22/06/09. Isnin.
PAKATAN TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN................... Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.
Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.
Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
.
Kenyataan Akhbar: Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan **************************************************************************
Polis kepung tapak majlis makan DAP di Klang |
|
Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.
Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.
Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.
Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.
"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.
Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.
Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".
"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.
"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya. |