ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Nov 24, 2009

24/11/09. Selasa.

KOTA SIPUTIH:DIMANA HAK RAKYAT? APAKAH UMNO MENGAJAK RAKYAT BERPERANG?

Tidak salah kita kata SPR adalah tunggangan umno yang gila kuasa kerana karat. Tak salah juga Hanyar dan rakyat marhain mendesak SPR masuk gelanggang politik, bertanding PRU 13 nanti.

Hari ini kita dapat melihat apa yang SPR telah lakukan. SPR telah memfailkan bagi mendapatkan perintah penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan 16 November lalu bahawa kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.Wakil rakyat Kota Siputeh yang tersingkir, Datuk Abu Hasan Sarif juga turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan jam 10.00 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan telah mendengar kes tersebut jam 2.30 tengahari tadi. Keputusannya akan diketahui nanti.

Ketika itu pasukan peguam bagi Speaker Kedah tidak menyedari perkara tersebut .Peguam Edmund Bon memberitahu The Malaysian Insider bahawa ini merupakan ‘gema’ sepertimana pertelingkahan perlembagaan negeri Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, kes yang sama,” kata Bon, yang terpaksa membatalkan semua urusannya yang lain hari ini kerana terpaksa bergegas ke Putrajaya serta merta.