ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 16, 2009

SEDARLAH WAHAI PENGUNDI POS.. ANDA ADA HAK DALAM SISTEM DEMOKRASI..

Kepercayaan rakyat Malaysia semakin terhakis terhadap UMNO/BN sejak Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 tahun lalu. UMNO/BN kini hanya diselamatkan oleh 2 tali hayat iaitu pengundi Melayu di FELDA & Undi Pos (Tentera & Polis).
-
Bagi pengundi Melayu di FELDA, usaha-usaha mempertingkatkan lagi penerangan & kempen akan diteruskan. Tekanan & sekatan pihak pengurusan FELDA terhadap peneroka menyebabkan Pakatan Rakyat sukar menguasai kawasan tanah rancangan FELDA sebelum ini. Ini akan diketepikan dengan usaha berterusan menyedarkan generasi ke 2 di FELDA. Kita yakin generasi ke 2 yang terdiri dari anak-anak peneroka kini semakin terbuka serta berani melaksanakan perubahan.
-
Mengenai Pengundi Pos pula, usaha-usaha bagi menyedarkan Tentera & Polis bahawa hak untuk bebas memilih dalam proses demokrasi tidak boleh dipaksakan ke atas mereka. Kempen secara terang-terangan mahupun sulit akan dipertingkatkan. Tidak ada gunanya mereka menyarung uniform yang menggambarkan keperwiraan mereka, namun masih takut untuk berpartisipasi dengan aspirasi rakyat & menuntut hak mereka dalam sistem demokrasi.



16 March 2009

Nik Aziz: Kerajaan campuran tidak perlu



KOTA BHARU - Mungkinkah boleh berlaku negara tanpa pembangkang. semata-mata mahu mengurangkan ketegangan politik di negara ini.

Sebenarnya ketegangan politik yang semakin melampau sekarang berlaku ekoran kejayaan Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen pada 8 Mac 2008.

Sedangkan BN tidak mahu menerima hakikat itu

Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat peristiwa lama di mana PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN, kemudian ditendang keluar tidak mudah untuk dilupakan.

"Kami dah dibawa masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai, bahkan PAS ditendang keluar begitu sahaja, akhirnya cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit.

"Selagi saya tidak puas hati dan merasa pahitnya pengalaman dulu, selagi itulah saya perit untuk menerimanya cadangan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cadangan kerajaan campuran atau pakatan dengan Umno tidak perlu kerana Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mencetus isu rampasan kuasa di Perak.

Bagaimanapun, katanya segala pandangan mengenai perkara itu perlu diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan.

Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Rakyat di negara ini. - Hrkh

Bancian 7 Edition menunjukkan 93% tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran yang diutarakan oleh Ustadz Hadi. Kebanyakannya menyokong pendirian Musrsyidul Am PAS TG Nik Abdul Aziz yang tidak selesa dengan idea berkenaan.



Nik Amar- Isu Kerajaan Perak





P059: Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS



Saya mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Perak dan Kelab Penyokong PAS Perak yang memberi kerjasama bagi menjayakan pelancaran hari ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbangkan kewangan lebih kurang RM 10,000.00 yang telah dapat dikumpulkan dan dibawa ke Bukit Gantang bagi menjayakan program hari ini.

Dari jumlah tersebut sebahagiannya telah dibelanjakan untuk membeli sebanyak 300 kilogram keropok kering yang menjadi buah tangan ahli dan penyokong PAS Terengganu kepada ahli-ahli dan penyokong Kelab Penyokong PAs dari kaum India dan Cina di Bukit Gantang.

Teman-teman kita dari kalangan kaum India dan Cina yang hadir pada hari ini dapat menikmati jamuan tengahari nasi minyak dan juga juga sebungkus keropok sebagai tanda ingatan dari PAS Terengganu.

Saya telah meminta YAB Nizar sendiri yang membahagi-bahagikan keropok Semangat kemenangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan dibawa ke Bukit Gantang. kemenangan ini akan membuktikan bahawa rakyat menolak kepimpinan Najib Altantuya.

YAB Nizar sendiri telah menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada ahli dan penyokong PAS Terengganu yang telah memberikan sokongan dan tenaga serta wang ringgit bagi menjayakan program hari ini serta kerja-kerja kempen pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang

Sebagaimana kita menghapuskan kerakusan Najib Altantuya di Permatang, gabungan parti-parti Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat dari pelbagai kaum India Cina dan Melayu sekali lagi akan menghalau Najib Altantuya di pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Kita mesti menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Najib Altantuya kerana UMNO dan BN adalah parti perampas, perompak, rasuah dan penyelewengan.

Semua rakyat yang berada di kampung-kampung, di pinggir bandar dan di bandar-bandar yang saya temui, semuanya mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Dato' Seri Nizar Jamaludin adalah kerajaan yang sah.

Dan kerajaan pimpinan Dr Zambry adalah tidak sah disisi undang-undang.

Kemenangan pilihanraya Bukit Gantang akan membuktikan bahawa rakyat bersama-sama Pakatan dan marilah kita bersama-sama pada hari ini kita bergabung tenaga untuk meruntuhkan UMNO dan BN di Bukit Gantang !

Saya berbesar hati kerana hampir 1000 orang teman-teman dari kaum India dan Cina yang hadir dalam majlis hari ini telah memberikan komitmen untuk menjatuhkan UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang akan didakan pada 7 April akan datang.

Makkal Sakhti ! Reformasi, Hidup Rakyat!

Haji Hanafiah Mat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu



MABUK KUASA KERANA BIJAK BERKUASA

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ORANG YANG PALING CERDIK DI KALANGAN MANUSIA IALAH ORANG YANG MENCARI KUASA SEKALIPUN DIA DI KATAKAN MABUK KUASA, DENGAN KUASA SESEORANG ITU DAPAT MENGUASAI KEKAYAAN DAN HARTA BENDA YANG BERTIMBUN

ORANG YANG BERKUASA DAN MENCARI KUASA PERLU MEMPELAJARI ILMU MARTABAT KUASA DEKALIPUN KUASA ITU BERADA DI LANDASAN YANG TIDAK BENAR DAN SEKALIPUN ORANG LAIN MARAH DENGAN MEREKA YANG BERKUASA

DI NEGARA MALAYSIA KUMPULAN UMNO ADALAH ORANG YANG BIJAK BISTARI KERANA KUASA YANG ADA PADANYA MEMBOLEHKAN MEREKA MENGATASI UNDANG-UNDANG DAN MENGUASAI MINDA RAJA BERPERLEMBAGAAN, DAN KERANA KUASA ITULAH MEREKA BERJAYA MERAMPAS NEGERI PERAK

KERAJAAN PR YANG MENDAPAT KUASA DI PERAK TIDAK MEMAHAMI KELEBIHAN KUASA SEBAB ITU MEREKA TIDAK BEGITU PEKA DENGAN MEMPERTAHANKAN KUASA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA MEREKA KERANA KEPONDANAN MEREKA ITU MASIH MENEBAL, SEPATUTNYA MEREKA MEMAHAMI MENGAPA ORANG YANG TELAH MENJADI KAYA DAN RAYA BERAKHIR DENGAN CITA-CITA MEREKA MENCARI KUASA

SESEORANG YANG KAYA, YANG PUNYAI RUMAH BESAR,GEDUNG BESAR,KERETA BESAR,ISTERI BESAR, ANAK BESAR DAN SEGALANYA YANG BESAR AKAN MENJADI MISKIN PAPA KEDANA JIKA TIADA KUASA, SEBAB ITU MEREKA BERTUNGKUS LUMUS MAHU MENCARI KUASA, DAN ORANG YANG BERKUASA ITU DAPAT MENGUASAI SEGALA-GALA YANG BESAR-BESAR

MASIH MENANTI PENGISYTIHARAN HARTA PAT & PTD..

Sehingga ke hari ini.. PAT & PTD & Naib Canselor UPNM (Jeneral MCE Gred 3) & para konco-konconya si pendokong ajaran REJIMENTAL SESAT yang dikaitkan dengan jenayah rasuah & salahguna kuasa masih lagi berdiam diri.. Masih enggan menjawab.. Masih belum membuat pengisytiharan harta sepertimana yang dituntut oleh seluruh Warga ATM & seluruh rakyat Malaysia yang membayar cukai.
-
Bilakah lagi kalian semua mahu mengisi borang-borang ini?
-
Borang JPA(T)1/02 : BORANG PENGISYTIHARAN HARTA
Borang JPA(T)2/02 : BORANG PENGISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA
Borang JPA(T)3/02 : BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT / PERNIAGAAN
-
Adakah kalian semua mahukan Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri datang berkunjung ke pejabat untuk menghantar borang-borang ini? atau kalian mahu borang-borang ini dipos ke pejabat masing-masing?
-
Tak payahlah kalian terus nak 'kerah' para Pegawai Risik untuk menyoalsiasat para Blogers yang sependapat dengan WIRA DAMAI. Kalian juga tak perlulah mengupah 'SI-TORA' atau 'CYBER-COMANDO' untuk menangkis dakwaan yang WIRA DAMAI paparkan. Apa yang kalian perlu lakukan cukup senang.. SEMUDAH A,B,C.. Isytiharkan harta masing-masing.. Ikut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Warga ATM nak tahu.. Rakyat Malaysia semuanya nak tahu.. dari mana kamu dapat duit? dari mana kamu dapat kumpul harta? dan dari mana kamu buat harta? isteri-isteri kalian bukannya bekerja jadi bagaimana kalian boleh hidup bermewah-mewah, pakai kereta mewah, duduk rumah mewah, buat perkahwinan anak belanja bermewah-mewah, kerah 'budak-budak' askar jadi orang suruhan kalian.
-
JIKA KALIAN SEBENAR-BENAR SEORANG PANGLIMA. LAKUKAN PENGISYTIHARAN HARTA.. jika kalian masih berdolak-dalih.. maknanya memang betullah kalian PERASUAH yang berselindung di sebalik tembok jawatan PANGLIMA..
-
WIRA DAMAI benci Panglima makan rasuah & Panglima yang membodoh-bodohkan Pegawai/Anggota ATM. Sesungguhnya Ikrar TAAT SETIA Warga ATM hanya pada Seri Paduka Baginda.. bukan kepada Panglima yang rasuah..

Khir mungkin sudah tahu nama beliau tersenarai dalam Lembaga Disiplin UMNO - Malaysiakini


Wak Khir sudah mula menyerang dan mendakwa ada gerakan sulit menjejaskan reputasinya pula , itulah , jika mahu jolok lihat wajah di cermin dahulu, bila kena jolok kembali jangan salahkan orang lain, hero mana boleh tuduh - tuduh, nak jadi hero kenalah perfect. Mungkin wak Khir sudah tahu namanya mungkin telah tersenarai dalam nama 20 calon yang akan diambil tindakan oleh lembaga disiplin UMNO. Lembaga Disiplin UMNO tentu sudah ada Klik baca lagi..