ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 20, 2009



KEMPEN KETENTERAAN ISRAEL DI GAZA

– Sikap dan pendirian


Tentera Israel telah melancarkan kempen ketenteraan terbarunya ke atas Gaza. Hampir 800 orang dilaporkan telah terbunuh termasuk orang tua, perempuan dan kanak-kanak!

Wajib mengutuk tindakan tersebut berasaskan fakta-fakta berikut:


1. Apa itu ‘Zionisma’?

‘Zionisma’ bermula sebagai satu gerakan perkauman yang diasaskan pada tahun 1896. Matlamat kaum ‘zionis’ adalah untuk merampas bumi Palestin dan menempatkan orang-orang Yahudi seluruh dunia di situ.


2. Apakah semua orang Yahudi menyokong zionisme?

Tidak! Zionisme bertentangan dengan ajaran agama mereka yang berasaskan kepada Kitab Taurah. Sebelum zionisme diwujudkan, penganut Islam dan Yahudi (kurang daripada 5%) di bumi Palestin hidup secara rukun dan damai.


3. Siapakah di belakang kaum zionis?

Inggeris dan Amerika. Pada 15 Mei 1948, Inggeris (dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengisytiharkan sebuah ‘negara Israel’ di bumi Palestin. Dengan begitu, 54% daripada bumi Palestin telah dirampas!

Hari ini, melalui perang dan pencerobohan, kaum zionis telah menguasai hampir seluruh bumi Palestin!


4. Apa yang menjadikan kaum zionis semakin angkuh dan ganas?

Sebab Amerika di belakangnya. Bantuan Amerika kepada zionis Israel bernilai $3 bilion (dollar Amerika) setiap tahun! Amerika mempersenjatai gerombolan tersebut dengan berbagai jenis senjata dan alat perang yang termoden.


5. Siapa betul dan siapa salah?

Bayangkan keadaan seperti ini: rumah dan tanah pusaka kita dicerobohi orang. Harta benda kita mereka rompak dan musnahkan, ibu dan isteri kita mereka rogol, anak dan adik kita mereka bunuh! Dan, mereka masih lagi berkata, “engkau tidak ada hak di sini…..”


Berdasarkan sejarah dan latarbelakang di atas, berpendapat:

i. Serangan Israel ke atas Gaza adalah bersifat pencerobohan;

ii. Rakyat Palestin berhak untuk membela diri;

iii. Dalam konteks ini, hubungan antara Israel dan Palestin adalah

antara yang menceroboh dan yang diceroboh;

iv. Pertentangan asas antara mereka bukan bersifat keagamaan;

v. Seluruh umat manusia, tidak kira agama, bangsa atau keturunan,

harus sama-sama menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.



3R


UMNO mesti belajar dari kesilapannya. UMNO usah menjadi parti yang membenamkan kepala dalam pasir dan menganggap ia tidak ada masalah. Suatu waktu dulu, PAS juga ditolak oleh bukan Islam. Hari ini, orang bukan Islam tidak ada masalah untuk mengundi PAS.

Sewaktu di Kuala Terengganu saya melihat sekumpulan belia India yang mengikat kepala dengan bendera PAS sambil berteriak sesuatu di atas lori.

PAS belajar. Dulu, "Membangun Bersama Islam". Kini, slogan yang lebih trendy, "PAS Untuk Semua."

Usah perlekehkan kekuatan Pakatan Rakyat bagi menjustifikasikan kekalahan tersebut. Tak perlu persoalkan adakah Pakatan Rakyat kuat; seperti yang dilakukan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Melayu. Biar saya katakan memang Pakatan Rakyat kuat, sekiranya tak kuat ia tidak menang pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Memang, untuk selama 50 tahun UMNO dan Barisan Nasional diberikan kemenangan demi kemenangan sehingga mereka tidak mampu menguruskan kekalahan.

Belajarlah. Sesungguhnya, dengan jatuh itu anak kecil belajar untuk berlari. Terimalah kekalahan itu sebagai satu tribulasi perjuangan.

Sebagai sebuah parti, UMNO mesti berubah. Apa yang nak diubah?

Budaya, sistem, dan proses. Mesti lakukan repositioning, reinventing dan reengineering. Nanti kita bicarakan soal ini dalam posting akan datang. Saya akan paparkan panjang lebar mengenai isu ini. Dengan berterus-terang, supaya UMNO dapat memperbaiki kelemahan tersebut.

Secara ringkas, buanglah tabiat buruk. Apa yang buruk?

Bacalah pelbagai blog dan cuba fahami mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat marhain.


Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI)

Laporan Lengkap Hasil Pemantauan

20/01/09; Selasa: Badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa banyak berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.

Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO. Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh BN berleluasa dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

Antara sogokan pilihanraya oleh BN yang dikesan NIEI ialah:

1) Kehadiran menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada BN serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut yang diragui punca peruntukannya.

2) Pemberian wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi yang diumumkan untuk diagih untuk warga Terengganu.

3) Angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada pengundi Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.

4) Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

5) Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

6) Pemberian sewenang-wenang 583 projek tanpa tender Kelas F yang bernilai RM15.8 juta yang menyalahi Arahan Perbendaharaan.

7) Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

8) Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

9) Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

10) Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

11) Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

12) Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

13) Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

14) Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu dan janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

15) Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

16) Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

17) Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Di samping sogokan, BN juga melakukan penyalahgunaan kuasa apabila:

1/ Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pengurus Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN.

2/ Pengurus Pilihanraya yang menggantikan Mat Razali, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu iaitu Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan berkecuali kerana didakwa melibatkan diri dalam beberapa program kempen BN.

3/ Penggunaan pejabat Menteri Besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

4/ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

5/ Pembabitan beberapa Kementerian Persekutuan bagi membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu BN termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

6/Pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN sebagai sogokan kepada pengundi.

7/ Penganjuran pelbagai konsert yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

Selain dari BN, PAS juga menurut Yunus Ali turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati. Seperti BN, pemimpin-pemimpin tertinggi PR berjawatan Menteri Besar dan EXCO mereka juga hadir dalam kempen yang diragui sumber peruntukan bagi membiayainya. Walaupun jumlah peruntukan yang digunakan oleh PR yang ditakrifkan sebagai melanggar etika amalan pilihanraya yang baik adalah terlalu kecil seperti setitik air di celah segugus lautan milik BN, namun ia tetap satu kesalahan pilihanraya yang di pandang serius oleh NIEI.

Semoga pendedahan NIEI akan menyedarkan semua pihak yang terbabit dalam pilihanraya agar lebih bertanggung jawab, ikhlas dan jujur ketika menjalani pilihanraya-pilihanraya akan datang. Rakyat mendambakan satu pilihanraya yang adil, tanpa sogokan, tanpa rasuah dan semua parti berjuang di atas padang yang sama rata. Rakyat akan berbangga jika parti-parti yang bertanding tewas seperti pendekar dan menang seperti hulubalang.