ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 13, 2009

'reform'. bermua dengan



DAH KENA SEMBELIH

Harap-2 kedatangan ezam ke KT kali ni lebih mendatangkan bencana kepada UMNO seperti mana kehadirannya di PP dulu.

Dari pengamatan pak hassan la, blog info tidak abis-2 memperlihatkan hasad dengki terhadap DSAI secara peribadi.

Jika penulis blog tidak henti-2 retorik politik mengatakan pada suatu waktu dahulu, Anwar pernah menyifatkan PAS sbg pelampau Islam dan bencikan melayu,tetapi PAS telah memaafkan semua ini.

Ezam pula pernah berkata PAS lebih layak dan berwibawa memerintah, maka kehadiran Ezam di KT atas tiket UMNO di KT untuk berdepan dgn PAS adalah sia2. Atau ada udang disebalik batu membodek PAS dgn harapan untuk bekerjasama dgn UMNO tak tahu la pak hassan.!

Andaikata rakyat Kuala Terengganu `beli ubat-ubat murah' Ezam itu, adakah rakyat di sana akan mengundi UMNO? Jika mereka tidak suka kepada PKR hasil `hasutan' Ezam, mereka akan undi UMNO? Lucu bukan? Sudah tentu mereka akan undi PAS kerana Ezam sendiri akui PAS lebih baik. Saya yakin Ezam akan terjerat dengan isu yang dibawanya di Kuala Terengganu. Raja Sesumpah ini salah tempat nampak gayanya. Jika di Permatang Pauh, isu DS Anwar ditolak mentah-mentah oleh rakyat, inikan pula di Kuala Terengganu isu basi ini hendak diguna pakai lagi.