ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 13, 2010

KALAULAH BEGINI, DIMANAKAH "RAKYAT DIDAHULUKAN" RAMAI BERKATA "RAKYAT DIPERMAINKAN"

UMNO Selangor Tiga Nahkoda?

Selain Terengganu yang berpecah belah, UMNO Selangor juga sedang menjurus ke arah itu. Sama seperti Terengganu, Selangor juga mempunyai pemimpin puaka yang sedang mengatur strategi untuk menjadi Menteri Besar atau sekurang-kurangnya menjadi boss UMNO Selangor.

Akibatnya UMNO Selangor ada tiga Nahkoda sekarang dan empat pasukan.

Nahkoda 1: Puaka Noh bin Omar

Puaka paling besar tentulah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar. Beberapa bulan setelah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, beliau menghantar konco-konconya untuk memberi tahu orang Khir Toyo, bahawa sekarang Khir Toyo bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Puncanya apabila dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor, Khir toyo dilihat banyak memberi pandangan yang mendapat reaksi positif.

Noh Omar sibuk mengumpul saki baki orang Mat Taib untuk dijadikan orangnya. Orang yang telah kalah dalam pemilihan bahagian yang lalu seperti Daud tarihep dan Datuk Hanafi sedang diberi pelbagai kemudahan dan projek.

Tidak cukup itu, Noh Omar berjumpa Presiden UMNO meminta agar diubah "kebiasaan" (precedent case) bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan memangku jawatan Ketua Bahagian jika Ketua Bahagian digantung jawatan atau bermasalah.

Sekarang Noh Omar mahu Pengurusan UMNO Pusat beri kuasa kepada Pengurusan UMNO Negeri tentukan siapa pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian yang kosong. Datuk Najib setuju, lalu arahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Pengurusan UMNO "endorsed" permintaan Noh Omar.

Noh Omar pun melantik dirinya sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam. Ini berikutan ketuanya, YB Rahman Bakri sedang menghadapi perbicaraan rasuah.

Mengapa Noh Omar yang bini tiga dan sibuk dengan Kementerian Pertanian mahu memangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam?

Puncanya hanya kerana Timbalan Ketua Bahagian, Dato Warno Dogol dilihat lebih rapat dengan Khir Toyo berbanding dengan beliau. Dato' Noh telah cop Warno orang Khir Toyo, kalau pangku jawatan Ketua Bahagian akan bertambah lagi suara Khir Toyo dalam Perhubungan UMNO Negeri.

Sekarang Noh juga mahu memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pandan, berikutan Ketua UMNO Bahagian, Ghani, turut berhadapan perbicaraan rasuah di Mahkamah. Timb Ketua UMNO Bahagian bukan orang Khir Toyo, tapi selalu berjumpa Khir Toyo.

Noh tidak berpuas hati dan mahu ambil alih. Tapi sebab utama ialah beliau mahu beri semula pengaruh kepada bekas Ketua UMNO Bahagian yang bernama Md Aris Yussof yang kalah dalam pemilihan lalu akibat skandalnya dengan Puteri Bahagian.

Inilah perangai Noh Omar yang selayaknya dipanggil puaka UMNO Selangor. Banyak lagi akan dibongkarkan mengenai menteri paling korup sekarang ini tetapi juga paling selamat. Dulu jilat Pak Lah dan merayu agar Pak lah jangan letak jawatan. Sekarang puji najib kutuk Pak lah.

Nahkoda Kedua: Khir Toyo

Khir Toyo mempunyai sekurang-kurangnya 10 Ketua UMNO Bahagian yang bersamanya. Antaranya Shukor Idrus (Selayang), Amiruddin Sutero (Kuala Selangor), Ismail Kijo (Ampang), Sulaiman Karli (Kuala Langat), Maslynoor (Klang), KJ - Kamaruddin Johari (Kota Raja), Johan Aziz (Hulu Langat), Busro (Subang) dan beberapa nama lagi yang tidak perlu disebutkan buat masa ini.

Jadi perhatikanlah ketua -ketua bahagian ini bukan sahaja menghadapi masalah mendapat bantuan Noh, malah Noh sudah pelan untuk jatuhkan mereka nanti.

Tindakan orang-orang Noh bercakap beberapa perkara tidak benar mengenai Khir Toyo termasuk kononya Khir tidak meninggalkan duit untuk UMNO Selangor menimbulkan kemarahan kumpulan. Kumpulan ini dikatakan menemui khir untuk mendapat penjelasan.

Mereka kemudiannya marah kepada Noh apabila khir menunjukkan bukti berapa juta wang yang ditinggalkan beliau dalam akaun UMNO Selangor sebelum diambil alih oleh Mat taib. Mereka juga marah kerana Noh dalam Pengurusan UMNO sebelum ini tahu apa yang berlaku.

Kemarahan kumpulan iju dikatakan berpunca daripada sikap noh yang berpilih-pilih dalam memberi peruntukan program. Mereka hanya menunggu masa untuk "memberontak".

Nahkoda Ketiga : Satim Diman

Waduh bukan main belagak sekali jawa Puchong ini. Maaf bukan mahu jadi isu etknik pulak. Menang dengan majoriti 43 undi sahaja tapi sudah sibuk hendak jadi Menteri Besar. Melobi bukan main untuk jadi Setiausaha UMNO Selangor biarpun cakap-cakap awal ramai yang mengatakan Nawawi (Shah Alam) akan dilantik.

Macam mana Datuk Najib boleh lantik kaki gila golf ni jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Lingkup UMNO kalau begini caranya. awasan tak terjaga, lagi nak jaga UMNO Selangor. Hari-hari main golf. Satu Selangor tahu, Satim gila golf. Kawasan tak terjaga.

Sekarang merata tempat dok kutuk Khir Toyo dengan Noh Omar. Pernah beliau bercakap dengan pemberita, mengapa masih tanya Khir Toyo sedangkan Khir Toyolah punca Selangor kalah.

Malangnya wartawan senior tersebut membalas balik, "habis nak tanya sapa? Datuk asyik kat padang golf saja. dah tu komen ntah apa-apa tak ada fakta langsung."

Sikap menyombong satim juga sudah terkenal. Kalau surat khabar kecil macam Sinar harian atau Portal internet, minta maaflah nak komen. Sejak kena belasah dengan Sinar Harian barulah dia bagi kenyataan kepada akhbar tersebut.

Satim ni tak ada penyokong di kalangan ketua bahagian. Jenis nahkoda tak ada juak. Nahkoda dari atas sebab selalu main golf dengan datuk najib.

Warlord

Selain tiga nahkoda ini Selangor ramai Warlord macam Zin Badak (sepang) , Karim Mansor (Sepang / bekas Setpol Khir Toyo), Nawawi (Shah Alam) dan Datuk Idris Abu Bakar (Hulu Selangor). Ini jenis tak makan saman.

Baru-baru ni Datuk Idris sudah balun Noh Omar kerana hendak bawa program Juara Rakyat ke Tanjong Karang.

"Asyik2 Tanjong karang. Apa tanjong karang saja ker nak menang dalam pilihan raya akan datang."

Terkedu dato Noh dan terus buat program tersebut di Hulu Selangor.

Di kalangan Warlord ini lebih berkaliber untuk jadi calon Menteri Besar berbanding Satim dengan Noh. Ahmad Nawawi dan Karim Mansor dikatakan antara nama yang akan diangkat menjadi MB jika BN menang nanti.

Kesimpulan

Nahkoda atau Warlord biasalalah dalam parti politik. Tapi kalau Nahkoda dah nak jadi puaka tak ada cara lain kecuali kena lingkupkan puaka ni terutamanya yang bernama Noh bin Omar.
- Selangor Umno