Bukit Sampah Yang Menjijikkan di Kg Sg Sedu.Orang kampong kata ini bukit sampah. Tapi orang yang bertanggungjawab pihak MDKLgt kata tapak pelupusan sampah. Kalau orang bodoh pun kata ini tempat buang sampah. Depa takkan kata tempat lupus sampah. Fahaman semua orang, Lupus tu bermakna hanya tinggal habuk sisa yang telah samaada dibakar atau dihancorkan menjadi habuk.Masaalah tapak buang sampah yang terletak ditepi sungai yang jaraknya kurang 6 meter dan berhampiran rumah penduduk juga jaraknya kurang 30 meter telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu dan akan ditutup pada 31.12.2009 ini.
Harapan penduduk kg Sg Sedu untuk tutup akan terjawab. Masaalah sekarang sebelum operasi tutup, kini melanda bau busuk akibat hujan yang setiap hari berlaku. Kerja menutup sampah dengan tanah tidak menepati kehendak maksimum. Kalau dilihat dengan mata hati disamping turun melihat sendiri adalah seperti "seluar berzip rapat, tetapi buntut nampak akibat seluar bocor".
Walau apapun, akibat korap UBN yang lalu, kerajaan PR perlu bertanggungjawab menangani masaalah itu. Lebih-lebih lagi semasa kempin PRU yang lepas, YB sekarang yang diberi mandat oleh rakyat DUN Telok Datuk amat wajar turun di kg Sungai Sedu untuk penerangan kpd penduduk sepertimana beliau sebelum dipilih rakyat dulu. Kini setelah dipilih mewakili rakyat untuk panjangkan kedewan sidang DUN, tidak sama tindakannya seperti dulu.
Pada hal di Kg Sg Sedu lah beliau mula bertapak untuk mengelilingi seluruh DUN T.Datuk. Tetapi kini beliau sudah seperti "kacang lupakan kulit". Itu tidak menjadi masaalah sangat buat penduduk Kg. Yang teramat terasa sangat kerana beliau seperti "makan kacang buang kulit merata". Semasa PRU 12 lepas, amat ternyata pengundi ditempat pembuangan undu diSekolah Rendah Tamil Kg Sg Sedu daripada kebiasaan yang sebelum PRU 12, undi untuk DAP kurang 200 orang. Kini semasa PRU 12 undi mendapat lebih 700 orang memberi undi untuk DAP. YB ini jangan ingat hebat kerana diberi undi. Pengundi hanya mengenali lambang dacing untuk tidak memangkah dikotak dacing. Bukan mengenali kehebatan Philip Tan yang sekarang bergelar YB.
Wajar sekali, hanyar dan penduduk berkata YB ini tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calun PRU13. Kerana beliau adalah perosak nama parti da kerajaan negeri.
Selamat tinggal Philip Tan!!!!!!