ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 11, 2009

11. April. 2009. Sabtu.

PEMUDA DIBELASAH POLIS SEBELUM MAHKAMAH JATUH HUKUM.
Belumpun reda kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.

Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.

Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.

Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

“Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun,” Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.

Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.

“Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

“Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.

“Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan,” tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini,” katanya.

Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.

Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.

"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata.


11. April. 2009. Sabtu.

ARAHAN!! Aku jadi pembunuh, digantung mati......

Kes bunuh Al-Tantuya nampaknya telah tamat dengan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Hanya 2 anggota UTK sahaja terlibat? Siapa yang mengarahkan mereka berdua? Ini adalah luahan hati Cif Inspektor Azilah Hadri semasa membacakan nota bertulisnya.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.

Saya tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan saya berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihatinya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Saya telah diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan 'bodoh' (membunuh) itu apatah lagi saya adalah anggota polis".

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


[Perkara di atas nih aku nak hampa pikiaq habis2...bila buat program ceramah mohon permit ada yang dah lulus,ada yang tidak lulus bahkan ada yang dah lulus macam di perak & kedah sewaktu sebelum kempen pilihanraya ditarik pada saat-saat akhir...Bila tanya pegawai yang keluarkan arahan termasuk la bila semburan gas & water canon FRU,jawapannya 'ARAHAN ORANG ATAS' atau 'SAYA MENERIMA ARAHAN ATASAN' atau 'SAYA MENURUT ARAHAN PIHAK ATASAN' atau 'PIHAK ATASAN ARAHKAN SAYA'

Sekarang...nah ambik kau...mungkin ramai yang simpati,tapi itulah kebodohan yang mengikut ARAHAN yang diluar batasan undang-undang.Tak reti nak pakai otak sewaktu menjalankan tugas,walaupun arahan tu melanggar normal-normal undang-undang serta batasan perikemanusiaan...korang turut la lagi...sewaktu korang sembur gas & water canon di Taman Ria Jaya Bukit Selambau serta di Air Kuning,Bukit Gantang pada hari pengundian...ada tak korang pikir waktu tu kesian pada orang tua-tua,wanita,kanak-kanak,ibu mengandung yang jatuh sewaktu berlari akibat tak tahan menanggung azab perbuatan korang.

Ingat...Altantuya dibunuh sewaktu dia merayu dia sedang mengandung.dia di terajang di perut,di tembak di pipi,apa sirul dengan azilah kesian atau pikir ARAHAN atasan tuh berperikemanusian atau ikut undang-undang?So korang fikir la sendiri apa yang aku cakap nih,kalau semua penjawat awam berpegang pada prinsip bekerja dengan lebih beretika]