ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 22, 2009

22/4/2009. Ra

KAMPONG MELAYU PULAU CAREY

En Jasman, peneroka tanah di Lot A 10 Kampong Melayu, Pulau Carey sejak tahun 1983 telah diinaya olih JKKK umno. Beliau mengadu telah meneroka tanah tersebut dan kini tanah tersebut telah di miliki olih orang lain. Katanya lagi pada kempin PRU 12 yang lepas, kerajaan BN telah meluluskan geran tanah tersebut. Tetapi nama beliau tercicir.

2 buah rumah yang berada di lot A 10, Kampong Melayu, Pulau Carey.


Sejak Lot A 10 dimiliki geran olih orang lain, beliau telah diarah keluar dari Lot A10. Kini semua hasil tanaman beliau diambil olih orang yang memiliki penama geran.

Beliau mempunyai 8 orang anak dan masih dalam tanggungan seramai 6 orang. 3 orang masih bersekolah.

Beliau menyara anak-anak dengan berniaga di warung tepi jalan, sejak4 tahun lalu. (rezab tanah kerajaan)

Masaalah yang beliau alami, telah diberitahu pada JKKK yang baru iaitu Sdr Ustaz Yusuf Bin Ahmad. En Jasman mohon jasa baik Kerajaan baru (PR) dapatlah membantu beliau menangani masaalah yang dialaminya.
3 dari kiri En Jasman (peneroka tanah yang diinaya olih JKKK umno) sedang menceritakan keadaan sebenar.


Rumah baru En Jasman, mengantikan rumah lama yang uzur.



Inilah rupa rumah yang disyaratkan olih JKKK umno, untuk mendapatkan geran tanah, perlu membina rumah. Tidak pernah dihuni.



Ini rumah lama En Jasman yang bersambung dengan rumah barunya.

Hanyar masih kabur dengan kenyataan En Jasman dan akan berjumpa JKKK serta YB Dr Yunus untuk memaklumkan masaalah beliau dengan tindakan membantu. Perkara ini telah Hanyar maklumkan pada S/U keADILan Bahagian serta AMK Bahagian juga untuk tindakan.