KENAPA NASI PERLU JADI BUBUR buat pimpinan atasan KEADILAN?
Hanyar merasa sedih kerana satu demi satu pimpinan parti KEADILAN keluar parti. Dimanakah prinsip mereka yang keluar parti dan masuk pada parti yang selama ini mereka meludah dan habis-habisan mencerca. Tapi hari ini mereka menjilat pula ludah mereka. Mereka-mereka ini lah yang merosakkan parti selama ini ketika berjawatan dalam parti. Kerna tidak mempunyai prinsip hidup berkongsi untuk kebaikan rakyat.
Bagi Hanyar, jika berprinsip untuk kebaikan rakyat marhain, keluarlah dari parti jika berbagai cara untuk baik pulih parti sudah dilaksanakan, dan pimpinan yang lain tidak menghormati atas segala teguran.
Bukan menghukum diri sendiri, untuk keluar parti dan menganggotai pula parti yang telah dicerca oleh kamu.
Hanyar beranggapan sikap pemimpin ini, pada hakikat sebenar, adalah ingin menjadi pemimpin berkepentingan, pada masa yang sama, adalah tidak jujur pada diri sendiri dan rakyat.