ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 31, 2009


DSAI MENEMUI GABENOR BANGKOK

Oleh Khalid Jaafar

BANGKOK - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29jan lepas telah menemui M R Sukhumbhand Paribatra untuk mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai gabenor bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu.

Anwar mengatakan kemenangan Sukhumbhand dalam pilihanraya gabenor itu disambut meriah oleh sahabat-sahabatnya di rantau Asia Tenggara dimana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.

Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketik Anwar dipenjarakan dan beliau secara terbuka mengkritik kezaliman tindakan perdana menteri ketika itu terhadap mantan timbalannya.

Kedua-dua mereka telah menjalin persahabatan lebih dari satu dekad ketika Anwar menteri kewangan dan Sukhumbhand seorang professor di Universiti Chulalongkorn.

Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk “Shared Destiny” yang ditulis dibawah naungan Anwar. Sebahagian dari konsep dan cadangan dalam laporan itu kini menjadi sebahagian dari Piagam Asean.

Sukhumbhand memberitahu Anwar bahawa keutamaan dasarnya adalah untuk pencipta pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadi Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul, Dubai dan lain-lain. Beliau meminta bantuan ketua pembangkang tersebut yang beliau ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah.

Umno Janganlah Berlagak Seperti Kereta Entik.

Sejak kebelakangan ini umno telah kehilangan arah tuju dan sepertimana ramai diperkatakan seperti telah mereput. Kepimpinan atasan parti merasa takut,dan menghantui mereka kerana ramai keluar parti menyertai parti PR.

Sebenarnya umno terlalu sombong dengan angka atas kertas dengan keahlian yang ramai. Orang tidak penting bagi mereka-mereka yang berkepentingan kuasa tidak ambil peduli masaalah kehendak rakyat jelata.Mereka membeli undi dengan wang (rasuah).

Umno pada mereka umpama seperti jambatan untuk mencari tempat kemewahan hidup.

Umno tidak perlu lagi diberi penghargaan dengan kata “Jasa Mu Dikenang”(benar kata Dato Fauzi). Adalah kewajipan pemerintah melaksanakan urus takbir negara dengan baik dan iklas.Umno menyeleweng pada perlembagaan yang sedia ada untuk memertabatkan hak rakyat.

Umno yang angkuh cuba minta simpati pada rakyat, setelah makin mereput hilang kepercayaan rakyat sejak lama dulu.Yang membuatkan angkuhnya umno dan meyakinkan rakyat ada faktor yang bolih rakyat percaya, kemenangan BN selama ini bukan lah kerana undi rakyat yang mendaftar sebagai daftar pemilih. Semuanya adalah undi tipu berlaku sejak lama dulu.

Kini rakyat makin cerdik memahami kenapa perlunya turun mengundi semasa pilihanraya. Sehingga BN tidak dapat melaksanakan kerja menipu undi. Seperti mana sejak lama dulu kemenangan pada PAS, DAP adalah permainan politik BN sahaja. Begitu juga dinegeri Kelantan.

Rakyat akui kemenangan memehak pada pembangkang sememangnya telus kerana BN cuba untuk mengelabui mata rakyat.

Berbalik pada tajuk diatas, pengemar kereta antik yang memilikinya adalah pada yang berkemampuan dan hanya mahu menarik perhatian orang sahaja. Juga mahu meletakkan nilai yang tinggi, bukan untuk kegunaan seharian.

Kereta antik tidak bolih disamakan dengan parti umno yang tidak mempunyai ciri-ciri antik. Hanya bolih diibaratkan sebagai kereta lama yang rosak tidak mempunyai alat ganti serta geran yang telah disenarai hitam.

Buat pimpinan umno yang mejoriti melayu Islam berbaliklah pada Quran dan Hadis sebagai rujukan dan menafaatkanlah Islam itu benar untuk ikutan semua.


SPR bukan Suruhanjaya Pengkianat Rakyat.



Pada catatan hanyar yang lepas bertajuk”Rakyat Marhain Perlu Jawapan Segera” mencabar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz agar peka masaalah perlaksanaan pilihanraya. Rakyat telah meluat dengan kerenah SPR seperti menyokong parti memerintah.

Sekiranya Tan Sri inginkan menjadi tanda aras atau contoh untuk menjadikan pilihanraya akan datang lebih terbaik adalah satu petanda perubahan buat beliau dan negara.

Apa yang beliau menyeru agar NGO dan parti-parti politik membantu untuk memudahkan rakyat mendaftar, telah lama parti pembangkang membantu SPR. Dan sekiranya iklas SPR inginkan bantuan, rakyat marhain alu-alukan dan menyokong.

Dengan perlaksanaan pendaftaran secara online, rasanya lebih mudah rakyat mendaftar. Baik buruk tetap ada. Rakyat marhain mengharapkan Pengerusi SPR mestilah iklas, pantau dengan bijak supaya tidak ada penyelewengan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.

Berita beliau mengadap Tuanku Mizan, dan menerangkan mengenai perjalanan PRK Kuala Terangganu, “Tuanku gembira dan bertitah agar SPR menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional,”

Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 31 Disember, manakala Datuk Ngah Senik sebagai Setiausaha pada 16 November tahun lepas.

Rakyat marhain mengharapkan agar SPR yang diterajui olih Pegerusi baru melaksanakan perubahan yang lebih baik seperti Yang DiPertaan Agong Tuanku Mizan titahkan.