ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 16, 2009

16/09/2009. Rabu.

SAMPAI KEKAMPONG ATAU KEKUBOR, ANGKARA TOL PERCUMA LEPAS JAM 12 T/MLM

Pandangan Hanyar,kalau syarikat Tol benar-benar prihatin dan mahu membantu rakyat sepatutnya tidak menghad masa untuk menghapuskan bayaran tol. Mengapa masa selepas 12 malam dipilih.

Tidakkah mengundang kecelakaan dan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya?

Kalau hendak berikan percuma berilah pada 'peak hours'.
Mungkin ramai yang akan balik tengah malam selepas tol dimansuhkan pada waktu itu dan ini mengundang bahawa kerana masa tersebut adalah masa di mana pemandu mudah mengantuk dan terlelap...!!

Fikirkanlah 1 Malaysia!!!!!!!!!!!
15/09/2009. Selasa.

PROJEK PRK BAGAN PINANG

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.

Berikut senarai lima anggota Jemaah Islamiah (JI) yang dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang ini.

1. Abdullah Daud

2. Mat Sah Mohd. Satray

3. Ahmad Kamil Md. Hanapiah

4. Mohd. Nasir Ismail

5. Muhammad Amir Md. Hanafiah.

Antara lima yang dibebaskan itu, Abdullah Daud merupakan tahanan yang paling lama ditahan iaitu selama tujuh tahun enam bulan. – Utusan.


Sewaktu Najib menjawat PM 1Malaysia Mac lepas dibebaskan tahanan ISA yang sekumpulan besarnya dari Kumpulan Hindraf... Kerana PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau......, dan kenapa senarai 5 orang ini ditahan lagi menderita di KEMTA manakala anak isteri di rumah turut menderita, malah tahanan Saudara Abdulah Daud sampai 7 tahun 6 bulan.... kenapa jadi begitu... bukankah pihak PDRM cekap serba serbi, buktikan diMahkamah, buat tuduhan.. jangan main tahan tanpa bicara...

Malah ada satu ketika KPN Norian Mai pernah membuat kenyataan kononnya Tahanan ISA yang aku ingat Tian Chua, Hishamudin Rais, Mat Ezam sewaktu ditahan mereka dituduh dengan bermacam-macam jenis kesalahan sehingga menggunakan senjata pemanacar roket kalau aku tak silap, tetapi tuduhan tersebut senyap sampai sekarang sehingga mereka dibebaskan, malah Mat Ezam pun diam tak bersuara ketika ahli politik Malaysia sibuk berbincang hal ISA..

Trend pembebasan tahanan ISA memang yang lepas-lepas selalunya dilakukan berhampiran hariraya.. apakah ini sebagai nak ambik hati tahanan tersebut...aku pun tak pasti...

Tetapi yang aku PASTI Insyallah Perbuatan Pemimpin UMNO yang menyiksa manusia tak kira agama apa pun ditahanan ISA yang mana tahanan itu tidak bersalah pun, maka Pemimpin UMNO itu, Ahli-ahli UMNO yang menyokong pemimpin Itu dan juga umat ISLAM yang menyokong akta ISA itu, Tok Mufti Perak dan Ahli Majils Fatwa yang berdiam diri semuanya, anda semua semua jangan bimbang....

JAWABLAH DIDEPAN ALLAH NANTI DIRABBUL JALIL.. KENAPA ANDA BOLEH JADI BEGITU......