ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 18, 2009


7/Berita Panas DUN PERAK NAK DIBUBARKAN???

Feb 18th, 2009

SMS masuk bertalu-talu. ADUN Bota dan Jelapang kehangatan, mungkin kerana perasap Pak Nawi. Baru sekejap tadi, heboh mengatakan ADUN Jelapang dan Bota akan meletakkan jawatan.

Bagi mengatasi perkara ini, satu delegasi UMNO telah menemui Raja Nazrin dan memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

Ada sesiapa boleh confirm?

6/TAHNIAH MB SELANGOR “BERANI KERANA BENAR”

Dalam situasi kemelut masaalah parti keADILan, dan pada masa yang sama Negeri Selangor diperintah olih Pakatan Rakyat diterajiu keADILan amatlah wajar setiap tohmahan diambil tindakan. Lebih-lebih lagi tohmahan itu datangnya dari ketua pembangkang dan juga mantan Menteri Besar pada penggal yang lepas.

Tindakan menyaman itu perlu kerana imej Pakatan Rakyat lebih tersohor dari pandangan mata rakyat. YAB Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor telah memberi wajah baru kepada perubahan yang betul-betul rakyat bolih faham cara tindakan yang sewajar sebagai bekas seorang yang dikenali pakar ekonomi.

Petikan mStar

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid pada bulan lepas berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban. MB Selangor saman Khir Toyo(klik)



5/DYMM Agong tolak perletakkan jawatan PM PakLah.

PakLah perlu hantar surat letak jawatan PM pada 1April2009 nanti.
Apa kata sekiranya DYMM Agong tolak.
Apa kata ini terjadi, baru padan muka Najib.

Atau pun melalui PakLah,
DYMM kata kita bubar parlimen.
Adakan snap election.
Apa rasa jam itu Umno Bn.


Raya sakan lah kita.
Tak dapat bubar Dun Perak.
Dapat bubar satu Malaysia.
Jam itu apa Umno nak derhaka.??

Pru13 sudah menjelang tiba..
Mari kita bersediaaaa…. Sangsi Pak Lah tidak lepaskan jawatan PM?(klik)


4.Suatu Lagi Penipuan BN Jambatan Baru Tiada Peruntukan


Bagi pertanyaan lisan yang dijawap secara bertulis , YB Menteri Kerjaya berpendapat bahawa kesesakan di Bandar Klang hanya akan dapat di atasi melalui pembinaan Jambatan Ketiga merentasi Sungai Klang.
Walau bagaimanapun, Kementerian Gagal mendapatkan Siling Tambahan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Beliau menjawap sedemikian bagi soalan saya :
Minta Menteri Kerjaraya Menyatakan Adakah Kerajaan Akan

[..KLIK]


3/KUASA MASIH DI TANGAN SPEAKER PR..

Masalah pertama pada hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar : Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya.Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam. Jawatan Speaker akan hanya menjadi kosong apabila Siva meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah “meletakkan jawatannya” dari menghadiri persidangan, dan ia pastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

Sebagai Speaker Negeri sebelum ini, Sivakumar telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira “badan perundangan yang tergantung” kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.

Namun dengan sentimen rakyat Perak yang kini jelas menolak BN, mereka pasti cuba mengelakkan pilihanraya diadakan dengan apa cara sekalipun.“Saya percaya mereka terpaksa memilih untuk mengekalkan Sivakumar,” tambah Teng.

Namun Speaker pula mempunyai bidangkuasa yang luas di dalam dewan dan kehadiran Sivakumar sepastinya menjadi duri yang memeritkan untuk kerajaan haram BN dan Zambry selaku Menteri Besarnya.

“Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Arahan Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan).” - Gree
2/Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO.

Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka.

Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini.Iskandar A. Samad 2 Februari 2009.

Exco Kerajaan Negeri Selangor
2 Feb 2009

1/Penjelasan DS Nizar dalam isu tanah.

Assalamualaikum…

Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai “gadai tanah” kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat “kecerdikan ” pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!)