Sebagai parti yang terkuat di alam ini, sejak bila pula UBN tidak bimbang untuk menghadapi pilihanraya, bukankah selama ini mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan pilihanraya. Kalau tidak masakan mereka berani melanggar perlembagaan dan undang-undang bagi menghalalkan matlamat mereka. Pasti ada sesuatu yang tidak terhidu oleh kita semua.
Pada hal dari awal lagi, pembubaran DUN Perak adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika seperti apa yang TPM (Mat Sembab) katakan dua tiga hari lepas, setiap keputusan berkaitan negeri Perak, ianya akan mengambil kira akan kepentingan rakyat. Jadi demi kepentingan rakyat bubarkan DUN, itu sahaja… Dan biarlah rakyat yang membuat pilihan. Mengapa perlu berdalih dan berkias lagi, lawan secara jantan, kalau berani.
Yang aku risaukan di sini ialah kenyataan Presiden Umno seperti hendak melepaskan diri dan mempersalahkan pihak Istana. Nah… presiden umno dah katakan, terserah kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membuat keputusan.
Jadi sendiri mau ingatlah… demi kepentingan rakyat dan negeri buatlah keputusan yang bijak. Sendiri mau ingatlah....
Kenyataan presiden umno pula janganlah jadi seperti “mulut bercakap manis, tangan pula mencengkam telor” dalam bernada manis ada nada ugutan. Konon ingin menunjukkan beliau dan UBN bersih.
Berkaitan dengan Chedet, sejak bila pula prihatin soal pembaziran jika diadakan pilihanraya, apakah selama ini dalam semua PRK dari Kuala Terengganu hingga yang terbaru tidak membazir, dimanakah pembaziran sebenarnya.
Yang berhabis berjuta hengget… dengan meletakkan anggota polis beramai-ramai tu sapa suruh, kat situ saja puluhan juta dihabiskan. Tak usahlah bersikap poyo… dengan alasan keselamatan ketenteraman awam, rakyat
Jadi tiada isu pembaziran di sini, selama ini banyak pembaziran dan kebocoran yang puak UBN songlap kenapa tidak di beri perhatian, contoh yang jelas seperti setiap tahun Jabatan Audit Negara mendedahkan penyelewengan dari setiap kementerian pun senyap jer…
Hingga kini… kes pensil berharga seringgit lima puluh sen sebatang pun sampai sekarang tak selesai… nak bercakap soal pembaziran… apa barang beb...