kerja salah lagi. Pemimpin UBN lebih teruk dari Chin Peng. Chin Peng mengepalai pembunuhan mengakibatkan hilang nyawa dan mati. Siapa mengakibatkan kumpulan Chin Peng mengganas? Bacalah sejarah yang sebenar.

Pembangunan Insan amat perlu pada setiap negara yang mengamal demokrasi. Berbeza pula dengan UBN terhadap rakyat semasa masih memerintah. UBN mengujudkan BTN dan kekalkan ISA adalah sebagai tembok untuk mempertahankan pemerintahan yang makin lama makin korap.

Baru-baru ini kerajaan Selangor mengambil tanggungjawab supaya yang berkaitan, jangan terlibat menghadiri program BTN. Kerana BTN adalah penghasut serta memecah belah kepada Kerajaan PR dan merosakkan minda.

Semalam secara rambang, Hanyar menemui orang-orang yang pernah menghadiri program BTN, Kebanyakannya dari kalangan guru, kakitangan awam dan pelajar U, 90% mengatakan program itu untuk membunuh minda supaya menilai yang baik kepada buruk dan samalah seperti menghasut kami untuk membenci pembangkang.

Mereka-mereka yang Hanyar berjumpa, semuanya berkata BTN itu tembok umno. BTN berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia, sayangkan kerajaan Malaysia (kerajaan korap) dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan. Dan mereka berkata, kami mahukan perubahan kerana yang bertanggungjawab kepada kami iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI mengajar kami untuk berfikir dan beliau sanggup dipenjara beberapa tahun kerana rakyat.

Kerajaan yang adil kepada rakyat tidak perlu BTN sebagai tembok perjuangan.

Apa yang Hanyar dapat simpulkan dari pendapat rakyat marhain, mereka amat menyokong tindakan kerajaan PR Dan mengharapkan lagi untuk terus dengan ketelusan memimpin kerajaan Selangor serta pada PRU 13 nanti, rakyat Malaysia lebih yakin memberi undi untuk menerajui Malaysia pula.

Dihalusi balik, mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak, orang-orang yang tiada alternatif lain. Jadi,kepada anda yang dah sedar, bantu mereka yang memerlukan. Kalau hari-hari merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama, baca Utusan Malaysia dan Berita Harian, memang bekulah akal untuk berfikir.

Kepada yang masuk kerja kerajaan, kalau pergi kursus, lepas balik jangan lupa bukak internet, baca Harakah. Juga kepada pelajar lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Tajuk diatas, Hanyar cuba mengelirukan, ramai kata mengarut. Pemimpin umno dan berkepentingan lagi kata mengarut malah menuduh Hanyar pula menghasut. Yang benar Hanyar kata benar dan yang salah tetap disanggah.