Apa yang diperkatakan kesilapan besar seperti yang panjang lebar akan dihuraikan nanti adalah cakap-cakap orang sombong. Walau bagaimana pun bukan hanyar nak cakap macam pendakwah Islam, hakikatnya memang Islamlah hanyar anuti. Semua adalah ketentuan Allah kepada kehancuran untuk BN. Petunjuk dari Allah membuatkan mudahnya pembangkang berkempin membawa mesej ke Parlimen.
Ingatan pada yang menang, setiap jari-jari yang memberi undi juga adalah ketentuan ALLAH kerana aku,dia dan semua hendak kepada amal maarof nahi mungkar. Setiap memohonnya kita yang baik atau pun buruk, Allah akan tunaikan. ALLAH MAHA ADIL.
Kesilapan besar Umno ialah dengan meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjadi calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi Allahyarham Razali Ismail.
Silap bukan kerana Wan Farid calon pilihan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak diterima kumpulan TPM, Mohd Najib Abdul Razak.
cerita orang Umno, Najib lebih cenderong jika Roslan Awang Chik, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia menjadi calon.
Roslan yang dikenali lebih rapat dengan TPM sebelum ini adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang ditewaskan oleh Wan Farid ketika menjadi Setiausaha Politik Abdullah beberapa tahun lepas.
Perseturuan ini adalah realiti yang tidak dapat ditolak Umno, akibat perpecahan dalaman yang serius. Perseteruan yang berpanjangan ini merupakan kesilapan pertama Umno.
Sehingga ada orang-orang Umno tertentu, sudah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut secara diam-diam.
Rakyat di luar Terengganu boleh dibohongi. Tetapi orang-orang Umno dan rakyat Terengganu sendiri menyaksikan bagaimana ketika hayat Razali, beliau diketepikan dan dikalahkan oleh orang-orang Wan Farid dalam pemilihan bahagian.
Bagaimana mungkin Wan Farid atau Umno KT, boleh menjaja beliau sebagai kesinambungan legasi Razali, jika allahyarham bekas timbalan menteri itu langsung tidak dipedulikan ketika hayatnya?
Kesilapan kedua ialah soal personaliti Wan Farid. Bukan soal hendak dibahaskan dia orang baik atau jahat. Bukan juga nak dibangkitkan kegemarannya berkaraoke.
Masalahnya ialah beliau tidak dilihat mewakili golongan marhain dan golongan miskin bagi negeri Terengganu, yang sentiasa terletak dalam kelompok negeri-negeri termiskin di Malaysia.
Masalahnya bukan pada rakyat sahaja. Ada kalangan orang-orang Umno sendiri yang mendakwa Wan Farid jenis 'hidung tinggi'.. Soalnya perkara ini bukan persepsi atau ia menjadi bahan serangan kempen PAS untuk memburuk-burukkan personaliti lawan.
Ianya adalah hakikat yang berlaku, wujud dalam Umno sendiri. Sehingga ada kalangan Umno yang mendakwa, Wan Farid mengadakan majlis kenduri atau keluarganya, sanggup mereka elakkan daripada menghadiri dan lebih baik kemajlis lain.
Kesilapan ketiga ialah isu penguasaan kekayaan negara, sama ada peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan penggunaan wang royalti yang dikaitkan dengan Wan Farid serta Idris Jusoh dan anggota keluarga mereka.
Orang-orang Umno ramai yang tidak berpuashati dengan penguasaan kedua-dua mereka kepada hasil kekayaan negeri. Penglibatan abang calon BN iaitu bekas Adun Ladang, Wan Hisham Wan Salleh dalam projek besar Monsoon Cup diratib dibibir orang Umno.
Kedua-duanya Wan Farid dan Idris dikatakan tidak disenangi kumpulan Menteri Besar, Ahmad Said.
Kedua-dua mereka adalah kroni rapat menantu PM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Patrick Lim yang dikenali sebagai Patrick Badawi.
Ketiga-tiga isu ini adalah isu besar kepada Umno. Ianya bukan rahsia dan amat diketahui oleh rakyat, khususnya pengundi-pengundi di KT.
Hakikat daripada ini menyebabkan, BN menjadi terlalu defensif. BN tidak mampu lagi menjual idea pembangunan.
Mereka terpaksa menjawab isu-isu ini sebelum rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN.
Kalangan BN sedar bahawa tidak mungkin dalam tempoh seminggu dua ini semuanya dapat di atasi. Bagaimana mungkin calon BN yang sudah lama dikenali termasuk dalam golongan elitis yang tidak mesra rakyat, boleh mengubah sikapnya dalam tempoh dua minggu.
Hakikatnya, angin perubahan rakyat selepas PRU Mac 2008 sudah tidak dapat lagi dibendung. Umno sudah semakin tidak relevan dan BN semakin tidak diterima rakyat.
Implikasi kekalahan Wan Farid bukan setakat beliau hilang jawatan timbalan menteri, senator atau setiausaha politik, ia adalah signal bahawa rakyat terus menolak legasi Abdullah dan tidak menerima kepimpinan yang bakal diwarisi Najib.