ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 17, 2013

DiParlimen Dan Parti, Najib akan mengalami ......!!!

Dengan seminggu sebelum sidang Parlimen bermula, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan yang boleh menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak mampu meneruskan mandat peribadinya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Walaupun tiada ancaman serta merta terhadap pengerusi BN itu untuk jawatannya, sekumpulan penggubal undang-undang gabungan pemerintah itu mahukan tawaran lebih baik untuk menghentikan mereka daripada sama ada untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah atau menukar kepimpinan dalam pemilihan Umno akhir tahun ini.
Dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, penganalisis mengatakan Najib tidak berada dalam kedudukan untuk berhujah dengan ahli-ahli Parlimen ini kerana hanya dengan pembelotan 23 daripada mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan atau keistimewaan lain boleh menyaksikan kerajaan baru terbentuk di Malaysia.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, ancaman tersirat itu digunakan dalam lingkungan Umno untuk memastikan Najib tunduk kepada garis parti dan mengurangkan pembaharuan ekonomi, kerajaan dan politik beliau.
Penulis-penulis blog pro Umno dari kem Mahathir telah mendesak agar penasihat-penasihat penting Najib meletakan jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan strategi bagi membantu BN menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013, termasuk memberikan lebih banyak wang tunai dan bantuan kepada sekolah dan organisasi bukan Melayu selain dari mengurangkan sekatan perniagaan.
Bersama-sama dengan kumpulan dan pertubuhan perniagaan Melayu, mereka percaya Najib sekarang harus memberikan lebih banyak kepada Melayu dan tidak perlu menghiraukan kaum lain – pandangan membimbangkan sekutu Najib dan negara lain yang mesra kepada perdana menteri.
Akan tetapi Najib telah mengatakan beliau akan meneruskan polisi di bawah program transformasinya untuk merancakkan ekonomi tempatan dan menggerakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau juga telah menamakan 20 ahli Parlimen Malaysia Timur sebagai menteri dan timbalan menteri akan tetapi selebihnya turut mahukan jawatan selain daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak dinamakan menyertai Kabinet dan dilantik jawatan kanan lain.
“Beliau perlu memuaskan ahli-ahli Parlimen Borneo dan juga ahli-ahli Parlimen Umno atau akan berhadapan dengan pemberontakan,” kata ahli politik kanan BN kepada The Malaysian Insider.
Najib bukanlah presiden Umno pertama yang berhadapan dengan ancaman seperti ini.
Pendahulunya mengalami ancaman sama selepas Pilihan Raya 2008, dari dalam partinya dan juga PR yang mengatakan mereka akan merampas Putrajaya pada 16 September, 2008 dengan pembelotan ahli-ahli Parlimen BN.
Pentadbiran Abdullah menguruskan ancaman itu dengan serius apabila menghantar 49 ahli Parlimen ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian, lebih seminggu sebelum tarikh itu yang juga merupakan Hari Malaysia.
Parti tunjang PR, PKR menghantar beberapa orang pemimpin ke Taiwan untuk bercakap dengan ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi ancaman itu tidak menjadi kenyataan.
Tetapi ia mencukupi untuk menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno enam bulan kemudian pada April 2009, selepas menerima tekanan dari ahli-ahli Parlimen BN dan partinya.
Ironinya, sesetengah ahli-ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke Taiwan itu sekarang merupakan sebahagian daripada kumpulan - berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk membelot menyertai PR.
Putera Kelantan itu, sekarang merupakan satu-satunya ahli Parlimen sejak era bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semenjak 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.
“Mereka yang berjumpa dengan Ku Li boleh memulakan seawal minggu hadapan untuk menonjolkan pendirian mereka,” kata sumber BN menggunakan nama samaran bekas naib presiden Umno itu.
Akan tetapi terdapat keraguan Tengku Razaleigh boleh berjaya mendapatkan cukup ahli-ahli Parlimen BN bagi menyertai PR dalam undi tidak percaya kepada Najib atau pembelotan untuk kerajaan perpaduan.
“Seperti Pak Lah, Najib boleh melawan semula cabaran seperti itu. Akan tetapi seperti Pak Lah juga, adakah itu mencukupi untuk menghentikan Umno untuk bertindak terhadapnya?” kata sumber BN itu merujuk kepada nama gelaran Abdullah.
“Sekarang itulah persoalan besarnya,” tambah beliau.
Akan tetapi sumber mengatakan beliau menjangkakan Najib akan memulakan langkah untuk menghentikan dua ancaman terhadap kedudukannya pada minggu hadapan sebelum Parlimen bermula.
“Ia seharusnya menjadi minggu yang menarik,” katanya. – 17 Jun, 2013.