ERTI BERMARTABAT
Jan 1, 2010
Kalau lah itu Yang Bersifat Pada Seorang Peguam DSAI.
Amat tidak disangka sekali sikap seorang MP dari kerusi PKR yang dipinjamkan dari ahli PAS berjiwa perkauman. PKR tidak mengajar untuk perkauman. PKR membawa perubahan kepada bersangka baik pada semua kaum. Begitu juga PR.
Dan MP ini dikenali sebagai warak dan amat setuju dikatakan pak lebai.
Sangat sedih jika lebai ini berjiwa perkauman. Apakah dia lebai celop?
Lebai dari kaca mata orang ramai yang faham, bersifat adil dan selalunya bila menghadapi masaalah, ia akan rujuk Quran dan Hadis.
Walau apapun kita kena teliti Lebai ini, dan jangan sehingga boleh memburukkan keadaan.
Sama-samalah kita mengikuti artikel INI dan INI serta halusi agar 1431 dan 2010 tidak tercemar dengan spekulasi orang yang tidak bertanggungjawab seperti dia dan dia.
Selamat Tahun Baru 2010
Tahun Baru Lebih Bermakna Jika Rakyat Terus Membawa Perubahan
Tahun 2009 sudah hampir berlalu dan 2010 menanti kita dengan penuh harapan. Harapan agar hidup kita akan bertambah baik dan kita akan dapat hidup lebih selesa. Setiap orang pula akan berazam untuk mencapai sesuatu yang baru yang dapat mengubah hidupnya.
Namun harapan sahaja tidak memadai. Rakyat perlu terus membawa perubahan; membuang apa yang tidak berguna dan membina kuasa yang dapat membawa perubahan. Ini tidak mustahil ! Rakyat telah membuktikannya semasa pilihanraya pada Mac 2008.
Jom kita renung sejenak perubahan yang telah kita bawa:
- Menafikan Kerajaan BN 2/3 di Parlimen. Memberikan 5 (-1) negeri kepada Kerajaan PR.
- Sebanyak 9 Pilihanraya Kecil telah dijalankan dan BN hanya dapat pertahankan 2 kerusi sahaja – keputusan muktamad PR 7- BN 2.
- Ahli Parlimen BN terpaksa meninggalkan majlis untuk menyelamatkan Bajet 2010.
- Kuasa rakyat pada 1 Ogos 2009, memaksa Kerajaan untuk mengkaji semula ISA (walaupun kita mahu ianya dimansuhkan).
- Kini tinggal jumlah tahanan ISA yang paling sedikit di Kem Tahanan Kamunting.
- MACC walaupun masih berkuasa, kini terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugasnya. Skandal PKFZ sudah mula menampakkan beberapa tangkapan dibuat akhirnya.
- Perdana Menteri yang selama ini hanya mengiktiraf MIC, kini secara terus terang mengkritik parti itu dengan mengiktiraf satu lagi parti lain. Ini kerana rakyat juga telah membuang MIC.
- Krisis dalam MCA berterusan kerana ahlinya enggan mengiktiraf pemimpinnya yang korup.
- Hasrat menubuhkan Kerajaan Campuran oleh PAS juga ditolak oleh rakyat.
Semua perubahan ini adalah sebahagian daripada sejarah yang dicipta oleh rakyat sendiri. Jadi, rakyat harus terus membawa perubahan demi mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama. Kerajaan PR pula harus membuang sikap meneruskan tradisi BN. Jangan berikan gula-gula kepada rakyat. Perubahan polisi harus dilakukan misalnya dalam:
i. isu tanah – iktiraf hak peneroka bandar dan Orang Asli;
ii. isu pilihanraya tempatan – kembalikan hak demokrasi rakyat;
iii. isu penswastaan hospital - jangan luluskan sebarang projek baru di 4 buah negeri di bawah Kerajaan PR;
iv. mengadakan pungutan suara (referendum) dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat sebelum membuat keputusan – seperti isu konsensi air di Selangor;
Tahun 2010 juga menanti kita dengan banyak lagi cabaran. Satu cabaran yang paling ketara adalah cukai GST. Kerajaan BN yang korup dan kini hampir bankrap, mahu menyelamatkan dirinya dengan mencekik rakyat. Dengan memperkenalkan cukai GST rakyat terpaksa membayar 4% cukai untuk hampir semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Cukai ini akan meninggal satu kesan yang besar terhadap rakyat
Maka kita harus menyambut tahun baru 2010 dengan membuat satu lagi perjuangan. Rakyat harus bersatu membantah perlaksanaan cukai GST. Kita tahu ini tidak mustahil!