ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 7, 2009


Bersalahkah Anwar bin Ibrahim?
[7 Feb 2009 ]

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang.

Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan.
Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat.

Anwar tidak gopoh seperti mana Najib.

Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan.

Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah.

.

Pindaan: Perhimpunan Kembalikan Hak Rakyat.
[7 Feb 2009]

Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Himpunan Kembalikan hak rakyat yang dijadualkan berlangsung di Chenderong Balai, Teluk Intan telah ditukarkan seperti berikut.

Himpunan Kembalikan Hak Rakyat

Tempat: Kediaman YAB Menteri Besar Perak, Ipoh

Tarikh: 8.2.09

Masa: 9.00 malam.

Saturday, February 07, 2009

Mufti: Tidak taat kepada raja adalah derhaka

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.

''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.

''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

  • "Raja Adil, Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah"

ulasan;

Dalam tulisan ini Datuk Harulsani tidak sebut pun Sultan itu Sultan Perak atau Sultan Azlan Shah.

Jadi betullah kenyataannya itu.

Kita hanya perlu taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau pun raja.

Raja dan pemimpin yang dimaksudkan itu ialah pemimpin dan raja yang taat kepada Allah dan rasul. Kalau jelas ianya tidak taat kepada Allah dan rasul tidak ada arahan supaya kita patuh kepada pemimpin dan raja tersebut.Malahan adalah tangung jawab rakyat untuk membetulkan raja dan pemimpin yang zalim.

"Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asal tidak bertentangan dengan syariat,wajib dihormati".

Apa yang dilakukan oleh Sultan Perak menyokong kerajaan BN dan meruntuhkan kerajaan PR, apakah kita boleh meletakkan raja itu "bijaksana"??????????????.

Datuk Harulsani memberikan soalan yang perlu kita jawab.

Kita pun tahu takkan nak suruh dia jawab untuk katakan tindakan raja itu tidak bijaksana. Kesianlah kat dia.

Tlg comen kat ruang ulasan, beri pandangan anda dengan akal yang waras dan tidak berpolitik perkauman.

Orang Perak makin GETIK (benci) dengan kerajaan haram BN

olih Tarmizi M.Jan

WALAUPUN kita hilang Perak, tetapi kesan yang paling kuat adalah sokongan rakyat semakin kuat dan meluap-luap bencikan tindakan BN yang tidak beretika serta bercanggah dengan perlembagaan negara.

"BN yang kini sepatutnya mengambil langkah memulihkan imej mereka, telah mencederakan imej mereka di peringkat grassroot tanpa mereka sedari yang menyebabkan ianya bertambah parah,yang akhirnya merosakkan parti mereka," dakwa Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah.

Beliau juga tidak menganggap Nizar derhaka kepada Sultan kerana percaya tindakan Nizar itu adalah natijah daripada rasa kecewa dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Sultan.

Saturday, February 07, 2009

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK - malaysiakini

YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
  1. Pembubaran DUN.
  2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
  3. Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK


TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI

PR – 28 KERUSI

BEBAS – 3 KERUSI
  • ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
  • KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
  • DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.
  • NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
  • NIZAR DERHAKA
  • NIZAR SAMAN SULTAN
  • NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM
Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.


- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal


Feb 7, 2009

Peringatan buat Khalid Ibrahim - Tok Is

Fokus utama BN sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum Perak.

Isu 48 ekor lembu korban yang dituduh MB Selangor kononnya salahguna kuasanya untuk kepentingan peribadinya.Hasrat nak pergunakan Sultan Selangor desak Khalid Ibrahim letak jawatan tapi gagal kerana Khalid lawan balik dan gertak nak saman Khir Toyo.

Tok nak peringatkan Khalid,elok kau tukarkan SUK Selangor tu pasal dia spesis yang sama dengan SUK Perak.

Kemudian di Perak,UMNO peralatkan Sultan Azlan untuk halang pembubaran DUN Perak.Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri.

Kemudian,UMNO menghantar orang-orangnya menghantar memo kepada Sultan Kedah mendesak diambil tindakan terhadap exco Kedah yang dituduh bela perempuan simpanan.Taktik UMNO gagal kerana perempuan tu bini mudanya.

Nampak tak?UMNO menyorok belakang
Sultan pasal tak cukup jantan nak lawan kebangkitan rakyat.Jika menentang dituduh derhaka.

UMNO akan memainkan sentimen derhaka kepada Raja Melayu.Seingat Tok dulu UMNO yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.

Kerajaan Pakatan rakyat perlu lebih berhati-hati dengan kakitangan awam termasuk SUK yang jadi musang berbulu ayam.

Mulai sekarang tiada lagi lembut hati atau belas kasihan,tukarkan sahaja mereka.SUK Selangor sekarang terlibat dengan perjanjian menyambung kontrak membekalkan air kepada Syabas ketika DUN Selangor dah bubar untuk membolehkan PRU12 diadakan pada Mac 2008.