ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 29, 2010

TAHNIAH JIKA MAHU PERUBAHAN PELAKSANAAN.

KSSB sedia kaji lombong pasir di tanah persendirian

Lembaga pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menimbangkan kandungan memorandum yang diterima daripada persatuan pengusaha pasir di Selangor.

Antara kandungan memorandum yang akan diteliti itu termasuk cadangan untuk membolehkan pasir dikeluarkan daripada kawasan tanah persendirian yang berpotensi dalam pengeluaran sumber tersebut, kata seorang daripada pengarah syarikat itu Shuhaimi Shafiei.

Beliau yang juga pembantu pengerusi pemodenan pertanian, pengurusan sumber alam dan pembangunan usahawan Selangor berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada tindakan penambahbaikan dasar pengeluaran pasir yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
"Semua polisi ini adalah buatan manusia. Maknanya kita boleh ubah bila ada keperluan," katanya lagi ketika ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning, Shah Alam.
"Bukan maknanya kita sekat terus, tidak. Kita sedang mengkaji dan kita akan kemukakan cadangan kepada (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) MMKN untuk diberi kelulusan, untuk kita kaji semula.

"Barangkali mungkin kita boleh pertimbangkan sedikit, terutamanya di kawasan yang kita katakan sebagai berpotensi dan kita sedang mengkaji untuk sediakan mekanisme yang kita boleh katakan mesra kepada keseluruhan rakyat, terutama kepada pengusaha kecil," katanya lagi.
Katanya lagi, hasil mesyuarat berkenaan kemudiannya akan dikemukakan sebagai cadangan supaya mesyuarat kerajaan negeri Selangor meluluskan semakan ke atas polisi pengeluaran pasir.
Keluasan minimum

Menurut beliau hasil mesyuarat berkenaan kemudiannya akan dikemukakan sebagai cadangan supaya MMKN Selangor meluluskan semakan ke atas polisi tersebut, kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.
Katanya, polisi kerajaan negeri setakat ini menetapkan syarat keluasan minimum 20 ekar untuk membolehkan hasil dikeluarkan di tanah persendirian.

"Polisi kerajaan negeri juga, semua anak syarikat kerajaan negeri tidak boleh melombong sendiri.
"Maknanya kalau (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) PKNS, (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) PKPS, (Permodalan Negeri Selangor Berhad) PNSB, mempunyai tanah, kuasa untuk mengeluarkan hasil bumi itu mesti melalui KSSB. Itu polisi kerajaan negeri," kata Shuhaimi lagi.
Beliau berkata, MMKN juga berkuasa untuk memberikan hak penguatkuasaan kepada mana-mana agensi di bawah kerajaan negeri, termasuk KSSB.

"KSSB ini bukan bertindak untuk lakukan penguatkuasaan, tidak ada. Kuasa penguatkuasaan itu masih berada di bawah pentadbiran pejabat tanah dan daerah. Ataupun di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
"Ini kuasa yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara, melainkan MMKN memutuskan untuk memberi kuasa penguatkuasaan kepada mana-mana yang dikehendaki.
"Tetapi pada waktu ini KSSB hanya melaksanakan tugas dia untuk memungut (hasil) bagi pihak orang perseorangan yang mempunyai 20 ekar tanah dan lebih dan juga tanah milik anak-anak syarikat negeri.

Tambahnya, KSSB perlu memohon kepada kepada sekurang-kurangnya lapan agensi kerajaan untuk membolehkan aktiviti perlombongan dijalankan ke atas tanah terbabit.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Urus Air Selagor, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Jabatan Alam Sekitar.
Mohon dahulu

"KSSB hanya koordinator, dia masih memohon kepada pejabat daerah. Bezanya, dulu, semua orang memohon perlu pergi ke pajabat tanah dan daerah.

"Pejabat tanah dan daerah akan luluskan mana-mana kawasan dan terlalu banyak orang boleh dapat permit untuk keluarkan pasir ini sehingga kegiatan itu tidak terkawal.
"Sekarang ini, hendak mohon mesti melalui KSSB. KSSB akan hantar kepada semua agensi terlibat dan akhirnya akan diluluskan oleh pejabat tanah dan daerah setelah dapat ulasan," katanya.
Tambahnya, lesen untuk melombong itu hanya dikeluarkan apabila permohonan tersebut didapati telah mematuhi garis panduan ditetapkan.

"Kemudian barulah KSSB maklumkan, kawasan ini sudah lulus, (dan selepas itu) barulah dibuka untuk ditender oleh sesiapa yang terlibat secara tender terbuka. Mana-mana saja syarikat yang berminat daripada seluruh negara.

"Yang mungkin nampak kesukaran itu adalah tanah hak milik persendirian bawah 20 ekar. Yang itu ada rumit sedikit sebab (kita bimbang) kalau kita buka semua, tanah yang dulunya elok, boleh buat rumah, tiba-tiba dah jadi tasik," katanya.
Sengaja dipolitikkan Umno

Shuhaimi juga berkata, beliau melihat isu melibatkan kegiatan perlombongan di tanah persendirian kini sengaja dipolitikkan oleh Umno di Selangor.

"Ini untuk menarik minat pengusaha yang dulu mungkin melakukan secara haram atau melakukannya secara terlindung bawah pimpinan Umno, jadi hari ini bila tidak ada lagi proses melibatkan pejabat daerah.
"Jadi (sebab) it
u (pengusaha pasir) rasa tertekan, mungkin tersepit dengan hutang, mungkin sebab itu dia salahkan kerajaan negeri.

Menurut beliau, KSSB juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pengusaha pasir untuk memperbaiki dasar tersebut.

"Kita alu-alukan cadangan, kita tidak pernah menutup ruang perbincangan. Mana-mana pihak yang ada cadangan untuk beri nilai tambah, kerajaan negeri terima.

"Tapi cadangan mesti disalurkan mengikut cara betul, bukan dengan gunakan ejen tertentu," katanya yang menambah, KSSB setakat ini telah menerima sekurang-kurangnya lima memorandum daripada persatuan pengusaha pasir di negeri itu.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama daripada wakil rakyat BN di Selangor untuk menyertai kerajaan negeri dalam usaha membanteras kegiatan pengeluaran pasir haram.

"Cara yang terbaik, apa salahnya kalau dia nampak maklumat, kalau betul kawasan itu curi pasri, maklumkan kepada kerajaan negeri, kita akan ambil tindakan.

"Bahkan kalau dia rasa hendak terlibat sama kita akan jemput dia turun sekali. Siapa yang rasa hendak membantu, tidak kira daripada parti mana pun tetapi demi kepentingan rakyat.

"Kita kena buanglah sentimen kepartian itu. Takkanlah setiap masa hendak bergaduh bab politik. Itu lebih penting daripada bercakap benda-benda yang sejak Azali lagi Umno tahu yang pasir kena curi di Selangor," tegasnya.

KEARAH LEBIH TELUS, TAHNIAH MB SELANGOR PR.

ELAK SURAT SOKONGAN PERNIAGAAN



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.