15 Jun 2009
DS. Nizar dan hampir 10 MP dihalau keluar dewan oleh Speker.
Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.
Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.
Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen kerana ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan 'Bubar DUN Perak'.
Antara yang lain, YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.