ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 15, 2009

15/05/09. Jumaat.

Dr M menghasut untuk memecah belahkan perasaan rakyat Perak.

Dr M cuba menghasut rakyat supaya menjadi keadaan politik di Perak menjadi lebih tegang. Kenyataan beliau amatlah tidak disukai oleh rakyat Perak. Kerana beliau mengaku, mejoriti rakyat Perak tidak lagi memberi undi kepada BN. Rakyat Perak mahukan keadilan dan penyelesaiannya adalah bubar DUN. Sepatutnyanya beliau sebagai bekas pemimpin lama dan hebat dari kaca mata dunia, tidak perlulah beliau membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan rakyat ketika ini.

Perlukah beliau dikenakan tahanan dibawah Akta Hasutan?


................................................................................................................................................................

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawasanya pada pandangan saya jalan penyelesaian bagi kemelut di Negeri Perak Darul Ridzuan hanyalah melalui pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri dijalankan.

Namun jika Zambry Kadir dan Barisan Nasional masih lagi berdegil tidak mahu membenarkan pembubaran DUN Perak, maka satu jalan penyelesaian tengah perlulah diambil bagi kepentingan semua rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, ingin saya cadangkan satu lagi jalan penyelesaian yang releven bagi mengatasi semua kemelut ini iaitu dengan menggantung kedua-dua pakatan parti Politik (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) daripada menduduki kuasa Menteri Besar Perak. Kedua-dua pihak (Zambry Kadir dan Nizar Jamaluddin) ditegah daripada menjawat kedudukan Menteri Besar Perak.

Maka sebagai satu penyelesaian, jawatan Menteri Besar Perak (sementara) perlulah diberikan kepada Nazrin Shah selaku Raja Muda Perak untuk menjawatnya. Jawatan Menteri Besar Perak (sementara) ini perlulah dipikul oleh Raja Muda Perak sehingga sampai tarikh PRU13 (iaitu lebih kurang 3 tahun dari sekarang). Dengan cara ini maka dapatlah rakyat Negeri Perak menjalankan urusan pentadbiran negeri tanpa kacau bilau (atas sebab tindakan bangang yang dilakukan oleh Barisan Nasional).

Saya rasa rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dapat menerima pandangan saya ini. Pastinya inilah satu jalan penyelesaian terbaik sekiranya pihak Sultan Perak (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) tidak mahu membubarkan DUN Perak.

Namun kesan langsung daripada tindakan ini pastinya akan memberikan satu lagi momentum besar kepada Pakatan Rakyat dari segi impak politik dimana pastinya suara rakyat marhaen akan digembleng sebaik mungkin bagi memastikan Barisan Nasional tersungkur habis-habisan pada PRU13.

Untuk pengetahuan semua, Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan hanya mahukan pembubaran DUN Perak dan pastinya tidak juga mahukan ujudnya Menteri Besar Sementara yang dijawat oleh Raja Muda Perak walaupun inilah antara penyelesaian yang paling munasabah.

Persoalannya sekarang, adakah Barisan Nasional berani untuk membubarkan DUN Perak, atau adakah sanggup Raja Muda Perak menjawat jawatan Menteri Besar Perak secara sementara? Dalam kedua-dua senario, pemenang yang pasti adalah suara rakyat yang pastinya akan menyebelahi Pakatan Rakyat dalam semua keadaan. Akhir kata, kemenangan nampaknya lebih terserlah kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS