WALAU 1000 KALI Yang DiPertua(YDP) DITUKAR.......
Majlis Daerah Kuala Langat adalah dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang telah ramai ketahui sejak zaman Khair Toyo memerintah, diumumkan iaitu Selangor maju 2005. Apa yg semua tahu bila sejak PR memerintah, Selangor Maju 2005 hanya kepada kroni terdekat/rapat sahaja. Oleh kerana mejoriti pengundi faham hal Khair Toyo retorik sahaja , maka pada PRU12 pengundi memberi signal untuk kebenarannya Selangor Maju 2005 adalah tidak betul. (terima kasih pengundi prihatin walaupun dikatakan atas pagar).
Mach 2008 pengundi rata-rata telah melaksanakan t/jawab menunaikan keluar mengundi memilih kerajaan, maka terjawab sudah mana parti yg memrintah.
Apa yang berlaku ketika itu dan masakini, dari parti pembangkang turun padang berkempin bagaikan telah bersedia memikul t/jawab melaksanakan kebenaran. Telah melepasi ½ penggal PRU12 masih lagi tidak nampak 1 Dasar pun yang telah dilaksanakan oleh Ahli-ahli Majlis yang dipilih oleh kerajaan yang diamanahkan oleh mejoriti pengundi di K.Langat.
Tidak perlu menyalahkan YDP atau pegawai-pegawai yang sedia ada. Yang penting Ahli-ahli Majlis perlu cerdik melaksanakan Dasar-dasar baru untuk ada keterbukaan perubahan yang baik. Yang Hanyar melihat apa berlaku YB-YB, Ahli-ahli majlis tidak pernah bersatu untuk bekerjasama menyelesaikan t/jawab yang diamanahkan.
Hari ini berlaku pula pertukaran YDP kerana dikatakan tidak tahu buat kerja. Walaupun 1000 kali ditukar, jika pentadbiran dari kerajaan Selangor tidak memilih betul-betul Ahli-ahli majlis, ia tidak akan menjadi kesan untuk perubahan yang benar-benar memberi kebaikan kpd penduduk K.Lgt dan kerajaan memerintah Selangor.
Lebih 20 orang Ahli Majlis dari parti PAS, KEADILAN dan DAP juga ada lantikan dari NGO professional, apa yang dilihat semuanya hampeh belaka. (tak tahu apa t/jawab mereka berada disitu) Sepatutnya mereka-mereka ini bersedia menerima jawatan, sudah tahu kerja yang perlu dilaksanakan. Hanya 2 perkara t/jawab perlu tahu, tetapi mereka abaikan. (byk FAKTA yang Hanyar boleh kemukakan). Mereka tidak boleh berdolak dalik.
Truskanlah dan jika masih lagi merasa hebat dengan cara pentadbiran PR itu dh bagus, lihatlah nanti bila sampai PRU13 akan tiba.
Rakyat akan menjadi HAKIM.