ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 23, 2009

SPRM didakwa tekan Madam Low ekoran dakwaan rasuah terhadap...


Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menekan Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut sumber Siasah, Madam Low dipaksa berbuat demikian dalam soalsiasat SPRM yang dibuat hampir empat jam baru-baru ini ekoran laporan oleh Gerak.

Turut disiasat adalah tiga lagi pemimpin kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang lain.

Baru-baru ini, Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM Selangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid menolak dakwaan itu dan sedang menimbangkan untuk menyaman Gerak kerana memfitnah beliau.

-SIASAH

EZAM ,,,,,,, PARTI.


TAK NAMPAK MADU, PERMATA DAH JADI BATU.

Banyak orang perkatakan keperibadian Ezam. Heran sungguh rakyat Malaysia ni. Dah lebih 50 tahun merdeka pun, tak faham lagi orang politik bercakap. Cerdik politik, tidak perlu pertikai apa Ezam bercakap. Baik Pakatan rakyat maupun Umno.


Pemimpin pakatan rakyat, kena pandai main politik cakap Ezam. Orang umno faham-faham lah.


Ezam adalah nasi tambah pada pakatan rakyat, bukan mudah untuk dapat penceramah atas pentas umno untuk pengundi atas pagar beralih kepada pembangkang.


Ezam melarat, merapu itu kerja dia. Apa peduli kita sebok sangat pasal Ezam merapu.

Ezam dengan DSAI hubungan baik, kita mungkin tak tahu. Buta-buta kita buat dosa kering terhadap pejuang politik tu.


Ezam tidak pernah bergelar YB semasa dalan pakatan rakyat. Bermakna Ezam tidak terlibat sepertimana YB pakatan rakyat sekarang yang kebanyakan angkuh dan tidak sedar dari mana benih mereka datang. Penyokong pakatan rakyat yang ramai sekarang, adalah sebahagian hasil keringat Ezam yang tidak kira masa beliau bergerak. Bayangkan, jika orang Perlis hendakkan beliau berceramah (semasa keADILan), beliau sanggup pergi dan balik, pulang ke KL sampai lewat pagi. Kadang-kadang minyak dan tol pun mintak kat isteri dirumah. Semua ni siapa tau.

Umno pun tak marah kat Ezam, kalau Ezam bersalah/ rosakkan umno, dah tantu Ezam dalam kotak.(Pak Lah berkuasa).


Ezam! teruskan dengan perjuangan mu. Allah tahu apa yang anda hasratkan. Tetapi jangan lupa badut-badut kamu kelak nanti mereka merana.


Menipu biarlah hingga berjaya ketitik noktah yang membawa kepada:- AMAL MAAROF NAHI MUNGKAR.


Nasihat nyong “rakyat perlu dibela”.




MALAYSIA MEWAH KEJAR "NAMA"


Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia ramai menghadapi krisis pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi Negara. Dengan masaalah ini rakyat kebanyakkan yang bekarja disektor swasta/kilang juga menghadapi tiada pekerjaan dan ramai yang menghadapi kesempitan keuwangan.


Sebentar tadi Hanyar menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Pekan Bandar Baru dan bolih dikatakan semua masjid-masjid, Pak imam mengistiharkan agar jemaah dapat menyumbang wang untuk rakyat penduduk Gaza. Hanyar berpendapat rakyat Malaysia amat berhemah tinggi dengan suka membantu orang. Adap orang Malaysia memang suka menolong orang, lebih-lebih lagi orang dalam kesusahan. Tahniah pada penyumbang, semoga sumbangan anda diberkati Allah.


Apa yang Hanyar nak perkatakan disini (pendapat) rakyat Malaysia pun bermasaalah bagaimana nak menolong orang? Hari-hari kita dengar rakyat kita (Malaysia) ada yang tak dapat makan, bukan takada makanan, tetapi tiada wang untuk membeli makanan.

Memang Negara Malaysia mewah dengan makanan. Masaalahnya orang yang tiada harta memang susah nak dapat makanan. Untuk mudah kita buat contoh, orang yang tinggal kat rumah flat. Penghuninya hilang pekerjaan, wang simpanan dah habis, anak-anak nak makan. Apa yang nak dipetik? Orang kat kampong, rasanya tiada masaalah.


Masaalah kat kampong pula, yang menyewa rumah akan melarat. Makanan memang mewah, banyak Hanyar nampak pokok kayu kat kampong sekarang ini musim berbuah. Tiada siapa nak makan sehingga buah menjadi busuk diatas pokok. Mungkin, mungkin, mungkin taada orang nak petik atau kedekut. Pasal menderma yang diwar-warkan olih kerajaan sanggup menderma, kalau bolih nak disiarkan dalam tv. Tapi kalau menderma secara diam-diam kureng. Inilah sikap orang Malaysia.


Hanyar cadangkan kepada kerajaan di 5 buah negeri yang di perintah olih Pakatan Rakyat, yang telah rakyat mandatkan, agar ketua Pemerintah dan 83 MP-MP diDewan Rakyat mendesak/usulkan kepada kerajaan Malaysia supaya keluarkan wang peruntukan MP yang tidak diberi pada MP pembangkang untuk menderma semua wang itu kepada rakyat penduduk Gaza. Apa macam ok tak?


Malaysia ni bukan lah susah, yang buat masaalah kerajaan BN sahaja. Bagaimana pula jika 83 MP ini orang sekutu BN? (BN tidak menghormati pilihan rakyat). Mungkin tiada masaalah agaknya. (lebih baik bubarkan saja pilihanraya).


Apa yang kita dengar berlaku, 2 PRK yang lalu, BN hebat membazir wang kerana nak kepentingan kuasa. Tetapi orang memerlukan mati kelaparan.


Panjang lebar coretan diatas, kesimpulannya apa perlu menjerit pada rakyat yang secukup makan, memohon sumbangan untuk nama. Rakyat melarat dan tiadak dipedulikan, lebih-lebih lagi kalau warna baju tidak sama.



KERAJAAN NEGERI BUKTIKAN KEMAMPUAN



ALOR SETAR, - Kerajaan Negeri berjaya membuktikan kemampuan mentadbir sekaligus menepis tohmahan dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mempertikai kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam menerajui kepimpinan negeri ini.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam persembahan ucapan tahniah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke-81.

“Alhamdulillah, negeri Kedah tidak menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini ataupun malapetaka yang menjejaskan kehidupan rakyat serta tidak berlaku sebarang persengketaan antara kaum.

“Kerajaan juga tidak mengalami kegawatan kewangan seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu sebaik sahaja patik dan rakan-rakan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Tuanku,” ujar beliau.

Ini disebabkan Kerajaan Negeri mengamalkan sikap berjimat-cermat dan berbelanja secara berhemah dalam merancakkan pelaksanaan program pembangunan yang dirancangkan untuk faedah rakyat.

Pelaburan merupakan penyumbang kepada pembangunan negeri. Justeru itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah berjaya menarik pelabur asing dan tempatan ke negeri Kedah dengan menekankan prinsip adil dengan pelabur.

Ia bagi memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan dalam pekerjaan yang ditawarkan dalam projek yang dijalankan bagi meningkatkan taraf hidup mereka, tambah beliau.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2008, negeri Kedah telah menerima kelulusan pelaburan dalam sektor pembuatan berjumlah RM 2.5 billion, sebanyak 37 projek akan menghasilkan peluang pekerjaan kepada 2,954 orang.

“Projek-projek yang telah diluluskan ini bakal dibina di Kulim Hi-Tech Park, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani.

“Kerajaan juga berusaha untuk mempercepatkan projek Kedah Hydrocarbon Hub di persisiran pantai Daerah Yan, meliputi kawasan Pantai Sungai Limau, Sungai Daun, Pantai Sungai Dedap, Pantai Sedaka dan Pantai Dulang,” ujar beliau.

Dari segi pertanian yang turut memberi impak kepada ekonomi negeri, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berskala besar dengan melancarkan Pelan Pembangunan Negeri bagi tempoh 2008 – 2015.

Memandangkan Kedah mempunyai struktur tanah yang sesuai bagi tujuan pertanian, Kerajaan Negeri amat menggalakkan para usahawan menceburi bidang pertanian bagi tujuan merealisasikan Kedah sebagai ‘Belanda Malaysia’.

“Kerajaan telah memulakan Program Latihan Usahawan Tani yang memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia dan yang bakal menceburi bidang pemasaran dan pemerosesan produk pertanian dan seramai 600 Usahawan Tani disasarkan dalam tempoh lima tahun bermula 2009,” jelasnya.

Kerajaan Negeri juga telah membuat sedikit pengubahsuaian kepada dasar perumahan sedia ada bagi memenuhi keperluan perumahan di kalangan berpendapatan rendah.

Dalam persembahan Ucapan Tahniah tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyatakan kekaguman beliau dengan komitmen serta keprihatinan yang diberikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam meningkatkan kemajuan negeri bagi kesejahteraan rakyat
.


3 EXCO PARTI DITUKAR GANTI


Rombakan 3 Exco keADILan Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Pulau Pinang menggugurkan tiga anggota exco kerajaan negeri daripada barisan jawatankuasa badan itu bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan anggota exco Law Choo Kiang, kedua-duanya Timbalan Pengerusi keADILan Pulau Pinang, dan seorang lagi anggota exco, Abdul Malik Abul Kassim, yang juga setiausahanya.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan itu di sini malam tadi, Pengerusi keADILan Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata mesyuarat itu bersetuju melantik Ketua Bahagian PKR Balik Pulau, Dr Mansor Othman dan Timbalan Speaker Tan Hock Leong bagi menggantikan Mohammad Fairus dan Law manakala tempat Abdul Malik pula kini disandang oleh Mustafa Kamal Mohd Yusoff, yang juga Pengarah Pilihan Raya keADILan negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Raveentharan a/l Subramaniam kekal sebagai Timbalan Pengerusi yang ketiga.

Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dilantik sebagai Ketua Penerangan, Anggota Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda keADILan negeri dan Norhayati Jaafar sebagai Ketua Wanita Negeri.

Zahrain berkata, sebuah jawatankuasa diketuai Dr Mansor ditubuhkan untuk memantau prestasi semua exco, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anggota Parlimen dan Ahli Majlis daripada parti itu.

"Kalau prestasi mereka tidak baik dan tidak berubah, kita akan gugurkan mereka pada penggal akan datang," katanya.

Zahrain juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak berbincang dengan keADILan terutamanya mengenai pelantikan penjawat sesuatu jawatan, umpamanya, langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik bekas pemimpin Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga investPenang, iaitu badan pelaburan kerajaan negeri.

"Kita hanya dimaklumkan oleh Ketua Menteri mengenai perkara itu tetapi tidak dibawa berbincang. Jadi, kita mahu supaya beliau ambil kira kedudukan wakil dari keADILan," katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, keADILan bersetuju supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai, ahli majlis serta pegawai daerah disandang oleh orang politik.

Zahrain berkata, keADILan merancang mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran pada Mac ini untuk mencari dana parti dan juga akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan St Anne di sini pada 1 Feb ini.


Hanyar mengucapkan takziah buat keluarga Tan Sri S.O.K. Ubaidulla Kadir Basha

Ubaidullah, pemimpin veteran MIC meninggal dunia

Pemimpin veteran MIC, Tan Sri S.O.K. Ubaidulla Kadir Basha meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi semalam kerana sakit tua.

Allahyarham Ubaidulla, 90, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di No 10, Lorong Bukit Pantai 6 di sini, meninggalkan seorang isteri Puan Sri Mehrunnisa Mohideen serta dua anak lelaki, Hishamudin dan Hamimudin.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar semalam.

Allahyarham Ubaidulla merupakan bekas pengerusi Ubaidi Foundation dan ahli perniagaan terkemuka dengan memiliki syarikat perkhidmatan penerbangan di ibu negara.

Allahyarham adalah antara mereka yang berusaha menubuhkan MIC pada 1946 dan telah menyertai politik sejak 1932.

Tokoh Maal Hijrah itu pernah memegang jawatan Naib Presiden MIC dan kemudiannya telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap MIC meninggal dunia di rumahnya pukul 10.30 pagi ini.

Tokoh politik dan dermawan terbilang

Allahyarham Ubaidulla dikenali ramai sebagai tokoh politik dan dermawan yang sentiasa merendah diri.

Dilahirkan pada 18 Jun 1918 di Chennai, India, Ubaidulla datang ke negara ini pada 1930an dan bekerja dengan sebuah firma di Seremban. Beliau memulakan perniagaan sendiri pada 1940an dengan menjual beg pakaian dan beberapa jenis barangan keperluan harian.