ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 23, 2009

23-April-2009. Khamis.

PEMBINAAN SURAU AN NUR JALAN SURIA, BANDAR MAHKOTA. BROOKLAND.

Pembinaan surau An Nur sedang rancak dibina. Perasmian pembinaan bermula pada 01-Januari 2009. Semuanya adalah hasil kerja gotong royong penduduk taman. Tapak khas untuk surau mempunyai keluasan seluas 3 ekar. Kawasan ini berkeadaan lembah yang agak dalam serta berpaya dan sekarang hanya ditimbus sebahagian kecil untuk kegunaan pembinaan surau sahaja dan tidak mencukupi dengan keluasan yang ditimbus.

Sebentar tadi Hanyar pergi melawat, dan kelihatan pekerja gotong royong sedang giat kerja memasang bumbong. Didapati atap yang diguna adalah atap terpakai.

Menurut dari maklumat setia usaha surau tersebut, pihak jawatakuasa surau masih lagi memerlukan dana berbentuk wang dan perbagai untuk tujuan pembinaan sebuah surau kekal bagi penduduk Islam kawasan perumahan sekitar.

Sejak hampir 5 tahun yang lalu, penduduk Islam sekitar menyewa sebuah rumah tepi, dengan kadar sewa RM350 sebulan. Penduduk Islam di taman Mahkota mempunyai seramai 450 keluarga.

Pada tahun Jun 2006 Jabatan Agama Islam Selangor, bersetuju membenarkan dan meluluskan untuk membina sebuah bangunan surau di kawasan tapak alamat No,47, Jln Suria 1A/11 Bandar Mahkota.

Setelah Hanyar melihat sendiri tapak projek pembinaan tersebut, wajar lah kerja-kerja tuntutan Sunah Rasulullah S.A.W terpelihara dengan sebaik mungkin yang diredzoi. Para umat Islam yang perihatin, bolihlah menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau cek atas nama Tetuan Surau An-Nur Bandar Mahkota, Banting. Atau terus memasukkan sumbangan tersebut ke Akaun Surau bernombor 12074010044290 (Bank Islam). Atau menghubungi En Hasnan ditalian 017-314-6057 untuk keterangan lanjut.

















Pekerja gotong royong sedang gigih kerja memasang bumbong. Walau pun atap berlubang bekas paku ditampal.



















Pemandangan tapak Surau yang berhampiran dekat dengan pengusaha kilang semen segera yang mempunyai masaalah dari penduduk sekitar. Difahamkan juga, penduduk sekitar amat tidak setuju dengan tapak projek yang beroperasi disitu. Ramai penghuni yang berhampiran mendakwa habuk dari tapak projek membawa masaalah besar bagi mereka.