ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 18, 2008

Selangor persoal JKR, Ikram enggan serah laporan


Khamis Disember 18, 2008
Khalid: Tindakan agensi itu bercanggah janji semasa dialog bersama mangsa tanah runtuh
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor mempersoalkan keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang enggan memberikan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh dua minggu lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan agensi tersebut bercanggah dengan apa yang dijanjikan JKR kepada kerajaan negeri ketika sesi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Ahad lalu.
"Sewaktu kedua-dua dialog itu berlangsung, JKR telah menyatakan persetujuannya untuk memberi laporan tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri membuat pengumuman tentang status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa dan langkah-langkah susulan yang perlu diambil.
"Bagaimanapun, JKR hari ini memaklumkan bahawa laporan-laporan tersebut tidak akan diserahkan kepada kerajaan negeri.
"Keputusan ini amat mengelirukan dan dikesali kerana ini akan menyulitkan usaha kerajaan negeri membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh tersebut secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata, umum mengetahui bahawa hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.
"Justeru, tindakan membelakangkan kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh.
"Oleh itu, diharap agensi-agensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendalikan hal ini," katanya.
Bagaimanapun kata Khalid, beliau akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan tersebut dan bersedia mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.
"Kerajaan negeri juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh itu dan memberi jaminan akan meneruskan usaha bersama dengan agensi-agensi berkaitan supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh ini akan terbela," katanya.
Ahad lalu, Khalid berkata, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai status tahap keselamatan kawasan-kawasan sekitar tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa esok.
Katanya, pengumuman itu meliputi sama ada kawasan tersebut selamat untuk dihuni dan penduduk terbabit boleh kembali ke rumah mereka atau pun sebaliknya.
Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu, sebanyak 14 unit banglo telah tertimbus dan turut mengorbankan empat nyawa.
KOMEN PENDUDUK
Sementara itu, penduduk di kawasan tersebut amat berharap laporan yang dikeluarkan esok akan membolehkan mereka kembali semula ke kediaman masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy berkata, walaupun kawasan itu kini bermasalah termasuk keadaan rumah dan jalan yang perlu diperbaiki, namun mereka tetap mahu kembali semula bagi menjalani rutin harian seperti biasa.
"Kita faham keadaan sesetengah rumah yang perlu diperbaiki. Mungkin ada rumah yang penghuninya dibenarkan pulang, mungkin ada yang belum kerana masalah bekalan air.
"Tapi saya difahamkan, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) akan memastikan masalah bekalan air di kawasan kami diselesaikan sama ada hari ini atau esok," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Ketika ditanya kemungkinan hasil laporan menunjukkan mereka tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing- masing, Muneandy berkata, beliau berharap perkara itu tidak akan berlaku.
"Taman Bukit Mewah adalah tempat yang selamat kerana kedudukannya agak jauh iaitu kira-kira 500 meter dari tempat tanah runtuh itu," katanya.
Beliau juga menolak cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya kerajaan mengadakan satu akta bagi penyelenggaraan pembangunaan di kawasan lereng bukit seperti yang diamalkan di Hong Kong.
"Kita tidak payah ikut Hong Kong. Kita ada jawatankuasa sendiri dan kita juga ada surat untuk memanggil pakar bagi memastikan kawasan Bukit Antarabangsa ini selamat," katanya.
Muneandy berkata, untuk tujuan itu, tindakan-tindakan awal akan diambil oleh JKR dan tuan punya di kawasan itu.
"Hari-hari kita ada taklimat dengan JKR dan MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan kita memang setuju dengan tindakan yang diambil oleh kedua-dua badan itu," katanya.

Kariah kumpul wang bina masjid


December 2008

KAMPUNG BANDAR – Penduduk di sini mengambil inisiatif mengumpul duit untuk menyiapkan pembinaan masjid bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat solat dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

Masjid Al-Ehsan itu mula dibina pertengahan tahun 2000 bagi kegunaan penduduk dari lapan kampung iaitu Kampung Bandar, Tembak, Kelian Dalam, Sri Kemunting, Kota, Chenerai, Lalang Rimau dan Charok Sotong.

Menurut Imam Masjid, Ismail Zawawi Ahmad Kemeri, dia dan ahli jawatankuasa masjid bersepakat menetapkan kutipan setiap bulan sebanyak RM5 isi rumah di bawah kariah itu.

“Masjid ini memerlukan peruntukan kira-kira RM1.3 juta dengan penyediaan peralatan yang lengkap seperti almari, sejadah, al-Quran dan sebagainya.

“Bagaimanapun, masjid ini sudah siap 90 peratus dan selebihnya masih lagi dalam pembikinan serta dijangka siap sepenuhnya tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurut Ismail Zawawi, masjid itu tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak atasan.

“Saya bersama ahli jawatankuasa masjid ini sudah banyak kali meminta peruntukan untuk pembinaan masjid ini.

“Namun, tiada keputusan diterima seolah-olah mereka tidak mahu memberikan kelulusan kerana disebabkan politik,” katanya.

Beliau berkata, sebelum pilihan raya umum lalu semua pihak berjanji akan memberikan peruntukan untuk menyiapkan pembinaan masjid itu kerana untuk kepentingan orang awam.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya masing-masing berdiam diri menyebabkan penduduk kecewa kerana pihak berkenaan seolah-olah mempermainkan mereka demi kepentingan diri dalam politik.

Ismail Zawawi kata, mereka bernasib baik kerana ada kontraktor di Baling yang bermurah hati membantu membina masjid itu dengan meminjamkan wangnya.

“Kita membayar secara ansuran kepada kontraktor berkenaan hasil daripada kutipan penduduk. Setakat ini, kita masih lagi berhutang sebanyak RM400,000 bagi menyelesaikan perbelanjaan pembinaan masjid ini.



Aku bukan penyokong Pak Lah

Aku bukan penyokong Pak Lah & aku memang sgt kecewa dgn dia. Tapi pada pengamatan aku, Pak Lah lebih bagus drp Najib. Jadi, aku setuju sgt la Pak Lah terus jadi PM selepas Mac 2009 nanti, sbg mana yg dicadang oleh ahli parlimen pembangkang tu.

Pada aku, Pak Lah boleh terus jadi PM atas kapasiti dia sbg Pengerusi BN. Tak apa la Najib jadi Presiden Umno sebab dia dipilih oleh ahli Umno(?). Tapi jawatan Pengerusi BN biar la terus kekal dipegang oleh Pak Lah dgn persetujuan parti2 komponen BN yg lain.

Adalah lebih demokratik Pengerusi BN yg disokong oleh para pemimpin BN secara permuafakatan & disokong pula oleh pembangkang utk terus menjadi PM, berbanding Presiden Umno yg hanya memegang jawatan melalui sistem kuota & menang tanpa bertanding, dlm keadaan pemilihan parti itu dicemari oleh politik wang.

Pembangkang Sokong Abdullah Kekal Jadi PM


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (foto) ketika membahas rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen pagi ini menjelaskan Perana Menteri tidak perlu merasaka terhalang oleh pelan peraliahn kuasa dalam Umno Mac depan untuk membawa perubahan dalam bidang kehakiman.

Menurutnya, rang undang-undang berkenaan perlu dibahas atau disediakan dalam keadaan tidak tergesa-gesa dan bukan kerana dibatasi oleh suasana tertentu.

Menurutnya ada beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam rang undang-undang berkenaan bagi menyempurnakannya. “Bagi saya rang undang-undang tidak berapa lengkap kerana ia dibuat kerana semacam ingin mengejar sesuatu,” jelasnya.

“Saya berharap Perdana Menteri tidak merasa terhalang oleh apa-apa keadaan untuk melakukan refom dalam undang-undang atau apa-apa reform lain,” tegasnya lagi dalam memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Menurutnya beliau memberi jaminan sekiranya Perdana Menteri itu ingin membawa perubahan, reform, pembangkang akan memberi sokongannya dalam Parlimen.

Pandangan Thina Chua itu disokong oleh ahli Parlimen, Balik Pulau Pinang, Yusmadi Yusuf yang mengharapkan Abdullah tidak akan berudnur pada Mac depan.

Kata Yusmadi rang-rang undang itu juga perlu mendapat pandangan semua pihak dan mereka yang akan dilantik menjadi ahli jawatan kuasa dalam beberapa jawatan berhubung perkara itu perlulah diambil dari semua pihak baik kerajaan dan pembangkang.

Pandangan kedua ahli Parlimen itu menjelaskan pembangkang bersedia untuk memberi sokongan kepada Abdullah dalam usaha melakukan beberapa inisiatif dan memberi isyarat mereka bersedia menyokong Abdullah untuk terus menjadi Perana Menteri.

Secara umnya juga rang undang-undang SRPM itu disokong oleh pembangkang dan mengalu-alukan agar Abdullah terus memegang Perdana Menteri. Keadaan ini agar kontra dengan ahli Parlimen Kerajaan yang menyokong dan memberi tahniah kepada Abdullah tetapi tidak seorang pun meminta agar Abdullah mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri!

Jelas di sini ahli Parlimen BN menerima pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Mohd Najib Razak seperti mana dirancangkan pada Mac depan dan mereka rata-rata bersikap munafik dalam menyatakan sokongan berkenaan.

PERINGATAN KEPADA ULAMA DAN WAKIL RAKYAT




ULAMA DAN WAKIL RAKYAT WAJAR MENGHAYATI AMANAT DUA PEMIMPAN UTAMA PAS

AMANAT AL-MARHUM PROF ZULKIFLI MUHAMMAD

Prof Zulkifli Muhammad adalah merupakan pimpinan PAS tulen yang telah mengorbankan seluruh kehidupannya kepada perjuangan Islam melalui wadah PAS di negara ini. Beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 6 Mei 1964 dekat Pekan Kuantan semasa perjalanan ke Kuala Kangsar iaitu selepas menyampai ucapan kepada wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang telah memenangi Pilihanraya tahun 1964

Ucapannya telah dijadikan sebagai ‘Amanat Zulkifli Muhammad’ oleh penulis Amaluddin Darus yang telah membukanya pada tahun 1981 iaitu 16 tahun setelah beliau menemui PenciptaNya.

Antara lain beliau menegaskan,

“Inilah saudar-saudara (wakil rakyat), kedudukan kita pada hari ini, satu kedudukan yang sungguh dan benar. Satu kedudukan yang bukan dibuat-buat. Tetapi satu kedudukan yang memang kita kehendaki keda Tuhan berikan kepada kita. Makan janglah kita lepaskan peluang ini dengan lengahan dan kelalaian, dengan kecuaian dengan lupa apa yang ada pada diri kita ini, dan menjadikan apa yang didapati sebagi satu nikmat yang hanya datang dari langit. Sebab kita saudara-saudara akan menghadapi Tuhan. Marilah kita jadikan kesungguhan sebagai motto hidup kita. Marilah kita jadikan perjuangan Islam tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya bahkan tidak kerja Persatuan SeTanah Melalu tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas – tugas yang ditetapkan oleh Tuhan”.

"Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng."

"Lantikan (Exco, Wakil Rakyat dan Penjawat Kerajaan) inilah tempat-tempat ini subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita apa yang akan kita buat diwaktu kita menghadapi ini semua yang akan kita buat adalah berpegang kepada keikhlasan kita, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebagang kepentingan yang lain dari itu."

Semoga boleh dijadikan panduan dalam mentadbir kerajaan negeri.

AMANAT ALMARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR

Almarhum Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor adalah Presiden PAS dan Ketua Pembangkang yang amat disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Kebijaksanaannya menguasai pergolakan politik dalaman UMNO pada tahun 80an telah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (PAS + S46) dan tahun 90an melahirkan Barisan Alternatif (PAS + DAP + ADIL).

Walaupun sibuk dengan kerja-kerja sebagai wakil rakyat dena Ketua Pembakang, beliau tidak pernah melupakan tanggungjwab dan peranannya untuk memajukan PAS yang menjadi wadah perjuangan Islam di Negara ini. Para ulama dan peranan mereka sentiasa diberi perhatian yang serius.

Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor telah kembali bertemu Rabb, pada 23 Jun 2002. Beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Dalam Ucapan Dasar Presiden 2002 (Terakhir) di Muktamar di PUTIK Kelantan, al marhum Ustaz Fadzil Mohd. Noor, beliau menyebut tentang peranan ulama.

Katanya,

Demi menjaga imej ulama, maka saya mengulangi seruan supaya ulama tampil dengan kehebatan menggali khazanah ilmu, menekuni dan menyelidiki perkara yang melibatkan keseluruhan masalah masyarakat, dan membuat ijtihad atas perkara-perkara yang perlukan pandangan terkini, termasuk dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan muamalat. Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar daripada kemelut kehidupan ini, dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan itu adalah benar dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.'

Catatan ucapan kedua-dua tokoh dan pemimpin PAS ini boleh menjadi pandaun kepada semua wakil rakyat dan ulama yang masih hidup pada hari ini. Ingatlah bahawa kita semua akan bertemu Allah SWT kelak.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan kedua-dua pemimpin PAS ini dikalangan orang yang soleh. Al-Fhatihah




TAKZIAH, kerahmatullah


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Pelakon Nasir P. Ramlee, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini akibat sakit jantung dan kencing manis.

Allahyarham yang juga anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan isteri pertamanya Junaidah itu meninggal dunia di HKL kira-kira pukul 5 petang 17 des 08.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Setapak di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota hari ini.

Filem terakhir lakonan Allahyarham ialah Budak Lapok yang dihasilkan pada tahun 2007.

Misi PM sebelum Mac reda ketegangan kaum


Khamis Disember 18, 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata misi terakhirnya ialah untuk meredakan ketegangan kaum dan agama dalam sebuah negara pelbagai etnik seperti Malaysia sebelum melepaskan jawatannya.

Dalam satu temubual bersama Associated Press (AP, Perdana Menteri berkata pengecutan ekonomi antara majoriti kaum Melayu dan minoriti kaum Cina dan India adalah acaman terbesar yang dihadapi negara.

"Memandangkan saya akan bersara lebih awal dari yang telah dirancang, (penyusunan semula) hendaklah dilakukan dengan amat cepat," katanya yang akan menyerahkan kepimpinan negara kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mac depan.

Abdullah bersetuju untuk melepaskan jawatan empat tahun lebih awal sebelum penggalnya berakhir setelah menghadapi desakan daripada pelbagai pihak terutamanya selepas pembangkang membuat kejutan pada pilihanraya umum Mac lalu.

Keputusan pada pilihanraya itu menjadikan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang buat kali pertama dalam tempoh empat dekad.

Pembangkang berjaya memenangi hati kaum Cina dan India yang mendakwa mereka didiskriminasi dalam peluang pekerjaan, pendidikan dan cabang-cabang lain dalam kerajaan yang majoritinya ialah Melayu.

Malah mereka turut mendakwa hak keagamaan juga telah dirampas.

Kaum Melayu yang majoritinya ialah penganut agama Islam membentuk sebanyak 60 peratus daripada 27 juta penduduk negara ini bertanggungjawab mengawal kerajaan, badan kehakiman dan keselamatan negara.

"Saya berfikir bagaimana untuk mengendalikan isu hubungan kaum dan isu ketegangan agama yang disebabkan oleh banyak perkara yang berlaku.

"Umat Islam berfikir dari perspektif mereka, manakala yang bukan Islam juga berfikir mengikut perspektif mereka juga," katanya.

Umat Islam di Malaysia dikawal oleh undang-undang Syariah jika melibatkan keluarga dan peribadi.

Manakala kaum Cina, India dan kaum-kaum lain tertakluk di bawah undang-undang sivil

SKIM ISTIMEWA MANGSA BENCANA MANUSIA


Saya simpati dengan kejadian tersebut, pada saya tunding jari antara kerajaan negeri dahulu dengan kerajaan negeri sekarang tidak selesaikan masalah. Benda berlaku atas ketentuan Ilahi disamping kerakusan manusia meratah tiap inci tanah demi memaksimumkan keuntungan. Yang menjadi mangsa kekal menjadi mangsa.

Apa yang penting ialah memastikan tidak lagi berlaku insiden seumpama ini dengan tindakan dan pelaksanaan dasar yang lebih berhati-hati dan teliti.

Cuma kenapa perlu dibeza-bezakan antara mangsa dan penduduk yang diarah meninggalkan kediaman berhampiran?

Kenapa pihak berwajib seolah-olah mewujudkan ’skim’ mangsa mengikut first class, business class, dan economy class?

Apakah hanya kerana mangsa-mangsa itu kalangan first class belaka maka mereka mesti disediakan hotel sebagai galang ganti rumah yang jadi mangsa tanah runtuh minggu lepas?

Apa, tak selesakah tidur di dewan sekolah, makan nasi kawah? Hawa sejuk udara tak boleh lawan suhu air-cond?

Kenapa peneroka bandar yang dirampas tanah, orang asli Pos Dipang yang lebih teruk ditimpa bencana tanah runtuh dahulu tak pernah dapat keistimewaan sebegini untuk redakan kerungsingan mereka? Third class kah mereka?

Kenapa mangsa banjir tegar disediakan nasi kawah dan sardin, sedangkan mangsa tanah runtuh ‘kelas pertama’ ini akan ‘reda kerungsingan’ mereka dengan hidangan buffet?

Betullah kata orang-orang tua, bencana mengajar kita untuk insaf dan lebih ’sedar diri’.

....... RM90 juta sebagai projek sakit....


Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu status projek pembinaan Taman Rekreasi Masjid Terapung di Kuala Ibai dekat sini yang berharga RM90 juta sebagai projek sakit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, pembinaan projek tersebut di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditangguhkan.

Katanya, projek yang dilaksanakan bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk sepatutnya siap 19 Mei 2008, namun gagal disiapkan mengikut jadual.

''Surat menamatkan tender kontraktor terbabit sudah dikeluarkan dan ia dikategorikan sebagai projek sakit," katanya menjawab soalan lisan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri .

176 cerun berisiko yang dikenalpasti .....


PLUS Expressways Bhd (Plus) akan mengadakan pemantauan dari udara setiap dua bulan terhadap 176 cerun berisiko yang dikenalpasti Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah Urusan (Managing Director) Plus Noorizah Abdul Hamid berkata pemantauan dari helikopter itu akan dijalankan lebih kerap pada musim monsun.

Antara kawasan yang dianggap berisiko ialah Bukit Lanjan, Gua Tempurung dan Sungai Buloh, katanya.

"Setiap cerun akan diperiksa dan jika terdapat sebarang perubahan, pasukan khas akan segera dihantar untuk pemeriksaan lanjutan. Setiap pemeriksaan dibuat oleh para jurutera yang telah dilatih," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Loyalti PLUSMiles di Restoran Jejantas Sungai Buloh, dekat sini, Rabu.

Noorizah berkata buat masa kini, kesemua cerun terbabit pada masa ini berada dalam keadaan stabil.

Berhubung program loyalti PLUSMiles itu, Noorizah berkata pengguna lebuh raya PLUS dan ELITE yang menyertai program loyalti itu berpeluang menikmati rebat tol sebanyak lima peratus apabila berbelanja RM200 ke atas setiap bulan di kedua-dua lebuh raya tersebut mulai 1 Jan tahun depan.

Program PLUSMiles itu tidak terhad kepada tempoh-tempoh tertentu, katanya.

Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai program ini dengan melayari portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my atau mengunjungi mana-mana pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS dan ELITE bermula hari ini

PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak

- PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil, 17 Jan depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Abdul Hadi, yang baru pulang mengerjakan ibadah haji dua hari lepas, berkata pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian rapi terhadap calon yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di Kuala Terengganu.

"Kita sedang tunggu laporan daripada PAS cawangan, kawasan dan negeri. Kajian terperinci perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah masyarakat keseluruhan di Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata ketokohan seseorang pemimpin itu penting memandangkan pilihan raya kecil itu diadakan di sebuah bandar raya, dengan kemudahan infrastruktur bukan menjadi masalah kepada pengundi.

Abdul Hadi berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas di sini, Sabtu ini dan agenda utama adalah membincangkan soal calon.

"Selepas nama calon dipilih, kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.

Beliau berkata daripada pemantauan awal yang dilakukan, parti itu yakin untuk merampas kerusi parlimen tersebut daripada BN.

Mengenai pandangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu, Abdul Hadi berkata setiap PAS negeri mempunyai pandangan mereka sendiri.

"Kita dengar semua pandangan. Sebagai presiden, saya tidak mempunyai halangan jika Mohamad Sabu dicalonkan. Tetapi, akhirnya keputusan dibuat oleh suara majoriti," katanya.