ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 16, 2009

2/Sirul: Bebaskan atau bicara semula kes babitkan 3 tertuduh

Dari petikan kisah Sirul amat menyayat hati warga rakyat malaysia. Rakyat Malaysia bagaikan tidak selamat ketika berada seperti mereka. Amat hairan, kenapa dan mengapa mereka berdua dikelambukan kepala sehingga menjadi tanda tanya orang ramai.
Rakyat Malaysia mahukan Kehakiman yang telus, adil serta bijak. Kebelakangan ini banyak kes-kes mahkamah amat mengelirukan kerana campor tangan politik ugutan. Perlembagaan Malaysia menetapkan Hak Asasi Manusia (HAM) untuk faedah semua. Baca petikan cerita mStar di bawah.


SHAH ALAM:
Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh.

Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin.

Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri.

Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu.

Awal bulan ini, Sirul berkata, dia telah "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka."

Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam.

"Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan.

"Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.

Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya.

Katanya, Azilah meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai `masalah perempuan'.

1/SUMPAH PANGLIMA BUKIT GANTANG.

Suasana politik di Perak mulai tenang. Semakin tenang berbanding minggu lepas. Rakyat telah boleh berfikir secara rasional setelah seminggu emosi menguasai akal dan diri. Kekecewaan penyokong PR dan kegembiraan Melayu UMNO selama seminggu itu, telah mengheret institusi istana kedalam ‘permainan rakyat’ ini. Pemimpin dan penyokong PR dilabelkan sebagai penderhaka oleh UMNO sehingga ada cadangan melarang penderhaka ini daripada memijakkan kaki di bumi Perak. Dan PR pula cuba mempertahankan diri dengan melontarkan idea berfakta, bahawa penderhakaan dimulakan oleh UMNO. UMNO sebenarnya telah awal menderhaka dalam keadaan sedar. PR pula ‘termenderhaka’ tanpa sedar kerana tidak menjangka UMNO sanggup mengelat melanggar batas-batas demokrasi.

Dalam tempoh seminggu, penyokong PR berbelah bahagi adakah benar PR menderhaka? Institusi istana amat dihormati oleh Melayu beraja berbanding dengan Melayu Pulau Pinang dan Melaka. Melayu UMNO semakin gila dan galak berhimpun dengan membuat ratusan laporan polis akan penderhakaan PR ini. Melayu UMNO telah menghangatkan isu penderhakaan sehingga ada di kalangan orang UMNO sendiri begitu jelak dengan pemimpin UMNO. MB Nizar yang dikatakan ‘derhaka’, Karpal Singh pula yang diserbu!

Sehari dua ini, saya berpeluang terdengar dan mendengar perbualan Melayu di kampung-kampung tradisional. Kampung tradisional adalah kubu-kubu kuat UMNO untuk UMNO bernafas.

Sekiranya minggu lepas ada di kalangan penyokong PR yang hampir percaya bahawa mungkin benar PR telah menderhaka, hari ini sokongan mereka semakin jitu kembali kepada PR. Seminggu itu juga Melayu UMNO amat percaya bahawa PR memang menderhaka dan mesti dihukum. Hari ini apabila emosi telah kendur, akal mula mengambil tempat di hati Melayu. Akal mula berfikir secara waras. Akal mula membuat keputusan bahawa PR tidak menderhaka. PR telah ‘dikenakan’ oleh UMNO. UMNO kampung telah berani mengakui akan kesilapan UMNO bangsawan. UMNO kampung tidak lagi segembira minggu lepas. UMNO kampung malu berhadapan dengan JKKK PR. UMNO kampung rasa bersalah untuk mengambil atau menerima kunci dewan. UMNO kampung tidak sanggup masuk ikut pintu belakang. UMNO kampung percaya PR tidak bersalah. UMNO kampung yang cari makan dengan UMNO sahaja yang percaya UMNO di pihak yang benar. Namun jumlah UMNO yang percaya ini tidaklah seramai jumlah UMNO yang tidak lagi percaya kepada UMNO bangsawan. Inilah natijah yang harus dikesali oleh UMNO bangsawan.

UMNO kampung telah mula percaya dan yakin bahawa UMNO telah tiada masa depan. Kekalahan UMNO dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebenarnya telah menazakkan nyawa UMNO. Seperti orang sakit tenat. Seminggu koma, kemudian sedar tetapi tetap terlalu tenat. Tidak semena-mena dalam tenat, ia lalu makan, boleh bersembang, boleh senyum walaupun sebelum itu terlantar sakit. Dalam kegembiraan seisi keluarga kerana dia boleh makan dan boleh sembang, lantas segera memberitahu sanak saudara bahawa dia telah sedar. Tetiba esoknya keluarga terkejut kerana dia telah menghembuskan nafas yang akhir. Innalillah hirojiun.

UMNO sedang nazak, tetapi tetiba bangun memerintah Perak. UMNO seluruh negara gembira kerana UMNO telah pulih dan sihat kembali. Tidak mungkin UMNO boleh menjadi rajawali. UMNO tidak akan mampu melakukan transformasi pada tubuhnya. Selepas seminggu UMNO memerintah Perak, tiada apa yang boleh dilakukannya. Tiada apa yang boleh diberikan kepada rakyat Perak, hatta tiada apa yang boleh dihadiahkan kepada ahli UMNO sendiri. Lihatlah betapa lemahnya MB UMNO sehingga memerlukan tiga penasihat bertaraf exco. Memang UMNO sedang sakit tenat, tetapi tidak mahu mengakuinya. Seperti orang sakit tenat akan pergi jua selepas tetiba lalu makan, lalu sembang. Begitulah juga dengan UMNO yang akan pergi selama-lamanya. UMNO mungkin berkubur di Perak.

Pada tahun 1946, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab begitu diingati kerana memperkenalkan UMNO di Perak. Tidak keterlaluan jikalau saya katakan, bahawa tahun 2009 ini, UMNO akan dikuburkan di Bukit Gantang.

an2ya