Peruntukan sebanyak RM 500 ribu adalah untuk mesra rakyat kepada setiap satu ADUN untuk semua 56 ADUN di Selangor. Atas sikap rakyat Selangor yang bertanggungjawab kepada negeri tercinta, maka pada PRU 12 yang lepas, pengundi yang bolih dikatakan tidak pernah mengundi PAS,DAP dan KEADILAN bersatu memberi undi untuk memenangkan dan menukar dan menjadikan Kerajaan BARU yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Wang peruntukan RM 500 ribu itu adalah wang pembayar cukai rakyat. Maka amat perlu diberi semula kepada rakyat secara berhemah dengan adil. Pegawai Daerah di setiap daerah perlu bertanggungjawab menasihati ADUN sekiranya pengunaan tuntutan jika tidak jelas. Bukannya akur pada ADUN tetapi tidak adil pada rakyat yang membayar cukai.
Sepertimana di Kuala Langat juga teserlah tidak ada kejujuran Pegawai Daerah melaksanakan tanggungjawab dan perlu diawasi. Bukanlah satu tuduhan fitnah, tetapi ada kebenaran dan ramai boleh kehadapan menjadi saksi. Sebelum tuduhan keterlaluan dilemparkan, perlu kita awasi terlebih dahulu untuk kebaikan bersama.
Di blog ini tiada amalan ampu dan bodek, pemimpin parti politik maupun penjawad awam yang korup pasti kena godam, Hanyar tak peduli samada UBN atau PR. Hanyar mencari kebenaran dan kejujuran demi generasi masa hadapan.