ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 7, 2009

KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN

DSAI mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya

Rabu Januari 7, 2009KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.

Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.

Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.

Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.

Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.

Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.


Pakatan Rakyat Berpadu Sokong PAS

Usaha Umno Kelirukan Orang Ramai Gagal




Umno atau agennya rancak mengatakan Pas kehabisan modal dan isu untuk dimainkan disepanjang kempennya selama 10 hari dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu, 17 Januari depan hakikatnya Umno atau agennya yang kekeringan modal.

Hampir semua pemimpin utama Pas berada ditempat penamaan calon. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan calon yang diketengahkan itu tetapi apabila perarakan 'perang' untuk melawan musuh (Umno dan BN) bermula mereka melupai segala titik bengkit dan melangkah sederap ke hadapan. Inilah semangat dan kecintaan orang Pas yang ditunjukkan kepada perjuangan mereka rela mengenepikan soal remeh temeh.

Begitu juga hampir semua pemimpin tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat turut sama berada di pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan lain-lain semuanya memberi semangat dan menyatakan sokongan kepada Pas. Mereka juga akan turut sama berkempen dan berceramah.

Kepada kira-kira 80,000 pengundi Kuala Terengganu diharap mereka tidak akan mabuk dan mudah terpesona dengan janji bersifat sementara yang dilontarkan di sepanjang kempen berkenaan. Gunakan akal fikiran sebelum memangkah. Gunakan medan pilihan raya itu untuk merobah masa depan yang lebih terjamin lagi bukan saja di dunia tetapi akhirat juga.

Perubahan yang besar itu bermula di medan yang kecil. Kuala Terengganu... apakah akan membawa TERANG kepada mereka yang menang?




FARID MELOPONG...


6/1/09. 10.00 mlm – Alhamdulillah, suasana dan sambutan pada majlis Ceramah Mega sempena pengenalan Calon PAS bagi PRK P036 Kuala Terengganu, YB Ab Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam meriah dan diluar dugaan.

Puluhan ribu pengunjung yang membentuk lautan manusia telah membanjiri kawasan pentas terbuka di tepi pantai Kg Paya Bunga.

Majlis Ceramah Mega ini turut dihadiri oleh YAB Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato Seri Presiden, YB Ustaz Nashrudin Mat Isa (Timbala Presiden PAS), Dato Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), calon PRK P036 Kuala Terengganu YB Wahid Endut (merangkap ADUN Wakaf Mempelam), YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tian Chua (MP Batu) dan beberapa orang pimpinan lagi.