ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 1, 2009

01/06/09. Isnin.

KATAKAN ZAMRI PEKAK DAN BUTA......

Zamri kalau nak hentam Pakatan Rakyat, kata org-org tua. Cakap siang pandang-pandang, malam pula dengar-dengar. Seseorang pemimpin yang sedar sebagai pemimpin negeri, beliau seharusnya berhati mengeluarkan patah perkataan yang bermaksud. Amat tidak jujurlah, seorang MB yang tidak mahu mengukur baju dengan badan sendiri. Akhirnya, orang kata pakaiannya tempang. Tidak keterlaluan Hanyar memehak kepada kejujuran Pakatan Rakyat (PAS, keADILan, DAP).

Nizar berjanji pada diri sendiri dan rakyat Perak, sekiranya beliau kembali memerintah, beliau akan serah pada rakyat Perak untuk memilih semula kepada yang adil.

Sumber : http://www.zambry.com/

MM... Inilah akibatnya rakyat dah rasa tidak puas hati, bukan hasutan daripada sesiapa..tetapi itu sebahagian jawapan restu dari rakyat. Kalau dah rasa sedar macam tu, fikirlah balik.. pulangkan balik kepada rakyat ... BUBARKAN DUN.....


Tahniah Nizar, kamulah pilihan Allah sebagai kalifah Allah didunia yang fana ini.
01/06/09. Isnin.

TERJAWAB SUDAH MASAALAH PENANTI...

Bila ada pilihanraya, maka ada piagam.Sebagaimana diPenanti,piagam yang dilancarkan oleh keADILan amat terator ketika kempen pilihanraya berlangsung.(klik ...)
Sebagaimana semua orang tahu, umno pun begitu. Janganlah pula keADILan turut sama.Janji semasa meraih undi, dan tak dipilih atau dah dipilih, laksanakan dengan amanah dan berterusan.Kebanyakan yang dilihat selepas PRU12, janji bagai nak rak tapi ada pula yg tidak bertanggungjawab, kejar untuk memiliki jawatan, lepas tu merosakkan janji parti.

Buat Dr Mansor, Hanyar mengucap tahniah atas kemenangan mejoriti 5558, juga sekali lagi diucap tahniah atas lantikan sebagai Tim. Ketua Menteri 1 pada Rabu ini.
Apa yang perlu kemenangan Dr menjadikan iktibar. Berhati-hati dan jangan seperti kacang lupakan kulit. Dan juga jangan seperti makan kacang, kulit berselerak.
Hanyar tidak menuduh pada sesiapa, hakikat sebenar kebanyakan itulah yang berlaku. Siapa makan cili, terasalah pedas.


HIDUP SEMANGAT DSAI, HIDUP keADILan, MAKA UJUDLAH PAKATAN RAKYAT.

JANGAN SIA-SIAKAN PAKATAN RAKYAT.