01/10/2009. Khamis.
BAGAIMANA PANDANGAN ANDA, RASUAH TETAP AMALAN UTAMA DIMALAYSIA?
Garis panduan undang-undang diMalaysia cantik diatas kertas semasa pembentangan diParliman. Apa yang berlaku, rasuah berbagai bentuk tetap menjadi amalan pemimpin polotik sehingga semua lapisan masyarakat kerana berkepentingan kroni peribadi.
Terbukti apa yang dapat dilihat kepada rakyat, contohnya kursus jati diri kepada semua jabatan kerajaan hanya untuk pegawai-pegawai rendah sahaja. Mengapa tidak kepada pegawai-pegawai atasan serta menteri-menteri juga diarah turut bersama? Kalau ada pun hanya diatas kertas sahaja.
Selagi perkara seperti ini tidak diubah untuk diperbetulkan, seberapa banyak mungkin kursus jati diri dilaksanakan kepada pegawai bawahan adalah membuang masa dan wang sahaja.
Hanyar tidak menuduh, tetapi ada kebenarannya. Fikir-fikirlah untuk anda membuat keputusan sendiri. Hanyar tidak terfikir untuk berniat menghasut rakyat Malaysia. Hanya Hanyar juga bertanggungjawab kerana Hanyar juga membayar cukai kepada kerajaan Malaysia dan ingin melihat Malaysia menjadi negara contoh kearah kebaikan untuk keadilan semua.
Kita dapat lihat bila ada berlaku bersabit kesalahan apabila ditangkap polis (contoh), orang tertuduh pula ada kenalan orang-orang politik (pemerintah). Pihak berkuasa polis, pegawai atasan akan menerima tekanan dari kuasa politik pemerintah. Apa yang berlaku, pegawai ini tidak mempunyai jati diri dan akan mengambil jalan mudah. Bagaimana pula kepada pegawai polis bawahan yang menjalankan tugas tangkapan tadi? Sudah tentu akan menjadi mangsa tindakan tatatertib. Dimana pula mereka nak peraktik jati diri mereka yang selama ini sudah menjalani kursus jati diri.
Dalam hal ini , sebab itu Hanyar mengatakan "BAGAIMANA PANDANGAN ANDA, RASUAH TETAP AMALAN UTAMA DIMALAYSIA?".
Tidak hairanlah kalau SINI dan SINI. Dan tidak hairanlah juga N31 pilihan umno diletakkan Isa Samad.