SEDIKIT MADU DIPAGI JUMAAT.
Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kamu mahukan dari diri kami seperti yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kamu tidak pun melaksanakan apa yang mereka (rakyat Abu Bakar dan Umar) amalkan?”
Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada masyarakat kebanyakan iaitu kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.
Jadi hendaklah kita mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu. Maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.