ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 7, 2009

7/5/09. Khamis.

'Bisikan diraja' untuk Pakatan

RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk. Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA

Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

Tinggal satu je lagi talian hayat untuk PR Perak!!

Kita doa ramai-ramai. Solat hajat ramai-ramai. Talian hayat hanya tinggal satu. Itu pun kena tunggu 11 Mei ni. Hari Isnin. Untung besar dapatla Nizar jadi MB sekali lagi. Segalanya tidak mustahil. Harap hanya pada kuasa Allah. Kot nak lagi trill, buat nazar..Hehe

Gua akan auto senyum sepanjang hari. Itu pun kalau Nizar menang. Gua nak tengok Zambri terkebil-kebil. Nizar lama dah terkebil-kebil. Kesian pulak kat dia..Haha.

Lagi gua nak tengok nasib 3 ekor kodok tu.. Rasa nak ludah sekor-sekor. Perangai tak macam katak langsung. Perangai macam b*b*. Nak muntah lagi gua.

Salam.

Bagi saya, tak payahlah kita nak rebut dan kecuhkan hal-hal dunia. Kita terima takdir yang ditentukan selapas berusaha.

Nizar sudah berusaha, PR sudah berusaha. Nak bergantung kat Raja, Raja kati dia tak tuli dan tak pekak tapi....

Hanyalah Allah tempat bergantung dan munajatlah beramai-ramai dan terimalah dengan redho apa takdirnya.

7/5/09. Khamis.

Tinggal satu je lagi talian hayat untuk PR Perak!!

Kita doa ramai-ramai. Solat hajat ramai-ramai. Talian hayat hanya tinggal satu. Itu pun kena tunggu 11 Mei ni. Hari Isnin. Untung besar dapatla Nizar jadi MB sekali lagi. Segalanya tidak mustahil. Harap hanya pada kuasa Allah. Kot nak lagi trill, buat nazar..Hehe

Gua akan auto senyum sepanjang hari. Itu pun kalau Nizar menang. Gua nak tengok Zambri terkebil-kebil. Nizar lama dah terkebil-kebil. Kesian pulak kat dia..Haha.

Lagi gua nak tengok nasib 3 ekor kodok tu.. Rasa nak ludah sekor-sekor. Perangai tak macam katak langsung. Perangai macam b*b*. Nak muntah lagi gua.

Salam.

Bagi saya, tak payahlah kita nak rebut dan kecuhkan hal-hal dunia. Kita terima takdir yang ditentukan selapas berusaha.

Nizar sudah berusaha, PR sudah berusaha. Nak bergantung kat Raja, Raja kati dia tak tuli dan tak pekak tapi....

Hanyalah Allah tempat bergantung dan munajatlah beramai-ramai dan terimalah dengan redho apa takdirnya.

7/5/09. Khamis.

BN layak ke Tanjung Rambutan...

Sejak Najib naik jadi PM ada 3 perkara utama yang Kabinetnya unjurkan :

1. Anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun perlu berada dalam agama asal walaupun salah seorang dari ibubapa mereka bertukar agama. Sekaligus memberi persepsi bahawa Mahkamah Syariah tidak lagi relevan kerana keputusan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Civil.

2. Melepaskan quota Bumi daripada 27 subsektor perkhidmatan yang merangkumi 56% GDP Malaysia. Ia membabitkan berbillion ringgit setahun.

3. Membatalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengakibatkan MARA, Suruhanjaya Koperasi dan banyak lagi Jabatan yang menjaga kepentingan bumiputera kini agak sukar untuk membuat keputusan.

Semunya membabitkan dan memberi kesan kepada Bumiputera dan Muslim.

Dengan 3 perkara di atas, ada 5 kategori rakyat Malaysia yang terjejas. Dengan itu, sebarang saki-baki simpati serta sokongan terhadap UMNO dan BN telah hangus hilang dan susah untuk dikembalikan.

Pandangan saya, Najib dan Partinya telah hilang saki-baki simpati dan langsung hilang penyokong daripada 5 kumpulan grassroot yang berikut :

1. Golongan yang suka kepada Agama Islam tetapi BUKAN AHLI PAS serta tidak suka pada politik.

2. Golongan ahli perniagaan dan usahawan SME yang terdiri dari Bumi dan Muslim yang tidak peduli pada Agama Islam walaupun Muslim.

3. Golongan petugas swasta, NGO dan kerajaan yang tidak politik dan tidak berniaga TETAPI memikul tanggungjawab mereka mengendali tugas untuk masyarakat.

4. Golongan peguam-peguam Syar'ie, penyelidik, penuntut agama, tenaga pengajar, ahli agama berpengaruh dan penulis ilmiah.

5. Golongan yang tidak politik tetapi amat meluat dengan telatah orang UMNO ketika pimpinan Pak Lah. Sebagai contoh adalah peminat-peminat Tun Mahathir yang bukan UMNO tetapi telah merasai pencapaian Malaysia ketika pimpinan beliau.

Bukankah mereka ini terdiri daripada 30% hingga 40% rakyat Malaysia?

Selain daripada itu, BN dan UMNO sudahpun mempunyai musuh ketat dari kalangan PKR, PAS dan DAP. Kemungkinan mereka ini terdiri daripada 30% rakyat Malaysia.

Kalau benar andaian saya, maka BN dan UMNO sedang menggali lubang yang amat dalam untuk diri-mereka sendiri. Iaitu, mereka tidak lagi relevan untuk 60% rakyat Malaysia pada PRU13. Hampir pasti, siapa saja pembangkang akan memperolehi banyak undi. Dan agak sukar untuk BN dan UMNO kembali memerintah untuk beberapa dekad selepas itu.

Kini timbul pula pengumuman yang menggusarkan lebih ramai lagi rakyat :

1. Pembukaan industri Pembiayaan dan Perbankan kepada rakyat asing.

2. Pembukaan industri Takaful dan Insuran kepada rakyat asing.

3. Pembukaan sektor Guaman kepada rakyat asing.

4. Perlantikkan Pak Lah sebagai Penasihat National Corridor Development.

Saya melihat ini semua langkah-langkah Political Suicide hasil dari tekanan beberapa pihak ataupun sememangnya SHORT-SIGHTEDNESS dari pihak Najib sendiri. Secara logiknya, ia amat pelik dan tidak menguntungkan tetapi sedang berlaku kepada UMNO dan BN.

Apa jua kesan yang buruk berlaku pada rakyat akibat keputusan Kabinet kini, pasti akan mendapat reaksi yang sama di dalam PRU akan datang.

-Mann Trex
4.59 pm

Anon0554:

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.
Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas.
DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.
Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.
Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.
Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.
BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.
Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.
Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.
4.53 pm

tobo:

RENUNGAN UTK SEMUA.

NABI s.a.w .bersabda:siapa yg pagi 2 sedih memikirkan dunia,maka bererti membenci kepada ALLAH.Dan siapa yg pagi 2 mengeluh kerana musibah yg menimpa padanya,maka ia mengeluhkan ALLAH.Dan siapa merendah diri kpd orang kaya utk mendapat kekayaannya,maka ALLAH gugurkan dua pertiga amalanya.Dan siapa yg diberi kefahaman dalam AL QURAN tiba2 ia masuk neraka,maka ALLAH telah menjauhkannya dari rahmatnya.ERTINYA siapa yg mengerti AL QURAN tetapi tidak diamalkan atau meremehkan sehingga ia masuk kedalam neraka ,maka bererti ALLAH telah menjauhkannya dari rahmatnya,kerana ia tidak menyedari akan kebesaran AL QURAN. Hadith riwayat Anas bin Malik r.a. petikan dari kitab 'TANBIHUL GHAFILIN"
Cucuhangtuah:

Raja muda Perak masuk ke dewan.


Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula seka lagi DS. Nizar merafak sembaah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Cucuhangtuah:

BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
SPEAKER: 14:41:


KEADAAN SGT BURUK DLM DEWAN, ADUN BN DAN POLIS CUBA MEMBUANG DGN KEKERASAN SIVA DARI KERUSINYA
2.42 =m

Taib5031:

Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
bitt:

Nizar harus bersabar dan kite rakyat perak yg rasional perlulah berdoa agar kemenangan dipihak nya, sekaligus kemenangan ini memberi impak yg sgt besar kerajaan negeri dn persekutuan tentang kejahatan dan kejahilan parti umno or bn memerintah negara islam kita ni. sama sama kite doakan supaya terangkan hati mereka dan diberi petunjuk dan hidayah......amin....
Greenboc:

Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangakaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada dikamar Diraya untuk menerima isyarat untuk merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.
Mizec:

kalu zaman 50an dulu ader PR, aku gerenti BN akan ishtihar Darurat. kemudian menangkap semua MP PR dgn alasan terlibat dgn komunis. gerenti semua org percaya sbb masa tu, media semuanyer UMNO punyer.
1.38 pm

Mizec:

Tu hari diorang kata sidang dun bawah pokok tak sah, tp skrg minta supaya usul dibwh poko dibatal'n. kalu sidang bwh pokok tak sah buat aper nk minta dibatalkan. Aper la BODOH UMNO & BN ni.

Hanyar menganggap kalau dah haram, napa pulak BN kecoh?
mautaka:

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang 'diculik' jam 3.10 petang semalam kini dipercayai dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Isteri beliau, Normah Alwi memberitahu Harakahdaily sehingga kini beliau masih belum dapat menemui suaminya itu.
Ketika cuba untuk menemui Mohamad Sabu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beliau diberitahu Mohamad Sabu telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim pagi tadi untuk dihadapkan ke mahkamah Tanjung Malim.
Normah dan salah seorang anak beliau kini dalam perjalanan ke Tanjung Malim.
- mks.
Mizec:

Diharap seluruh rakyat Perak bersatu hati, supaya terus bersuara agar DUN Perak dibubarkan. kalu itu pun sultan masih tak phm. tak payah jd sultan la.
Dari tvantara :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berhubung kes Menteri Besar yang sah di antara Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Isnin depan berdasarkan kepentingan mendesak kes tersebut
01.20 pm

tvantara :

Ganesan sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.
01.05 pm

Thomas S/U, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 kepada R Ganesan, speaker baru lantikan BN, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

Hee Yit Foong, timbalan Speaker DUN Perak, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Thomas kemudian berkata kepada Hee bahawa ADUN Jelapang itu tidak berminat dengan jumlah wang yang kecil.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula membaling kertas ke arah Ganesan.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.
12.51 pm

Anakperakdirantau:

Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.
Speaker Sivakumar di sabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
ZAM-ZAM

12.12 pm - Albanjari Online. Suasana 'darurat' kecil di Ipoh, Perak. Biarkan gambar berbicara. Wak macam makin letih melihat badut2 sedang 'bersidang'. Laporan akan kembali selepas jam 12.30 pm. Bomoh aku tidak berehat untuk memberikan laporan terkini. Diberitakan sekiranya selepas rehat sejam ini, Speaker DUN yang sah, YB Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, Suasana 'darurat' kecil di Ipoh, Perak. Biarkan gambar berbicara. Wak macam makin letih melihat badut2 sedang 'bersidang'. Laporan akan kembali selepas jam 12.30 pm. Bomoh aku tidak berehat untuk memberikan laporan terkini. Diberitakan sekiranya selepas rehat sejam ini, Speaker DUN yang sah, YB Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, pihak polis akan dibawa masuk kedalam dewan untuk membawanya keluar secara paksaan. Adeh..macam kisah citer batu belah batu bertangkup la pulak...!!
7/5/09.

Untuk anak PERAK, sempena sidang DUN menjadi Haram harini.

WAHAI ALLAH YANG MAHA GAGAH PERKASA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA ADIL SAKSAMA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA MERANCANG,
WAHAI ALLAH YANG MAHA PENYEKSA,
WAHAI ALLAH YANG MAHA KEJAM,

ENGKAU BALAS KEKEJAMAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO DENGAN BALASAN YANG ADA DISISIMU AGAR IA MENJADI TELADAN KEPADA YANG INGIN MENGAMBIL TELADAN.

YA ALLAH YANG PUNYA KERAJAAN, ENGKAU HANCURKANLAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH HANCURKAN KERAJAAN-KERAJAAN TERDAHULU DENGAN AIB.

YA ALLAH YANG MAHA MELINDUNGI, ENGAKAU LINDUNGI PAKATAN RAKYAT DARI ANIAYA BARISAN NASIONAL DAN UMNO.