ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 27, 2009

27/05/09. Rabu.

UMNO PENCETUS PERKAUMAN..........

Selama ini umno banyak mengunakan isu perkauman dan menyalahkan pihak parti pembangkang dalam isu ini...........mereka selalu bersembunyi dibalik kebenaran hinggakan bangsa sendiri tergadai selama mereka memerintah hampir 50thn, segalanya tergadai.................itulah yang terjadi kerana terlalu percaya kepada bangsa sendiri..............

......mereka mempertahankan bumiputra......apa yg ada pada bumiputra dan siapakah bumiputra.......sedangkan kita semua seperti cina dan india yang hanya merempat di tanah melayu pada suatu ketika dahulu yang kebanyakkannya orang melayu dari siam dan jawa........adakah ini dikatakan bumiputra.................sebenarnya bumiputra adalah org asli , negrito, iban dan kadazan.......mereka ini lah penduduk asal tanah melayu...............

.......diskriminasi ini lah yg menyebabkan bangsa lain di malaysia menindas bangsa melayu melalui ekonomi yang dikuasai mereka yang pada dasarnya politik dikuasai oleh org melayu tetapi pemimpin tidak berkuasa didalam naik taraf ekonomi org melayu..........terutama bidang perniagaan dan kenaikan harga barang....................

........selama ini juga org bukan islam jauh sekali mendekati agama islam kerana sikap diskriminasi ini membuat mereka merasakan islam hanya untuk org melayu terutama dimalaysia .............dan islam juga sering dipersendakan oleh org bukan islam kerana org islam sendiri tidak menjaga kesucian islam........

.........yang lebih penting warganegara malaysia yang memegang MYKAD itulah bumiputra dan rakyat malaysia............mereka perlu diberi hak2 yang sama rata mengikut perlaksanaan pemerintahan negara islam....................


27/05/09. Rabu.

SELANGOR MACAM MANA PULA? KEDAH KEDAP PADI. 2b beb!!!!

Senator Dewan Negara, Zamri Yusuf mendedahkan ketika Pakatan Rakyat mula mentadbir Kedah keadaan akaun kewangan negeri jelapang padi itu berada dalam keadaaan terhutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM2b.

“kita pun terkejut melihat akaun negeri tersebut berada dalam keadaan defesit hampir lapan tahun.

“Ertinya negeri yang kita dok bangga dengan gelaran ‘jelapang padi’ itu sebenarnya telah disalah urus oleh pemimpin-pemimpin yang boros dan tidak berwawasan,” kata Zamri dalam majlis ceramah sempena kempen pilihanraya Penanti di Kubang Semang malam tadi.

Menurut Zambri pemborosan yang sebegini besar dilakukan untuk membolehkan kroni-kroni pemimpin-pemimpin terdahulu di Kedah mendapat keuntungan tetapi wang tersebut tidak dikembalikan kepada tabungan negeri.

“Penyelewengan ini berlaku apabilasesuatu projek oleh kerajaan negeri itu diberikan kepada beberapa anak syarikat kerajaan negeri. Manakala anak-anak syarikat ini pula menubuhkan pula anak-anak syarikat baru dengan menggunakan kos yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Akhir sekali hampir semua anak-anak syarikat mengalami kerugian kerana di urus oleh kroni-kroni yang tidak mempunyai kepakaran mengurus dan mentadbir. kesan akhirnya semua anak-anak syarikat tersebut tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada kerajaan negeri,” kata beliau.

Menurut beliau lagi amalan ini merupakan kaedah biasa yang digunakan oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri dibawah BN.

“Sebab itu apabila pakatan mengambil alih dan kita membongkar salah guna wang rakyat ini secara terbuka supaya rakyat dapat menilai sikap dan cara pemimpin-pemimpin BN menguruskan segala amanah yang rakyat berikan kepada mereka.

“Inilah antara ketakutan yang dihadapi oleh BN apabila kita dapat mengambil alih negri-negeri yang telah lama berada dibawah mereka.Mereka terlalu banyak penyelewengan dan wang-wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sebaliknya disapu oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka.

“Lebih menakutkan mereka apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri-negeri yang kita tawan dengan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, penurunan cukai tanah sebanyak 70 peratus di Kedah, Kemiskinan sifar di Pulau Pinang, pemberian tanah kepada rakyat di Perak dan semua ini adalah adalah bukti dan janji kita pada rakyat,” jelas zamri.

Justeru menurut Zamri Pengundi penanti seharusnya member sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman sehingga mendapat majoriti lebih besar bagi membuktikan rakyat telah menolak Perdana Menteri, Najib Razak dan BN.
27/05/09. Rabu.

ADA KEBENARAN NYA NIZAR CABAR ZAMRI.

Saya tidak menyalahkan pihak keselamatan, namun mereka diarahkan oleh BN mengarah mereka berkerja untuk BN. Demikain antara ucapan DS. Nizar dalam majlis di Wisma DAP Ipoh malam ini.

Katanya setiap kali PRK, UMNO akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di tempat tersebut, di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tapi bila UMNO tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ. Inilah bukti mereka berkerja untuk UMNO dan BN.

"Menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan kenteteraman awam." jelasnya.

BN cukup cemburu dengan gabungan pakatan Rakyat dan dia tidak sanggup lihat. Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati ke atas beberapa bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa kita pakatan Rakyat memerintah kita lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, toleransi antara satu sama lain. Kata Nizar.

"Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka." katanya.

Saya menjelajah seluruh Perak untuk menjawab tuduhan tidak benar saya adalah boneka.

Makhamah rakyat adalah yang terbaik untuk menyelesai krisis politik di Perak.

"Kalau dia betul-betul anak jantan dia kena mengadap sultan dan mohon dibubarkan DUN." katanya lagi.