Meletup Jua Akhirnya.... hahaha..
Puan Shamsidar Taharin |
Saya telah menelah perbalahan dan tektik haprak beberapa pemimpin kanan yang rapat dengan DSAI apabila YB Nik Nazmi menjulang nama seorang calon Ketua AMK PKR dalam blognya. Penulisan sumbang Nik Nazmi dalam beberapa titipannya selepas "memperkenalkan" rakan karibnya itu telah mendapat cemuhan hebat daripada ramai penyokong parti.
Menyandang jawatan Pengarah Komunikasi PKR, YB Nik Nazmi tidak sewajarnya terlalu menunjuk sokongannya terhadap seseorang dalam pemilihan parti seperti ini.
Surut meroyan Nik Nazmi, beberapa insiden yang menayangkan kepekongan PKR dipamerkan pula oleh beberapa pemimpin tertinggi parti, termasuk calon Timbalan Presidennya ~ YB Azmin Ali dengan menyerang dan seolah mempertikaikan kesetiaan lawannya, Datuk Zaid Ibrahim. Lebih menyedihkan apabila blog Ketua Umum Parti turut mempropagandakan calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim; siapa lagi kalau bukan suami kepada Puan Shamsidar Taharin !!
Saya pernah menitipkan:
Sebelum Mac 2008 mereka menjelajah serata desa dan kampong bertemu Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang demi menyampaikan hasrat murni untuk membantu. Mereka berikrar dengan seribu janji. Mereka menabur seribu harapan. Mereka membisikkan sejuta impian. Semuanya sampai kerana mereka berkehendak dan bersungguh untuk menyampaikan. Maka ketahuilah sekalian rakyat di kampung, desa dan lurah. Pakatan Rakyat ingin memerintah. Pakatan Rakyat ingin memerintah dengan adil, telus lagi bijaksana.
Hebat gerak kerjanya. Warga desa, kampung dan lurah gembira. Gembira diberi harapan baru. Gembira menunggu sinar Malaysia Baru. Mereka gembira bukan kerana mereka dapat. Mereka gembira bukan kerana mereka merasainya. TETAPI..!! Mereka gembira kerana mereka tahu. Mereka tahu kerana mereka diberitahu. Mereka diberitahu kerana ada pemimpin yang sampai kepada mereka untuk memberitahu.
Sekarang pemimpin-pemimpin itu telah "terlalu" sibuk. Busy. Banyak urusan. Banyak mesyuarat. Banyak majlis rasmi. Banyak temujanji. Banyak mengkaji. Banyak... Banyak.. Banyak... Sehingga mereka tiada masa lagi untuk memberitahu kepada Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang segala hasrat murni mereka untuk membantu. Maka sekalian rakyat di desa, kampung dan lurahpun tidaklah tahu. Rakyat tidak tahu apakah janji terlaksana. Rakyat tidak tahu apakah harapan akan bercahaya. Rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. ~ October 14, 2009.
Selepas titipan tersebut, saya sampaikan sendiri apa terpendam dilubuk hati kepada DSAI, tindakan susulan dijanjikan. Alhamdulillah, Nik Nazmi dilantik menjadi pengarah komunikasi parti ~ nafas baru, saya kira!! Mungkin menjanjikan kaedah dan keberkesanan mampan... tetapi ... hampa!! hamprak!!
Belum sempat rakyat terbanyak sedar tentang janji PKR yang tertunai, keladak, hampas dan pekong kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dicanangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang kemaruk mengejar pangkat dan darjat dalam parti yang entah berjaya entahkan tidak menerajui Putrajaya selepas pru-13 nanti.
Terus terang, saya meluat dengan kelaku dan gelagat sesetengah mereka!
Saya menuntut penjelasan tuntas, mampan, jitu dari Saudara Anwar Ibrahim; kerna kepada saudara, rakyat sandarkan harapan !!!
Jangan sampai dikata orang "Mengata dulang paku serpih, mengata Umno, rupanya Pkr yang lebih (hamprak)"
Bukan marah, tapi menegur!
Mohd Sofi Yassin
p/s: ha..ha..ha.... akhirnya meletup juga apa yang terpendam selama ini, tapi apabila teguran /kritikan positif sebegini dihamburkan, maka akan adalah pencacai penjilat tegar yang akan menuduh dan cop si penegur/pengkritik sebagai pengkhianat dan lalang...