ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 9, 2009

POLITIK TELUS, EKONOMI NEGARA LEBIH BAIK.. RAKYAT TAK PERLU BUANG MASA SPT HARINI.....

Undi Pos (PRU12) Menidakkan Kemenangan Mohd Sabu
Taklimat saya terima semalam mengatakan bahawa calon PAS didalam PRU ke-12 dulu, Mohd Sabu telah memenangi pilihanraya kawasan Kuala Trengganu dengan lebih dari 300 undi, tetapi apabila didatangkan undi Pos beliau telah kalah dengan 600 lebih undi.

Undi Pos ini undi dari mana? Petugas-petugas tempat yang bekerja untuk SPR semasa pilihanraya, dan juga undi dari tentera. Saya nak komen tentang undi dari Tentera. Saya ada seorang kawan, seorang Lt Kolonel dari 7 Ranger. Kini dia dah bersara. Langsung tak minat dengan politik. "Pedooh belaka," katanya. Perkataan pedooh itu bererti bohong, cakap orang Temerloh.

Lt Kolonel itu kini sudah diletakkan title "B" bermakna "bersara".

Dia kata dia pernah ditugaskan untuk mengundi bagi pihak semua askar dibawah jagaannya. Dia diarah supaya mengundi untuk memenangkan BN. So, dia beri pembangkang lebih kurang 10% dan yang lainnya (90%) dia undi BN untuk mereka tu. Itulah dianya undi pos. "Dulu" katanya,"kami undi juga pembangkang, tapi hari ini pegawai-pegawai itu boleh undi 100% BN. Ini semua kerja pembohong! Mana ada askar mahu undi sampai macam tu.

Askar-askar ni adalah anak orang susah-susah, anak orang kampong. Kalau mereka mengundi sendiri dan tidak oleh pegawai mereka, sudah pasti BN kalah, sudah pasti mereka undi pembangkang. Askar-askar ni lagi ada banyak masalah dengan kerajaan BN ni,"katanya.


Lt Kolonel (B) ini tak mahu terlibat langsung dengan poliktik. "Menyampah" katanya. "UMNO ni semuanya penipu". Dia tidak pernah undi UMNO/BN selepas bersara. "Tak kiralah, kalau DAP pun bertanding di kawasan saya mengundi tu, nescaya saya undi DAP, jangan harap saya undi UMNO." Tapi dia tak mahu berpolitik. Dia tak yakin dengan politik lebih-lebih lagi politik UMNO, politik rasuah dan penipu. Takpe lah Lt. Kol (B). Kami tetap berpolitik kerana hanya melalui politik saja arah tuju negara dapat ditentukan. Dan takkan sampai aku duduk hampir 2 minggu di KT ni dengan duit sendiri, belanja sendiri kalau tidak kerana politik dan perjuangan. Kami ingin pastikan PAS menang didalam pilihanraya kecil ni!

Lt Kol (B) ini tersentak juga apabila saya katakan Brig. Jend (B) so and so kini sangat aktif menyokong PKR walau pun dia belum menyertai PKR kerana hubungan perniagaannya. Tapi semua tulisan Jenderal itu peda-pedas belaka bila dia hantar melalui e-mail kepada saya. Dan saya tunjukkan e-mail itu kepada Lt Kol (B) tersebut. Rasa-rasanya tak berapa lama lagi dah sebelum Lt Kol (B) akan menyertai PKR.

Kebakaran di LCCT

Jumaat, 9/1/09,

SEPANG: Satu kebakaran berlaku di Terminal Lapangan Terbang LCCT menyebabkan seluruh penumpang dan staff dipindahkan dari situ serta merta.(klik tajuk panjang)