ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 9, 2009

HANYAR mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh Umat Islam.. Semoga Kita dipilih untuk menerima Syafaat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam & Mengamalkan sunnah-sunnahnya serta meneruskan Perjuangan Menegakkan Kalimah ALLAH...

SERUAN MEMELUK ISLAM

Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat yang membaca blog ini yang belum Islam, saya menyeru tuan tuan dan puan puan supaya memeluk Islam. Untuk memeluk Islam senang sahaja. Tuan puan isytihar dengan menyebut:
لا إله إلا الله
Transliterasi: La ila ha illal lah
Terjemahan: Tiada tuhan melainkan Allah

محمد رسول الله
Transliterasi: Muhammadur Rasullullah
Terjemahan: Muhammad itu pesuruh Allah
Untuk menjadikan ia formal, sedikit penambahan diletakkan diawal perkataan tersebut:
أشهد أنلا إله إلا الله
Transliterasi: Asyhadu al la ila ha illallah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sisembah melainkan Allah

أشهد أنمحمد رسول الله

Transliterasi: Asyhadu anna Muhammadur rasulullah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Apabila anda menyebut perkataan perkatan tersbut dengan penuh kesedaran dan dengan penuh rela, anda telah memeluk Islam.
Apa yang saya janjikan kepada tuan tuan?
Saya tidak menjanjikan apa apa kepada tuan puan, Tetapi Allah menjanjikan kepada tuan puan syurga.

إِنَّالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِأُوْلَئِكَهُمْ خَيْرُالْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.(QS. 98:7)
جَزَاؤُهُمْعِندَرَبِّهِمْجَنَّاتُ عَدْنٍتَجْرِي مِنتَحْتِهَاالْأَنْهَارُخَالِدِينَفِيهَاأَبَدًارَّضِيَاللَّهُعَنْهُمْوَرَضُواعَنْهُذَلِكَلِمَنْخَشِيَرَبَّهُ

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya.(QS. 98:8)
Mudah mudahan posting ni jatuh ke sanubari tuan puan dan dan dapat hidayah dari Allah.

-----------------------------------@------------------------------------

9/03/09

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI: LAWATAN PERPISAHAN PAK LAH KE TUDM DIBATALKAN..

Info yang baru di terima dari sumber di Jabatan Perdana Menteri. Lawatan Perpisahan Pak Lah ke TUDM pada 14 Mac 2009 telah dibatalkan. KENAPA? Desas-desus Pak Lah tak jadi berhenti kini semakin menjadi kenyataan.
-
Semoga Pak Lah akan membatalkan hasrat beliau untuk menyerahkan kuasa pada Najib seorang pembunuh yang takut pada bini.

09/03/09.

KHIR TOYO BERKOKOK TERLUPA EKORNYA...............

Salah seorang yang sedang sibuk menonjolkan apa sahaja kehebatan dirinya dengan harapan diangkat menjadi pemimpin sejak kebelakangan ini adalah bekas MB Selangor Khir Toyo. Kehilangan negeri Selangor dari gengamannya terus menghantui hidup beliau sampai kini. Bayangkan pegangan parti beliau tidak pernah tercedera oleh asakkan pembangkang (sedikit parah itupun pada tahun 1969 tapi tak jatuh) tetapi pada tahun 2008 semasa beliau pegang teraju Umno dan BN kecundang!

Kini Khir cuba memadamkan pengalaman buruk 2008 itu dengan mencuba jawatan baru pula, iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Manalah tahu kalau menang ada harapan main peranan lebih besar diperingkat Pusat, kalaupun taring di Selangor dah patah, tetapi ada peluang lebih besar pula.

Itulah Khir. Kerana itu membujur lalu, melintang patah apa sahaja yang merayap di depan mata semuanya Khir nak kalis dan ulas. Kalau tak beri pandangan takut nanti dikira tak pandai, buta politik dan lain-lain. Kalau dicap demikian pupus dan hapuslah satu-satu harapan dan cita-cita beliau untuk bangkit kembali setelah takhta Ketua Umno nombor satu di Selangor dirampas oleh seteru beliau Mat Taib.

Cuma malangnya Khir dalam keghairahan beliau itu dilihat acap menyondol tanpa berfikir panjang. Inilah perangai beliau di Selangor ketika jadi MB dulu dan inilah juga perangai buruk yang mahu diteruskannya entah disedari atau tidak. Dalam akhbar Sinar Harian hari ini ketika bernafsu mahu tumpang mengulas isu bantahan GMP terhadap PPSMI Khir berkata:

Budaya demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat Timur apatah lagi umat Islam.

Tidak perlu mengamalkan budaya demonstrasi jalanan kerana Negara ini begitu terbuka dalam laporan media massa yang memberi ruang secukupnya kepada semua pihak.

Marah dan bengis bunyinya, tetapi alahai bukankah bulan lepas Khir juga orangnya yang mengamalkan budaya ini?!! Sila lihat laporan portal berita Malaysian Insider ini:

GEORGE TOWN, Feb 13 – Penang police detained Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, the former Selangor mentri besar, after breaking up an illegal protest by Umno members here today.

Protesters had planned to march to DAP politician Karpal Singh's house but dispersed after police threatened to arrest them.


Mohamed Khir and a local Umno youth leader were picked up by police after leaving the scene of the protests.

They were taken to the state police headquarters for questioning and released later.

It is not clear if they will face any criminal charges.

Mohamed Khir had planned to lead the march to Karpal's house.

Pandai mengata orang rupa-rupanya tak sedar paku serpih………macam mana mahu angkat orang macam Khir nak jadi Ketua Pemuda Umno, layakkah, padankah?! Sepatutnya Khir fokuskan pada isu PPSMI ini, berani bersuara macam Rais Yatim yang hari ini dalam akhbar tempatan menyatakan bantahan beliau terhadap PPSMI sebagai bantahan peribadi.

Khir: jangan kokok berderai-derai, awas juga ekor kalau bergelumang tahi nanti habis semua lari, wang pelaburan lesap, kekal terpaku keras membatu sebagai Ketua Pembangkang, dibelasah saban hari di DUN Selangor. Kesian Khir.
SRTATEGI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN

Setelah saya menyempurnakan ulasan untuk ketiga-tiga kerusi yang akan dipilihanraya kecilkan pada 7 April 2009 nanti, maka kita akan meninjau tentang apa yang perlu Pakatan Rakyat lakukan untuk memenangi kerusi-kerusi ini berdasarkan senario terkini.

Di dalam konteks yang ada pada hari ini, saya suka mencadangkan strategi kelima daripada 36 strategi Seni Peperangan (Art Of War) Sun Tzu yang yang terkenal. Strategi No. 5 berbunyi:-

Saat sebuah negara mengalami konflik dalaman, ketika terjangkit penyakit dan kelaparan, ketika korupsi dan kejahatan merajalela, maka ia tidak akan mampu menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untuk menyerang.

Namun sebelum digunakan strategi Sun Tzu itu tulisan-tulisan di bawah ini perlu dibaca terlebih dahulu untuk memahami senario setempat lantaran tidak semua strategi boleh diproklamirkan secara terbuka begini.

1) Siapa yang bakal terlentang di Bukit Gantang
2) Yang meracau dan yang mengingau di Bukit Selambau
3) Perisai Berkecai Di Batang Ai - Pastikan BN Bersepai

Strategi ke 5 Sun Tsu itu dijalankan serentak strategi Rasulullah di dalam sirah Nabawiyah, dimana kita akan dapati bagaimana Rasulullah saw mengatur stategi dengan bermesyuarah dengan para sahabatnya.

Ketika hendak berhijrah ke Madinah, beliau kumpulkan sahabat-sahabat utama untuk bermusyawarah guna membicarakan strategi penting perjalanan hijrah. Hasilnya adalah pembahagian tugas dari masing-masing sahabat, misalnya Ali bertugas tidur di tempat tidur Nabi saw untuk mengelabui orang-orang kafir yang mengepung rumah Nabi.

Sementara Abu Bakar ditugaskan untuk mengatur perjalanan dan persembunyian Nabi di Gua Tsur selama tiga hari, termasuk mempersiapkan logistik dan sumber informasi.

Adapun Umar bin Khattab mendapat tugas mengalihkan pandangan orang-orang kafir seolah-olah Nabi telah berangkat ke Madinah, begitulah seterusnya strategi hijrah dimusyawarahkan oleh Nabi dengan para sahabatnya sehingga perjalanan hijrah ke Madinah bisa berjalan dengan baik.

Disamping itu, pada saat hendak berperang, beliau juga bermusyawarah dalam mengatur strategi perang sehingga para sahabat bisa menyampaikan usul dan saran, bahkan bila usul dan saran itu memang bagus, hal itu bisa menjadi keputusan yang disepakati, itulah yang terjadi pada perang khandak atau perang ahzab. Perang ini menggunakan parit sebagai strateginya di atas usul seorang sahabat yang lebih "junior", Salman Al Farisi, maka digalilah parit sedalam kaki kuda dan selebar lompatannya.

Perang Khandak adalah satu-satunya peperangan di mana Nabi Muhammad menang berperang tanpa berlakunya pertarungan, dan tidak ada seorang pun ahli pasukannya terkorban. Itulah juga kali terakhir penduduk Quraiy Mekah berani memerangi beliau.

Muslihat, atau strategi, adalah unsur terpenting dalam peperangan. Ini lebih benar apabila kita berada pada pihak yang lebih kecil dan lebih lemah berbanding pihak-pihak yang hendak ditawan.

Tugas-tugas mengatur strategi, baik strategi perang ketenteraan, perang politik, mahupun perang bisnes, memerlukan kepintaran dan kebijaksanaan yang luar biasa.

Individu yang memegang jawatan tertinggi dalam angkatan tentera, ataupun dalam organisasi politik, ataupun dalam syarikat, belum tentu memiliki kepintaran dan kemahiran mengatur strategi.

Adalah sangat berbahaya bagi kepentingan-kepentingan besar apabila tugas-tugas memimpin dikelirukan dengan tugas mengatur strategi. Fenonema ini berlaku apabila anggota jawatankuasa bersikap mereka adalah orang-orang yang paling pintar mengatur strategi perang.

Pepatah Melayu ada mengatakan: "Pelanduk ditembak, gajah yang mati." Maksudnya, masalah kecil yang diperangi tetapi kepentingan besar yang terpukul teruk. Dalam istilah lain, "Menang bertarung, kalang berperang."

Saya utarakan hal di atas kerana saya terasa kurang selesa membaca berita ini:-


Sepastinya ia timbul kerana strategi anak muda yang mengasah parang di depan pintu.

Jikalah idea Salman Al-Farisi diketahui terlebih awal oleh pihak Quraisy Mekah sepastinya musuh telah mengatur cara lain untuk menyerang.

Itu sebabnya penting menyimpan rahsia juga. Apa tahlagi jika dilihat strategi itu diasaskan kepada maklumat yang salah kerana kumpulan bawah 40 tahun hanya membentuk 30% jumlah pengundi di Batang Ai. (Baca semula di sini)

Kita baru tiba di Strategi ke 5 tetapi mungkin sahabat kita sudh beralih ke Strategi ke 6 : Berpura-pura untuk menyerang dari timur dan kemudian menyeranglah dari barat.

Pepatah Melayu ada mengatakan: "Pelanduk ditembak, gajah yang mati." Maksudnya, masalah kecil yang diperangi tetapi kepentingan besar yang terpukul teruk. Dalam istilah lain, "Menang bertarung, kalah berperang."

Akibat daripada kegagalan berstrategilah PR tewas untuk merealisasikan 'projek 16 September ke Putrajaya' sebaliknya Perak pula yang direbut musuh. Lepas ini kita tak tahu negeri mana yang bakal jatuh pula jika kita masih di takuk ini.

Gagal untuk merancang, kita merancang untuk kegagalan!



Selasa kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lepas.

Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini. "Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata bekas menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan.



Sempena Setahun kemenangan Pakatan Rakyat : 8 Mac 2008 - 8 mac 2009


Keranda 152

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

- Usman Awang

ERTI KETUANAN RAKYAT, RAJA BERPELEMBAGAAN
Masa sudah tiba untuk rakyat bangkit menghayati kembali erti perjuangan kemerdekaan yang bertunjangkan ketuanan rakyat dan menolak kepimpinan perasuah dan perompak harta benda.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat akan membawa kepada demokrasi matang di bawah naungan raja beperlembagaan.

“Kita mahukan demokrasi yang matang, bukan demokrasi yang tempang, bukan demokrasi yang kakinya dipatahkan oleh mereka yang terus ingin berkuasa meskipun telah tidak lagi didukung oleh rakyat,” kata Anwar dalam Pidato Kebangsaan bertajuk “Ketuanan Rakyat” di Shah Alam sebentar tadi.

Lebih 1,000 pemimpin PKR, ketua masyarakat, dan wakil kedutaan asing hadir mendengar ucapan Anwar pada ulangtahun pertama pilihanraya umum ke 12.

Pilihanraya bersejarah itu menyaksikan gagasan Pakatan Rakyat yang merangkumi Keadilan, PAS dan DAP menamatkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen selain menubuhkan kerajaan di lima negeri.

Datuk Seri Anwar mengupas cabaran politik dan sosial, khususnya hubungan antara kaum yang terpaksa diharungi oleh rakyat dalam persekitaran kegawatan ekonomi yang membelit mereka dalam keperitan hidup harian.

“Di depan mata kita adalah krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah bangsa kita,” kata Anwar. “Tetapi kita juga berdepan dengan rasuah, krisis undang-undang dan masalah hubungan kaum yang meruncing.”

Anwar berkata segala krisis itu hanya boleh diselesaikan oleh rakyat.

“Maka rakyat perlu perkasa dan berjiwa besar yang menuntut pengurusan bersih dari rasuah dan kezaliman; mampu menjana ekonomi dan perihatin dengan penderitaan rakyat.”

Merujuk kepada kegawatan ekonomi, Anwar berkata wujud kaitan jelas antara permasalahan ekonomi dengan pengurusan negara yang berpaksi kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Beban rakyat bertambah akibat kebocoran atau ketirisan - kos air, elektrik dan tol meningkat,” kata Datuk Seri Anwar.

“Ini juga berpunca daripada kecurangan dan perjanjian memihak kepada pemodal dan membebankan rakyat samada konsesi tol lebuhraya atau janakuasa bebas (IPP)”.

Datuk Seri Anwar berkata BN sekian lama menangguk di atas keperitan rakyat miskin dengan memberikan sedikit bantuan yang hanya bertujuan mengetatkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan remeh seumpama itu.

Pendekatan itu adalah politik murahan BN yang tidak berupaya melepaskan rakyat daripada putaran ganas kemiskinan dan oleh itu harus ditamatkan.

Sudah tiba masa untuk rakyat menuntut program bantuan lebih berkesan yang merentasi kaum, umpamanya kredit mikro untuk masyarakat Melayu, bumiputera dan rakyat miskin.

“Kita perlu melakukan anjakan dalam dasar pembangunan desa dan pendekatan baru dalam menangani kemiskinan bandar,” kata Datuk Seri Anwar.

Mengenai hubungan antara kaum, Datuk Seri Anwar berkata ketuanan rakyat perlu ditegakkan di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan.

Beliau berkata perbedaan pendapat akibat daripada perbezaan agama dan budaya harus dilihat dari sudut positif supaya tidak menjurus kepada konflik dan kekerasan.

Beliau berkata rakyat segenap lapisan harus menghantat mesej jelas menuntut UMNO berhenti menyebar fahaman melampaunya bahawa negara ini adalah milik satu kaum sahaja.

“Mereka sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah,” kata Datuk Seri Anwar.

Pemimpin BN memakai topeng nasionalis baru dan melalak isu perkauman secara sempit, semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menzalimi rakyat, atas nama bangsa dan agama, kata Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar berkata sudah tiba masa untuk menujukkan kepada rakyat apa yang menjadi pemisah antara kerajaan di dalam Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Beliau berkata rakyat, menerusi pilihanraya umum lalu, telah memberikan peluang jelas kepada Pakatan untuk mengotakan apa yang sering dilaungkan.

“Kita menentang rasuah dan ketidakadilan. Kita menuntut agar kehakiman bebas, kita mahu pendidikan serta kebudayaan dimartabatkan. Kita mahu pengurusan ekonomi yang cekap, tadbir urus yang beramanah dan berwibawa, : kata Datuk Seri Anwar.

“Kita impikan sebuah negara yang makmur untuk semua,” tegasnya.

Beliau berkata adalah “wajib” untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada gagasan itu.

Beliau berkata walaupun baru setahun jagung, Pakatan Rakyat sudah pun meletakkan asas-asas yang teguh membawa Agenda Ekonomi Malaysia di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah di samping meneruskan khidmat cemerlangnya di Kelantan.

“Iltizam kita untuk melaksana tata urus yang baik tidak boleh dinodai. Kita menyaksikan ianya dilaksanakan di negeri-negeri yang kita perintah. Kontrak diluluskan dengan lebih cekap dan telus. Tender adalah terbuka, cara memberi kontrak dalam gelap dan tempat ahli politik mengaut rasuah dari wang rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintahan BN, telah berlalu,” katanya.

Hasil pemerintahan beramanah dan telus, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat di samping memberi bantuan lebih besar kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera.

Meskipun ekonomi gawat, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak mencatat pelaburan tinggi manakala Kelantan mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah.
Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 billion.

Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam 9 tahun, sebanyak RM 11.87 billion dan telah mewujudkan 30,000 pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.

Selangor dan Perak turut mengurangkan beban rakyat di zaman kemelesetan ini dengan mengurangkan bayaran bekalan air.

Manakala Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina.

Datuk Seri Anwar berkata Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor dan Kedah turut memberi tumpuan berat kepada pendidikan dengan menyediakan prasarana untuk sekolah semua kumpulan etnik.

Di Perak 1000 hektar tanah diberikan untuk sekolah agama rakyat dan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Di peringkat Parlimen, Pakatan Rakyat akan “ melakukan apa saja...untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan,” kata Datuk Seri Anwar.

“Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan masalah yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang kucar kacir,” kata beliau.

Datuk Seri Anwar mengakhiri ucapannya dengan menjanjikan perjuangan untuk menyerlahkan ketuanan rakyat supaya perubahan yang terlaksana, walaupun menerima tentangan, tekanan dan asakan hebat Barisan Nasional tidak luntur.

“Jalan yang kita tempuh ini belum lagi berani diteroka sebelumnya. Sejarah menjadi saksi betapa ianya jalan berliku; penuh dengan segala macam cabaran dan tantangan,” kata Datuk Seri Anwar.

“Kita mungkin diserang dari segala arah, wakil kita mungkin sahaja diculik, namun yakinlah, kita tidak mungkin hilang arah tuju.”