“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.
Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesiaaan polis.
”
11.35 pagi.
Sya dah kembali ke basecamp. Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar. Time aku pulak nak tidor. Baca blog Sya-reformis selepas sidang media nanti untuk melihat gambar-gambar sekitar Mahkamah Tinggi dan SUK.
Ciao!
11.25. Nizar sampai dikediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.
11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik kekediaman MB.
11.17 pagi.
MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.
11.10 pagi.
Konvoi EXCO sampai di SUK
10.55 pagi
MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.
10.10pagi.
Wakakaka…. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah. Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.
Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.
9.55 pagi.
Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.
Dari Chor di Kuala Kangsar.
Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. Trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.
Orang balik sembahyang, depa sembur gas pemedih mata, Umno nak berdemo, polis jaga keselamatan mereka. Baguih punya polis!!.
8.50 pagi.
Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.
Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.
Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.