ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 3, 2009

DIMANA ARAH PEMIMPIN

Nampaknya isu YB Kapar seperti langsung tidak menghormati keputusan muktamat MPT. Mungkin juga MPT yang bermasyuarat tampoh hari tidak iklas. Kerana orang yang terlibat dalam MPT sanggup berada bersama dalam perhimpunan petang tadi.

Pendirian hanyar, tidak perlu mereka-mereka ini hadir bersama. Beginilah agaknya jika pemimpin politik mempunyai agenda kurang sihat. Sepatutnya, apabila isu YB Kapar dah selesai perlulah tidak ada lagi perkara berbangkit seperti petang tadi.

Jangan sesekali pertikaikan sumbangan YB Kapar selama ini yang tidak pernah merasa kesal dengan perjuangannya. Buktikan pemimpin-pemimpin di MPT keADILan yang ada sekarang, bolih turun padang seperti YB Kapar?

Kepada Xavier, Kalai dan yang lain jangan cuba menangguk diair yang keruh. Pada S/U Agong buatlah kerja-kerja parti yang diamanahkan DSAI, agar parti lebih menjadi matang dan tidak perlu ada kriminasi ahli-ahli akar umbi.

SELANGOR DIPERINTAH PR atau POLIS?.....

UMNO JANGAN SESEKALI MENCABAR HAK RAKYAT dan POLIS MENJADI MANGSA POLITIK SEMPIT. MENGAPA?

Setelah 50 tahun berlalu rakyat berdiam diri kerana diberi peluang memerintah Malaysia berpayongkan BN, bukan kerana lemah. Apa yang rakyat nak adalah bersatunya rakyat untuk keamanan Negara. Kali ini semasa PRU 12, rakyat mengguna kuasa Perlembagaan menolak kerajaan dengan undi sehingga umno tidak dapat kawal projek penipuan undi.

Hanyar berani cabar BN kerana lebih 10 tahun berada dalam parti dan sehingga memegang jawatan ketua bahagian. Hanyar meneliti dipelbagai sudut apa yang BN diterajui umno, amat bebas untuk kepentingan parti mereka sehingga tidak menitik beratkan kebajikan rakyat.

Umno perlu membuktikan pada rakyat, setiap kerja yang telah terlaksana semenjak pemerintahan umno. Contoh di Selangor, setiap projek pembangunan yang dilaksanakan adalah projek kepentingan. Sebab itu semua projek amat tidak memuaskan dan bolih dikatakan tersasar dengan kos yang tidak munasabah.

Berbalik pada program semalam iaitu Progrem PR yang diadakan dipadang batu 14 Ulu Langat, Kajang, pihak polis telah mengguna kuasa atas arahan umno, menghalang orang ramai dan mengepong pentas untuk gagalkan program kerajaan negeri. Pihak berkuasa polis telah mencabar hak rakyat memilih kerajaan. Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah olih SPR.

Dalam perkara ini kerajaan PR perlu ambil tindakan keatas polis, agar menghormati kerajaan pemerintah serta Demokrasi Berparliman. Sekarang rakyat bangun menentang kerajaan BN diSelangor melalui undi semasa PRU 12 yang lepas. Takut kalau-kalau, rakyat menentang dengan cara tidak bersopan pula.

Pihak berkuasa polis perlu tegas dengan undang-undang, pada masa yang sama juga jangan sehingga rakyat menghitung, polis ikut telunjuk umno.





AMK dakwa wujud pengundi hantu di Dun Banda



KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Hrkh)"...didapati masalah sebuah alamat yang mempunyai 20 orang pengundi."







Angkatan Muda KeADILan (AMK) mendakwa wujud pengundi hantu di sekitar Dun Bandar iaitu salah satu daripada empat Dun di kawasan parlimen Kuala terengganu.

Dalam satu sidang media di bilik gerakan utama AMK bagi pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu Ketua AMK, Samsul Iskandar Mat Akin serta Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat, Fariz Musa mendakwa memiliki bukti bahawa terdapat pengundi hantu.

"Hasil penelitian terhadap senarai daftar pemilih yang digazetkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), didapati masalah sebuah alamat yang mempunyai 20 orang pengundi," kata Shamsul.

Malah tambahnya, terdapat juga sebuah rumah keluarga Melayu yang mempunyai tiga orang berbangsa Cina pada alamat yang sama dalam daftar pemilih tersebut.

"Setakat ini, kami hanya berjaya mengesan hal ini terjadi di Kampung Cina, Kampung Tokku, Kampung Tanjong Nesan Empat dan Jalan Sultan Ismail.

"Justeru, kami minta pihak SPR menyiasat kes ini kerana ia mungkin timbul pengundi hantu," tegasnya.

Shamsul juga mendesak pihak polis dan anggota keselamatan tidak memandang negatif tindakan jentera Pakatan Rakyat yang membuat penahanan terhadap bas yang tidak dikenali pada hari pengundian.

"Tindakan kami adalah berpandukan apa yang terkandung di dalam perlembagaan dan kami meminta polis tidak memandang negatif.

"Bilangan pondok polis yang banyak didirikan diharapkan dapat membantu melicinkan proses pilihan raya dan bukan menolong memasukkan pengundi hantu," katanya lagidan menambah Kanun Kesiksaan terdapat peruntukan yang menyatakan bahawaa orang awam boleh melakukan penahanan.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi Pilihan Raya, Fariz Musa pula menyangkal kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang tidak mempercayai kewujudan pengundi hantu dalam pilihan raya yang pernah didedahkan sebelum ini.

"Jika dia tidak percaya, kita boleh bawa beliau ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti wujud keraguan terhadap pengundi tersebut.

Tambahnya, AMK berjaya mengenal pasti kekeliruan pada senarai semak daftar pemilih yang dikeluarkan SPR apabila menemui sebilangan nama pengundi pada satu alamat tanpa mempunyai perkaitan ikatan kekeluargaan yang jelas.

Beliau turut menyifatkan insiden satu alamat yang mempunyai 20 nama itu sebagai suatu perkara yang keterlaluan