ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 27, 2008

Blog kurang ajar

Oleh Helmy Abd Rahman dan Azlan Hafeedz



KUALA LUMPUR: Melampau dan kurang ajar! Itu kata-kata paling sesuai dilemparkan kepada seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.


Laman blog terbabit yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon dengan sengaja memaparkan pelbagai lukisan karikatur dan gambar yang diubahsuai selain perkataan serta ayat yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di kalangan masyarakat.

Lebih menyakitkan hati, penulis blog berkenaan mencatat nama wanita Melayu yang didakwa dirinya sendiri pada kebanyakan lukisan sebagai tanda memiliki hak cipta pada setiap lukisan itu.

Bagaimanapun, dipercayai kebanyakan gambar dan lukisan sebenarnya dimuat turun dari Internet sebelum disunting penulis dengan memasukkan nama wanita itu.



Selain itu, penulis berkenaan sengaja mengaitkan Islam yang disifatkannya pengganas dan mengamalkan fahaman sama seperti nazi.

Tidak cukup dengan itu, penulis terbabit menghamburkan kata-kata cacian serta menggelarkan pengunjung yang memberi komen memarahinya sebagai bodoh dan orang kampung berfikiran kolot serta tidak layak melayari laman blognya.

Malah, penulis blog itu dengan berani mencabar umat Islam yang menurutnya berfikiran kolot dan mengalu-alukan golongan masyarakat yang kononnya berfikiran terbuka untuk berkongsi idea dengannya melalui perbualan telefon.

Penulis itu juga mengugut membuat laporan polis kepada mana-mana pengunjung laman blog itu yang tidak sependapat dengannya.

Laman blog terbabit yang mula beroperasi bulan ini dengan mempunyai 30 laman, menjadi popular sekelip mata apabila dilayari lebih 3,000 orang, sehingga semalam.

Rata-rata pengunjung meluahkan kemarahan serta menggelar penulis laman blog itu dengan pelbagai kata-kata cacian.

Pada laman pengenalan diri, penulis mendakwa dirinya seorang wanita keturunan Melayu berusia 27 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat automotif terkemuka di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga menyifatkan dirinya seorang berfikiran terbuka, moden dan ceria selain memiliki hobi melukis serta mengambil gambar.

Penulis juga memaparkan alamat hubungan laman web sosial untuk mencari kenalan ‘sebulu’ dengannya.

Bagi mengesan identiti penulis, Harian Metro cuba menghubungi nombor talian yang tertera pada laman blog itu malam tadi, namun dijawab mesin penjawab telefon yang memaklumkan nombor berkenaan dimiliki sebuah syarikat pengedar automobil terkemuka antarabangsa.






POLITIK KOTOK, TAK IKUT PERLEMBAGAAN PARTI..

Sabaq Kepala Atuk Hangpa - Bersama Ulasan


Oleh : Mankedah (umnonomore)

Dulu, bila sebut je reformasi, bukan je Polis tapi majikan pun halau keluar. Boss kerja pun pandang sebelah mata. Boss kata, kalau nak sokong pembangkang, cari projek sendiri. Jangan mintak makan dengan kerajaan. Aku kerja dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Apasai depa kata kerajaan plak?

Tapi perjuangan kena telus, kena berani. Aku berani, tapi depa halau aku keluaq ofis. Tak layan, lama lama aku belah sendiri. Tak tahan kalau ada politik dalam syarikat. Ghupanya nama sahaja swasta, tapi boss semua orang UMNO. Cesss memang cilaka.

Tu lah masalahnya dengan negara ni. Tak canggih langsung. Politik di campur aduk dalam agama dan cari makan. Kalau tak sokong UMNO, jangan mintak bantuan, jangan mintak kerja, jangan mintak pinjaman. Hang makan la pasiaq ka atau rumput kerin, hangpa buat kerabu.

Maka beragan la aku cari kerja baru. kalau dulu bukan main hebat lagi, sekarang macam minta sedekah. Kemana mana pun orang dah kenai muka. Ni orang PKR, biaq dia mati, padan muka !!! Hang mintak la tolong pada Anwar nun … !!! Tak pa … sabaq. perjuangan itu perlukan kesabaran.

Kalau nak cari makan jugak, kena jadi nelayan, motong getah atau apa apa business yang tidak bersangkut paut dengan politik. Buka gerai, esok lusa dah MBSA dah angkut. Kat situ je, dah habis beribu ribu. Buka kedai sewa sampai RM1000, lesen niaga pun tak lulus, kedai pun kena tutup. Hancoq business.

Member member bagi nasihat, kalau nak berniaga, kena pakai topeng. Minta tanda tangan pemimpin UMNO. Paling cabuk pun, ketua bahagian. Kalau tak dak, Hang jangan mimpi. Permohonan FAIL … hang depa buang kat tong sampah.

Tu la pasai sampai sekarang, aku mati matian jadi pembangkang. Pantang ada tunjuk perasaan, bantahan, aku pi jugak. Alang alang nyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang oghang dah kenai, biaq depa tau teruih … hah aku la orang PKR !!!

NAk hidup pun susah, mai kita tukaq kerajaan.
Untung nasib kita boleh tebus kerugian kita. Bila kerajaan UMNO kalah, aku harap akan berubah semua.

Bukan sikit, tapi dah banyak. Bukan RM100 tapi dah beribu ribu. Tambang, minyak, poster semua pun kena pakai duit. Buka kedai, tutup, bukak itu semua nya hancoq.

Duit tabung, harta semua dah kena jual. Bukan pangkat besaq, tapi cukup dengan nama reformis. Perjuangan yang bergolok bergadai. Hah .. tu la dia semangat yang ada pada pembangkang. Dendam kesumat tersemai di dada. Pantang kata perjuangan … hah aku lah reformis. Kakakakak .

Bila tukaq kerajaan. Mampuih aku kerjakan. Aku orang pertama akan kutuk orang UMNO. Biaq depa jealous ngan aku. Itu lah angan angan aku dulu.

Bila Pakatan Rakyat dah menang di Selangor, tiba tiba ada pulak mamat mamat yang mai ntah mana datang mencelah. Aku perasan depa ni dulu kontraktor UMNO. Tapi bila kerajaan tukaq, depa pun tukaq bendera. Tak sempat susah, depa dah cari peluang dari Pakatan Rakyat pulak. Wuuuhhhh !!! tak boleh jadi ni.

Tak pa … sabaq. Masing masing ada rezeki. Orang kata kek besaq, panggil kawan kawan ajak makan. Jangan makan sorang-soghang, nanti tak dak kawan. Jangan jadi kedekut. Kalau kedekut baik masuk UMNO … Pemimpin kata, kita mesti terima keahlian dari semua pihak. Kita kena jadi baik … wah wah wah .. .syok na bunyi.

OK La .. aku setuju !!!

Rupa nya trend ni makin hebat sekarang. Semua orang UMNO nak Joint Pakatan Rakyat. Semua dah mula mengendeng ngendeng dengan pemimpin PKR. Pemimpin PKR pulak semedang tak dak duit macam aku, jadi bila dapat sponsor, depa teruih jadi kawan. Pulak dah ….

Tak pa sabaq. Perjuangan kena sabaq.

Lama lama tanpa aku perasan, aku dah sampai ke hujung. Kalau pelampung tu muat untuk 100 orang, aku lah yang paling tepi sekali. Kalau member kat dalam kentut sikit, aku dah terjun masuk laut. Terkapai kapai menanti ikan jerung nak baham. Kalau ikan jerung tak makan oghang kuruih macam aku, tentu aku selamat.

Depa tak habis duit, depa tak kena buang kerja. Depa tak berjuang tengah panas, depa tak kena simbah ayaq kuning, tak masuk lokap dan tak kena belantan. Tapi depa smart, depa ada duit dan depa sekolah tinggi. Bila masuk dalam PKR, depa twiss sikit, terus jadi orang penting.

Baghu aku tau duit ni memang besaq dia punya power. Huloq aje, teruih ramai kawan. Camana dengan aku? Sabaq … pemimpin kata reformis kena sabaq.

Pemimpin kata tak pa. Bila kita ada peluang nanti, kita bagi. Dok jenuih la tunjuk muka nak bagi depa ingat yang kita ni pejuang reformasi. Depa senyum tapi, peluang peluang niaga, depa kongsi dengan member depa. Heh… aku punya mana?

Yang kaya teruih kaya, Yang miskin teruih miskin.

Politik ni memang macam celaka. Kalau jujur, hang mampuih. Kalau hang pandai temberang, hang boleh hidup. Tak kira lah politik UMNO ka, PKR ka, sama saja. Kalau jahat dapat tempat, kalau baik lama dah oghang tolak hang terjerumuih kat longkang nu. Hangpa Nangih la soghang soghang.

Mana YB YB yang aku sokong dulu. Semua sibuk dengan agenda masing masing. rasmi tu rasmi ni. Esok dengan orang kaya tu, hari ni dengan orang kaya tu. Dulu masa nak pilihanraya, YB YB ni la yang minta aku kempen, gantung sepanduk, gantung tu gantung ni. Semua nak kena gantung. Sampai spender depa pun nak kena gantung.

Baru baru ni kat Permatang Pauh, MB Selangoq sendiri janji. Lepas ni kita agih kan projek pasiaq. Semua boleh dapat. Kita rasa sikit sikit. hah .. sampai sekarang pasiaq tak nampak, projek pun tak dak. Pantang masuk proposal, depa dah sailang cepat cepat.

Aku tau, aku akan dipanggil balik bila jadi rusuhan, tunjuk perasaan. kalau tak dak benda benda macam ni, mampuiih depa tak panggil pun. Kalau setakat gantung sepanduk. lepaih ni ramai kontraktor boleh tolong.

Hari ni aku seluk poket. Cuma tinggal RM20. Bini suruh beli ikan, anak nak masuk sekolah, baju belum beli, yuran tak tau berapa plak nak kena. Anak pulak dah masuk 3 oghang. Semua nak belanja. Minyak kereta dah kosong, topup talipon dan dua hari habis. Hai … apa lah nasib.

Pemimpin kata sabaq.
Perjuangan itu perlukan kesabaran.

Sabaq kepala ATOK hangpa !!!

edyes wrote:

Sabar... semua kena sabar....

Inilah kebenaran, saya tidak menolak kebenaran. Tidak mahu hipokrit.

Namun, perjuangan tetap harus diteruskan. Kita percaya kepada tuhan, nescaya tuhan akan balas segala pengorbanan seadil yang Maha Adil. Kita dah usaha, dah ikhtiar dan ada masanya untuk kita berserah pada kekuasaan Allah, Pemberi rezki sekalian alam.

Mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi, percayalah jika setiap masalah kita tangani dengan rasional dan tanpa mengeluh, kita akan ditunjukkan jalan. Kuatkanlah semangat diri, kehidupan mesti diteruskan, UMNO dan BN juga harus ditumbangkan.

Kita runtuhkan segala ketidakadilan yang berlaku selama 50tahun. Kita ubah segala bentuk penindasan yang menjadikan segelintir umat kaya raya tanpa memberi peduli kepada insan lain.

Kita nak reform sistem sedia ada. Kalau boleh, biarlah segala bentuk pengagihan berjalan dengan telus, ada schedule supaya semua dapat merasa. Kita boleh buat!

Dari duit, kita jadikan duit. Kita pusing sama-sama, jangan pusing-pusing dapat kat orang yang sama.

Semua orang nak kaya, tapi apa salahnya kita kaya sama-sama. Sapa usaha dia dapat. Kalau semua usaha, pasti semua akan dapat, tapi dalam konteks giliran lah.

kita jangan ikut cara UMNO yang kuno, kita buat cara kita biar semua yang mencuba, dapat peluang untuk merasa.

Kenapa tak boleh buat? kalau kita trace supaya pembahagian apa2 projek berdasarkan unique identifier. buat penjadualan biar kita tau, kepada siapa projek2 akan datang. bukan takat projek, tapi apa2 sebut harga, tender dan macam2 benda lagi.

Kita boleh buat bila kita memerintah nanti. Jalankan di semua peringkat. Jalankan dengan niat biar semua merasa.

Tak salah kalau kita kaya sama2... bagi sesiapa yang ada usaha.

Bersama arus perjuangan yang tidak dapat dibendung, kita menuju sebuah negara yang berteraskan kebajikan, yang berteraskan kesaksamaan sesama insan. Negara yang tidak lagi menekan, mereka-mereka yang tertekan.

RE-FOR-MA-SI !

ANAKANDA AGONG PERTAMA MANGKAT..

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
Dec 27, 08 1:12pm

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.

Baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Berita selanjut akan menyusul.

YANG BERKHIDMAT (YB)Kapar


Tahniah MP Kapar! berani kerana benar, menyuarakan yang hak untuk kepentingan rakyat. Kita jangan lah menjadi seperti cakap tak serupa janji, janji tinggal janji. Pemimpin (MP) yang lain, membisu sebab (pinjam slogan cek ded) BERSIH,CEKAP, AMANAH hanya untuk boss, kepentingan apa? Tak tahu lah.

Sepatutnya bila ada sesuatu protes dari rakyat akar umbi, hendaklah dititik beratkan walau apa cara sekali pun. Sebab nak jaga hati, biar telingkup.Nak jaga hati biar bertempat. Lihat sama masaalah akar umbi yang berbagai masaalah. Hanya nak jaga hati YB, pemimpin bahagian, tetapi tak mahu lihat masaalah di bahagian yang tindakan tak bijak. Kepimpinan di bahagian yang tak jadi YB berbagai masaalah, yang jujur ok lah. Kalau yang korap maka hancor parti.

Rata-rata baik penyokong atau yang tersingkir dengan jawatan telah difitnah, olih orang berkepentingan. Aduan telah di hantar kepada DSAI, tidak dapat perhatian langsung. Rasanya keADILan macam nak bermain api pula. Harus diingat, penyokong atas pagar yang menentukan kemenangan. Kita perlu percaya kemenangan PRU 12 bukan penyokong akar umbi cukup untuk memenangkan pembangkang. Tetapi adalah kekuatan akar umbi berkempin untuk pengundi atas pagar memehak kepada pembangkang.
Keluhan MP Kapar ni lama dah, tapi apa yang jadi kita bolih katakan "nasi dah jadi bubur". Perlu tangani sebaik mungkin. Amat memalukan. Saya amat mengenali YB Mike yang begitu kerja kuat untuk kepentingan rakyat sejak awal lagi tahun 1998. Ini lah pemimpin berbangsa India yang berani menyuarakan kepentingan rakyat. Yang lain (MP) hampeeh. Bagi saya beliau adalah pejuang hak rakyat (pinjam slogan DSAI) "DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN GENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN". Kalau begini apa guna dengan slogan yang penoh keramat tu.
MP keADILan belum ramai, tak bolih tangani masaalah, macammana kalau dah memerintah? 222 bahagian dipantau dengan teliti dan jangan dengar cakap orang semata-mata terus buat keputusan dengan tidak adil, adalah tak betul.

Ramai pula musang berbulu ayam yang nampak sekarang. Tak kisahlah dah diberi jawatan, patutnya bersikap adil sebelum menerima mereka untuk diberi jawatan penting. Nanti jadi macam MB Selangor susah. Hingga AMK Selangor pun dah tak setuju. Sahaq masa kat Ijok hebat sebut "susah senang kita bersama" otak dia. Bagi saya susah tolong dia, senang dia sendiri.

Ok lah saya nak tidor, esok sambung lagi.........