sekitar berdekatan telah membuat aduan pada pihak bertanggungjawab.Pandangan kawasan belakang kilang yang berpagar tetapi ia berkeadaan terbuka. Pekerja kilang ini menjadi kelan-kabut, sementara menanti bomba datang.
Barang terbuang yang dibakar seperti gambar diatas.
Bomba terpaksa mengambil air di tepi jalan Kampong Sungai Sedu(paip bomba) kerana kelengkapan paip bomba tiada di kawasan kilang. Sekiranya kebakaran besar berlaku, mengakibatkan penduduk, sudah tidak berguna lagi.
Penduduk berdekatan memaklumkan telah membuat aduan pada MDKLgt beberapa kali, tetapi pihak Penguatkuasa MDKLgt hanya mengeluarkan saman keatas kilang tersebut sahaja.
Rakyat tidak menolak pembangunan ekonomi. Tetapi biarlah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk kebaikan bersama kilang tersebut perlu ditutup seberapa segera dan meneliti faktor kepentingan penduduk.
Adalah tidak adil, bagi hak penduduk diabaikan dengan hanya bertindak dengan saman keatas kilang yang beroperasi secara haram itu.