ERTI BERMARTABAT
Jan 17, 2009
MENDONG TAPI BULAN TERANG.
MAAF HANYAR TAK SEMPAT NAK UP DATE CERITE. TAPI JANGAN RISAU, BOLIH PERGI LAWAT LAMAN "no2umno". NANTI MALAM KITA CERITA LAGI.
SEKARANG SEDANG MEMANTAU/MENGHIDU SUASANA SELURUH KAWASAN P36 BERSAMA PAK KU.
BERITA berita KITA MENEPATI. JANGAN KELIRU.
APA TANGGUNGJAWAB SPR????
PRK KT : NAJIB KERAS KEPALA MASUK PUSAT PENGUNDIAN ~
MENYEDIHKAN.......JANGAN RISAU.
KEADAAN CUACA AGAK MENDUNG. BUKAN NAK HUJAN. HANYA RAHMAT ALLAH.
KALAU DULU KAN CANTIK.....
KUALA LUMPUR: Transparency International (TI) Malaysia akan menjalankan projek penyelidikan bertujuan mewujudkan mekanisme untuk menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti membabitkan kewangan parti-parti politik, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang di negara ini.
Presiden TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam, semasa melancarkan inisiatif itu hari ini berkata projek itu akan menyelesaikan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai fenomena politik wang, penyalahgunaan dana semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum.
Dikenali sebagai Projek Crinis Malaysia, ia akan menjalankan penyelidikan terhadap kewangan parti-parti politik, mencadangkan pembaharuan berdasarkan diagnosis pengagihan dana dalam semua kempen pilihan raya serta membuat perbandingan berhubung amalan di antara negara-negara.
"Ia juga akan menjalankan aktiviti bagi mewujudkan kesedaran untuk menggalakkan ketelusan dalam pembiayaan politik dengan bekerjasama dengan parti-parti politik, pihak berkuasa pilihan raya, penyumbang korporat, pengundi dan pemegang amanah utama di dalam negara dan antarabangsa dalam bidang itu," kata Navaratnam pada sidang akhbar di sini.
Projek Crinis dilaksanakan di seluruh dunia oleh TI.
Ia bermula di Amerika Latin dan kini dijalankan di Asia dengan pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan rantau ini, dengan fokus di Bangladesh, Nepal, Indonesia dan Malaysia.
Crinis bermaksud pancaran cahaya dalam bahasa Latin.
Dua objektif utama Projek Crinis Malaysia ialah mengenal pasti kelemahan dalam sistem sedia ada dalam parti dan pembiayaan kempen berdasarkan penyelidikan terhadap pembiayaan politik dan mencadangkan pembaharuan untuk meningkatkan ketelusan.
"TI Malaysia percaya peraturan berhubung pembiayaan parti politik tidak dipatuhi, manakala peranan wang dalam politik memberikan ancaman serius terhadap prinsip pilihan raya yang bebas dan adil.
"Amalan politik wang juga membenarkan mereka yang menguasai ekonomi untuk menikmati pengaruh politik yang lebih besar dan menggalakkan rasuah antara penderma dan wakil rakyat yang dipilih.
"TI Malaysia dengan ini menggesa semua pihak yang relevan menyokong projek ini bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara adil," kata Navaratnam.
Katanya TI Malaysia akan melaksanakan penyelidikan intensif meliputi pembiayaan politik dengan membuat penilaian terhadap pembiayaan parti politik di dalam dan luar negara, menyemak perundangan untuk mengenal pasti kelemahan institusi dan menilai keberkesanan mekanisme parti dan pembiayaan pilihan raya umum.
Ia juga akan mengenal pasti tahap pendedahan dan akauntabiliti ahli politik dalam semua kempen politik mereka dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai petunjuk untuk dimasukkan dalam indeks kuantitatif, yang boleh digunakan untuk menilai pembiayaan parti dan kempen pilihan raya.
Bagi mendapatkan data yang diperlukan, TIMalaysia akan mengeluarkan soal selidik kepada pihak relevan dan selepas soal selidik dianalisis, temuramah akan diadakan dengan ahli politik, birokrat, ahli perniagaan, ahli akademik, wartawan dan aktivis badan bukan kerajaan.
Keputusan awal Projek Crinis Malaysia dijangka siap menjelang Julai tahun ini dan akan dikeluarkan kepada media.
Mengenai parti politik yang enggan memberikan kerjasama, beliau berkata: "Jika itu berlaku, laporan itu akan mendedahkan yang parti politik terbabit enggan memberikan kerjasama, dengan itu membolehkan orang ramai mendesak mereka mendedahkan jumlah kewangan mereka.
"Jika mereka enggan memberikan kerjasama, dengan itu jangan undi mereka."
Navaratnam berkata TI Malaysia juga akan mewujudkan blog bagi mengumpulkan maklum balas daripada orang ramai dan menyiarkan semua penyelidikannya dalam laman blog itu bagi membolehkan orang ramai membincangkannya.
Anggota majlis TIMalaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, akan mengetuai Projek Crinis Malaysia.KURANG SOPAN....
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kemungkinan besar akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang.
Penggunaan dakwat kekal yang dibatalkan pada saat-saat akhir dalam pilihan raya umum lalu akan diteruskan dalam pemilihan akan datang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
"Kami sedang mengkaji untuk meneruskan rancangan penggunaan dakwat kekal," kata beliau selepas meninjau proses pengundian pilihan kecil Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Tuanku Bariah pagi tadi.
Tambah beliau, satu kajain akan dijalankan untuk meneliti kemungkinan tersebut.
Ketika ditanya sama ada ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata jika boleh SPR akan menggunakan dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.
"Kalau boleh kita akan cepatkan, kita akan mulakan dengan pilihan raya yang kecil di kawasan yang kecil lebih awal sebelum pilihan raya umum," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, langkah tersebut memerlukan kajian dalam aspek perundangan.
Pembatalan penggunaan dakwat kekal pada kuku itu ekoran wujudnyanya laporan yang menyatakan penyeludupan dakwat tersebut telah dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu.
Malah Jemaah Menteri pernah meminta SPR menimbangkan penggunaan dakwat kekal dengan mengambil kira isu, bahawa pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal tersebut dibuat empat hari sebelum proses pembuangan undi 8 Mac lalu.
HA....HA....HHAA METROPOLIS
Mana tak metropolisnya...
Setiap traffic light ada polis kurang kurang 2 orang tepi jalan pun ada polis martek sana sini.
Bak kata orang, selak polis baru nampak divider jalan...
Laporan dari wartawan Perisik Rakyat P-036 - wan zamzahidi
MUNGKIN RAMAI PENGUNDI KAT SINI AKAN KELUAR.....
AWAS!!!! Zombie/PH bakal keluar dari gerbang ini!!!
Apakah motif UMNO meletakkan bendera UMNO dan BN di gerbang inimakluman: jalan pusara, kuala terengganu menempatkan tanah perkuburan bukan islam.
EZAM DIBEDAL HUSAM
Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.
Teruskan dengan temuramah sya~reformis dengan Dato Husam.Pada 16/01/2009..jam 11.30 pagi.di Losong Masjid K. Terengganu.
TUDUHAN dari Ezam :
Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya- Ezam
Saya dah ada disini!!Saya bukan tuduh,saya cuma kata biasanya orang yang masuk UMNO ni carik makan la.Dulu dia berjuang menentang RASUAH dan PENYELEWENGAN tapi kita tak lagi dengar dia bersuara menentang RASUAH dan MENYELEWENG.
TUDUHAN dari Ezam :
Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.
Jawapan Dato Husam :Memang la dia nak cuba guna alasan untuk masuk,saya nak cakap apa dia memang nak MASUK!Kita sebagai Pejuang tak boleh bersangkut dengan orang,esok-esok TUHAN akan tanya kita sendiri..Bukan tanya orang tu orang ni,semata-mata keputusan dibuat bedasarkan diri dia sendiri,makna TUHAN akan tanya tu sorang-sorang.
TUDUHAN Ezam :" Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ' Wallahi, Wabillahi, Watallahi' saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.
Sya bertanya : Ezam telah bersumpah apakah Dato juga akan bersumpah ?
Jawapan Dato Husam : Orang yang bersumpah ini merupakan orang yang tak ada keyakinan diri.Dia tak percaya apa yang dia kata tu betul atau tak.Kalau dia yakin apa yang dia katakan itu benar maka TAK PERLU sesiapa bersumpah.
TUDUHAN Ezam :Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.
"Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia," katanya.
Jawapan Dato Husam :
Bagi saya,saya lebih menghormati Dato Seri Anwar.Bagi saya Dato Seri Anwar Ibrahim lebih berprinsip dari ezam.
TUDUHAN Ezam :
Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ' pusing keliling' seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.
Jawapan Dato Husam :
Dia (Ezam) memang TOKOH yang hebat,saya tak boleh tandingi dia.Saya hanya orang biasa.
Sya bertanya :
Adakah Dato Menafikan segala Tuduhan yang dilemparkan oleh Ezam ?
Jawapan Dato Husam : Saya pun tak dengar apa yang dia cakap,tuduhan itu pun saya tak perasan.Yang dia kata saya kenal Dato Seri Anwar Ibrahim,memang saya kenal!!Saya mengenali Dato Seri kerana prisipnya dan ketokohannya dalam politik.
Secara Rumusan tiap-tiap orang ada MARUAH dia sendiri,ada integriti dia sendiri dan istikomah.Kalau dulu dia mengatakan UMNO tak bagus,sekarang dia kata bagus jadi dia hilanglah integriti dia.Dulu dia kata Dato Seri Anwar Ibrahim bagus,sampai dia kena tahan ISA,pastu dia kata Dato Seri tak bagus.Macam mana dia kata dulu bagus sekarang tak bagus!Ini orang yang integritinya menurun.
Sya bertanya :
Bagaimana kalau dia ingin berdepan dengan Dato ?
Jawapan Dato Husam :
Saya harap Ezam keluar dari UMNO dan masuk semula ke dalam PAKATAN RAKYAT,Buat apa lagi duduk dalam UMNO!!!
Sekian temuramah Sya~Reformis dan Dato Husam Musa Pagi tadi.Bagi aku ini jelas apa yang cuba dimainkan oleh Ezam hanyalah untuk mencari nama dan PUBLISITI murahan sempena kempen beliau di K.TERENGGANU.
NOTE Sya~Reformis berkata : Buat Ezam tak payah susah - susah pusing satu KELANTAN nak cari Dato Husam,kalau berani pergi sahaja ke RUMAHNYA dan KEPEJABATNYA!!Jangan kerana banyak cakap tapi apa pun tak boleh pakai.Dato Husam membuka pintu untuk Ezam masuk semula ke Pakatan Rakyat...so Ezam Fikir-Fikirlah!!!
PERLU TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
Seawal pagi kami pusing sekitar P36, suasana sunyi, tidak seperti Permatang Pauh. Waktu sembahyang subuh kami singgah di masjid Terapong menunaikan solat subuh. Selepas solat, kami keluar dari masjid apa kedengaran hanya bunyi bising kereta peronda polis entah apa yg diexcod tidak ketahui. Tepat jam 8 am ramai polis daripada petugas parti.
Buat ketika ini keselamatan masih terkawal, di harap sehingga selesai proses pengundian , kaselamatan terkawal.
Semoga pengundi-pengundi dapat turun awal dan semua petugas-petugas dapat pastikan semua pengundi turun mengundi untuk menunaikan tanggungjawab dan beri kemenangan pada PR.
Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.