ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 4, 2009

4/4/2009.

KECERDIKAN RAKYAT DI 2 BUKIT, SATU BATANG PERLU DGN TINDAKAN.


Selepas beberapa jam PM ke 6 mengangkat sumpah, beliau telah mengumumkan pembebasan tahanan ISA serta Suara Keadilan dan Harakah berkuat kuasa serta-merta.

Sebulum ini rakyat telah mendesak supaya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)bebas semua tahanan ISA . Apa yang berlaku pada pengumuman semalam adalah melepaskan batuk ditangga sahaja.

Hanyar mewakili rakyat marhain mengucapkan berbanyak terima kasih kerana tidak ketelusan Najib. Rakyat marhain, lebih-lebih lagi DI 2 BUKIT, SATU BATANG PERLU DGN TINDAKAN, dan cerdik berfikir dengan tindakan Najib itu.

Pengundi PRK pada 7 april 2009 hari Selasa ini, tidak perlu terpengaruh dengan pengumumam itu. Kesejahteraan rakyat lebih penting daripada hanya 13 orang tahanan ISA sahaja yang dibebaskan.

Permainan politik Najib cukup teserlah dengan politik kotor.

Apa perlunya 13 tahanan ISA bebas?

Bagaimana yang lain masih ditahan?

Kononnya berkuat kuasa serta-merta, tetapi masih mengambil masa yang terlalu panjang untuk dibebaskan. Dan mengapa ?


Hanyar menyokong apa yang dituliskan olih penarik beca iaitu;-

Penghias jendela dan Altantuya

Labels: Altantuya, ISA, Najib

Nak kata tak reti bahasa takut mengamuk pulak peminat-peminat Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang tuntut mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia pi bebaskan 13 orang saja-saja nak buat penghias jendela. Setakat window dressing tak main la woi!!

Dah jadi macam satu fesyen pulak puak ni. Bila naik, bebaskan tahanan ISA. Lepas tu, buru dan sumbat lebih ramai lagi di dalam tahanan. Orang tua-tua kata, taktik menipu takat sekali orang percaya la. Tapi kalau dah jadi amalan harian, siapa nak percaya?

Apa pun, nama suami Laila tidak ada dalam senarai mereka yang dibebaskan. Barangkali kerana Laila dikehendaki membayar harga yang mahal kerana penglibatan aktifnya dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mungkin Laila dan anak-anak menaruh segala harapan bila mendengar 13 orang dibebaskan. Tetapi, alangkah hampanya mereka bila nama orang yang mereka nanti-nantikan tak ada dalam senarai.

Baguslah dalam ucapan yang dah lama sungguh Najib gian nak menyampaikannya, banyak sungguh dicampak-campakkan entah apa-apa. Yang gian nak mengutipnya bolehlah kutip seperti kucing jalanan menerkam tulang ikan yang dicampak orang. Malangnya, ada yang tertinggal dalam ucapan itu.

Rakyat Malaysia yang terpaksa menerima Najib sebagai Perdana Menteri masih menanti-nantikan penegasan suami Datin Seri Rosmah Mansor itu bahawa beliau akan menyaman akhbar Liberation dan semua media yang dijerit pekikkan sebagai memfitnahnya di tempat media-media itu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah (sudah-sudahlah berangan tu, Ku!).

Selagi Najib tak saman media-media itu serta dibuktikan bahawa mereka memfitnahnya tanpa keraguan yang munasabah, seperti yang saya katakan sebelum ini, kita berada dalam keadaan tak berdaya - sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Altantuya dari dirinya, kita juga tak berdaya memisahkan nama Altantuya dan Perdana Menteri keenam itu.

Rakyat Malaysia perlu lebih perkukuhkan demi perjuangan MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN.


Rakyat perlu menitik beratkan perjuangan Datuk Sri Anwar, dengan slogan pertama beliau;-

DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN GENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN.