ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 21, 2009

UMNO BN KELEMBAH KEHANCURAN


Yang dimaksudkan ada berita panas dijanjikan tadi, akan muncul adalah mengenai laluan mudah untuk rakyat bangun dengan lebih semangat lagi untuk rakyat menilai kepimpinan umno yang makin melarat.

Tahniah untuk seorang Menteri Jabatan Perdana Merteri (Datuk Zahid) yang mengeluarkan arahan supaya Pegawai Kanan Kerajaan Pusat agar tidak terlibat menghadiri upacara Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Siapakah Menteri ini yang bolih sesuka hati mengeluar arahan serta merta dengam tidak mengikut perlembagaan? Apakah cara demokrasi yang beliau faham sehingga terkeluar dari mulutnya, dan telah tersasar dalam perlembagaan demokrasi.Telah tidak menghormati hak rakyat memilih.


Disini jika dilihat sebagai kayu ukur, anak didik umno yang tidak cerdik berfikir untuk menjadi pemimpin Negara. Beginilah cara kebodohan seorang Menteri, bagaimana bolih dilantik menjadi seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama? Hancur Islam yang dipimpin beliau. Agaknya inilah cara pemimpin Negara mengikut fahaman Islam Hadhari yang diterajui olih Pak Lah.


Hanyar dan rakyat marhain yang faham politik atau orang politik, harap turunlah keakar umbi sampaikan mesej ini pada semua rakyat Malaysia. Walau apa cara sekali pun, untuk semua rakyat yang bolih mengundi atau yang belum mendaftar agar mendaftar segera sebagai yang berhak bolih mengundi, agar sama-sama kita ranapkan umno BN semasa PRU13 nanti.


Kalau dilihat pada simbolik belon besar diatas, “bukan PAS akan masuk BN, tapi BN dah masuk dalam bulan (PAS)”. Harapan rakyat yang mahu perubahan, agar BN akan berhijrah menjadi anak didik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat akan sekolahkan mereka yang degil.


Hikmahnya yang dapat disimpulkan disini, sememangnya Allah Maha Kuasa memberi laluan mudah kepada rakyat Malaysia menilai pemerintah yang telah selama 50 tahun memerintah menjadi rangup/rapoh/reput atau lebih hina lagi bolihlah dikatakan usang yang tidak bolih diguna lagi untuk menerajui Malaysia.


Pada 5 buah negeri yang diperintah olih Pakatan Rakyat, diharap rakyat jangan lah merasa kecewa dengan kenyataan Zahid itu. Tetapi itu adalah memberi sumber semangat juang untuk lebih memantapkan lagi kerajaan sedia ada iaitu kerajaan Pakatan Rakyat. Dan seterusnya PRU13 akan datang Pakatan Rakyat menerajui Melaysia dibawah pimpinan yang selama ini rakyat idamkan, iaitu bapa reformasi Datuk Sri Anwar Ibrahim.