ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 13, 2009

13/09/2009. Ahad

RM 1.35 JUTA MENJADI WANG RASUAH POLITIK UNTUK MASJID DAN SURAU DISELURUH SELANGOR.


Amalan umno 1Malaysia, sempena menyambut hujung Ramadhan dan sambutan Syawal, DSN telah meluluskan peruntukan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di seluroh Selangor untuk menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan dan Syawal.

Pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar. Seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Yang menjadi persoalan kepada masyarakat Selangor, kalau pun hendak diberi bantuan kepada masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung puasa. Hanyar menitik beratkan perkara ini adalah seperti peruntukan rasuah sempena bulan Syawal yang mulia bagi penganut Islam.

Sikap 1 Malaysia menunjukkan cara kepimpinan tidak cerdik dan mencerminkan kehancuran unmoBN akan muncul tiba. Hanyar persoalkan ialah mengapa RM1.35 juta atas nama parti umnoBN dan sangat keterlaluan kerja rasuah konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor .

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

Berbagai rancangan taktik lapok itu digunakan oleh BN, Hanyar yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.


Rakyat prihatin wajib sebarkan pada semua rakyat yang miliki MY KAD “KATAKAN BN RASUAH/SALAH GUNA HAK UNTUK ISLAM DI BULAN MULIA”