ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 19, 2008

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor belum habis lagi dendam kesumat beliau terhadap DS Anwar. Beliau juga masih belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang yang bermoral dan berani atas dasar prinsip. Baru-baru ini beliau bersuara memuji memuja Pak Lah kerana kononnya berani membentangkan Akta Rasuah di Parlimen, dan dalam masa yang sama seperti biasa Ahli UMNO seumur hidup ini memburukkan DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati dengan PKR walaupun di Permatang Pauh sebelum ini kesemua perkara telah beliau dedahkan tentang keburukan parti ini bahkan beliau seperti `orang gila' mengomel di sana sini menceritakan keburukan peribadi DS Anwar sekeluarga. Namun, yang benar tetap benar, rakyat di Permatang Pauh telah memalukan Raja Sesumpah ini sehingga selepas itu beliau kembali `bertapa' ke Indonesia.

DS Anwar sedikit pun tidak melayani budak yang telah hilang arah ini kerana bagi DS Anwar, Sdr Ezam bukanlah musuh utamanya. DS Anwar seorang yang mengenang budi, walau seburuk atau sebusuk mana pun orang itu, ada juga jasanya pada dia. Kalau lah tidak jasa Sdr Ezam yang membela DS Anwar di era reformasi dahulu, sekurang-kurangnya jasa Sdr Ezam terbesar adalah `membantu' meningkatkan lagi majoriti DS Anwar di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Kecil yang lalu. Di Permatang Pauh ketika itu, peranan Sdr Ezam, Khairi (KJ) dan Sumpah Laknat oleh budak Saifol memainkan peranan besar membantu kemenangan DS Anwar sehinggakan menenggelamkan Sumpah Najib di sana.

Kita boleh perhatikan semenjak Sdr Ezam keluar dari PKR dan memasuki UMNO, beliau hanya bangkit bersuara secara terbuka dan mencari publisiti ketika terdapatnya pilihanraya. Sewaktu Permatang Pauh diumumkan untuk Pilihanraya Kecil, maka terpacullah Sdr Ezam di akhbar dan TV sehinggakan tiada rasa segan menawarkan diri untuk bertanding di sana. Malangnya, UMNO sendiri tidak percaya kepada Sdr Ezam dan UMNO hanya terima Sdr Ezam untuk menjadi tukang `salak' di Permatang Pauh. Kini, diumumkan pula Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, nah! muncul lagi Raja Sesumpah ini untuk bersuara. Suara pertama yang zahir dari mulut Sdr Ezam adalah puji-pujian bagi Pak Lah dan tentunya disertakan dengan memburukkan bekas bosnya DS Anwar. Ini memang telah dijangka dan saya sendiri pernah bertaruh dan berkata pada kawan-kawan, kita tunggu dan lihat, pasti Raja Sesumpah ini akan menjelma. Tepat sangkaan saya.

Atas dasar simpati sebagaimana dahulu juga saya bersimpati apabila saya pernah mengesyorkan kepada UMNO untuk mencalonkan Sdr Ezam bertanding di Permatang Pauh, kali ini juga saya masih simpati dan memohon agar UMNO menerima untuk kali terakhir agar Sdr Ezam dibenarkan menjadi calon di Kuala Terengganu. Masakan UMNO langsung tidak menghargai `pengorbanan' besar Sdr Ezam yang sanggup melupakan `kotak-kotak dan fail-fail' rasuah yang ada padanya ? Tidakkah `kotak-kotak' itu banyak mempunyai cerita-cerita dan skandal rasuah ? Bukan mudah untuk melupakan cerita-cerita kotak ini. Tapi, Sdr Ezam telah lakukan dan wajarlah UMNO menghargainya.

Di Permatang Pauh, Sdr Ezam menyanyikan lagu `Ketuanan Melayu' dan `Asas Bangsa' walaupun nyanyiannya itu agak sumbang bila turut dinyanyikan oleh Dato Nalla sahabat karibnya yang baru. Tetapi, di Kuala Terengganu ini nanti apakah lagu tersebut sesuai untuk diperdengarkan ? Calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu adalah dari PAS yang sinonim dengan `Ketuanan Islam'. Maka, pada saya lagu lama dari Sdr Ezam kurang sesuai dimainkan di Kuala Terengganu. Beliau mesti berfikir untuk membawa lagu dan rentak yang lain pula jika ingin terus berada di pentas UMNO di Kuala Terengganu nanti. Kita masih teringat kata-kata Sdr Ezam yang menyatakan adalah lebih baik PAS memerintah di Selangor jika dibandingkan dengan PKR. Ini bererti Sdr Ezam yakin dengan PAS untuk memimpin. Oleh yang demikian, atas dasar prinsip jika Sdr Ezam ada prinsip, adalah lebih baik Sdr Ezam berkempen untuk PAS di Kuala Terengganu nanti.

Itu adalah teori dan rasional pada pandangan saya sahaja. Mungkin agak mustahil Sdr Ezam akan membantu PAS di Kuala Terengganu. Cuma saya sarankan agar Sdr Ezam datang lah menjenguk di Kuala Terengganu nanti kalau pun tidak dicalonkan dalam Pilihanraya itu nanti. Mungkin ramai dikalangan rakyat Terengganu masih rindu pada `Sumpah Keramat'nya itu walaupun kempunan untuk mendengar kisah-kisah misteri 6 kotak yang popular suatu ketika dahulu. Untuk lebih menarik lagi, sewaktu berkempen bawalah kumpulan `Reformis' beserta `Raja Bogel'nya sekali sebagai pertunjukan selingan semasa berceramah.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Laporan tanah runtuh: JKR minta maaf atas kekeliruan prosedur

Jumaat Disember 19, 2008
Laporan tanah runtuh: JKR minta maaf atas kekeliruan prosedur

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan yang timbul mengenai laporan geoteknikal keadaan Bukit Antarabangsa.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Judin Abddul Karim berkata, terdapat kekeliruan yang memberi tanggapan bahawa laporan itu akan terus diberikan kepada Khalid.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya tidak bertujuan untuk menimbulkan sebarang kesulitan kepada Menteri Besar dalam usaha membantu penduduk Bukit antarabangsa.

"Dalam usaha penyediaan laporan, JKR terpaksa mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara National No.20 Polisi dan Mekanisme Mengenai Pengurusan Bencana dan Relif bagi operasi keselamatan di Bukit Antarabangsa.

"JKR diarahkan untuk memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang tahap keselamatan dikawasan runtuhan terus kepada pihak polis sebagai ketua komander supaya tiada percanggahan dalam penyampaian maklumat," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkanhari ini.

Beliau berkata, laporan itu perlu diserahkan terus kepada pihak polis bagi memberi pandangan tentang faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan sebelum mengeluarkan sebarang arahan kepada penduduk.

Kata beliau lagi, pihak polis kemudiaannya akan memberikan laporan tersebut kepada Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana.

Judin berkata, senarai kawasan-kawasan yang tidak selamat telahpun dikenal pasti.

"Walau bagaimanapun kawasan-kawasan lain yang tidak disenaraikan juga perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk menentukan tahap keselamatan cerun-cerun di kawasan tersebut," katanya.

Semalam, Kerajaan Selangor melahirkan rasa kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, tindakan itu amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensi-agensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau tidak mengetahui kandungan laporan status keselamatan tanah di kawasan tersebut yang telah diserahkan oleh Pegawai Daerah kepadanya tengah hari tadi.

"Kita menanti daripada Pejabat Daerah dan juga pejabat Menteri Besar .

"Setakat ini mereka masih belum memberi maklum balas dan saya berharap ia akan dilaporkan segera kepada orang ramai," katanya

Tanah runtuh: Polis Selangor umum kandungan laporan JKR esok

MB Selangor dijadual umum tindakan susulan Ahad ini

[DIKEMAS KINI, 8 MALAM] KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar akan mengumumkan laporan keselamatan kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Subang Jaya pagi esok (Sabtu).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Ahad ini.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi mStar Online petang ini mengesahkan beliau akan mengumumkan status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa yang diarahkan berpindah sebelum ini.

Khalid yang juga Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat berkata, beliau akan mengumumkan berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tengah hari tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan juga menyatakan demikian kepada pemberita di tempat kejadian apabila ditanya mengenai laporan JKR yang diserahkan oleh Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim kepada beliau di pusat operasi bencana alam taman itu pagi tadi.

Dalam pada itu, sebahagian besar daripada lebih 3,000 penduduk membabitkan lima kawasan, yang dipindahkan ekoran tanah runtuh Bukit Antarabangsa, dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Penduduk kawasan terbabit:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Ketika ditemui wartawan selepas menerima laporan awal di sini sebentar tadi, Khalid berkata, penemuan awal itu adalah berdasarkan siasatan kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan itu diserahkan kepada Khalid pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Khalid berkata, beliau belum lagi meneliti keseluruhan kandungan laporan berkenaan.

Pun begitu katanya, kebanyakan daripada penghuni di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Majlis Daerah Gombak dan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meneliti laporan tersebut.

"Saya akan membuat pengumuman apabila melawat kawasan kejadian Ahad ini," katanya di Shah Alam.

Pegawai Daerah Gombak dan Presiden MPAJ akan pergi ke Bukit Antarabangsa esok untuk mengenal pasti rumah-rumah yang akan diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk diduduki.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Hasil kajian JKR dan Ikram sebelum ini mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas empat hektar itu tidak selamat untuk orang ramai.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sdiang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM

Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Bekas AJK Balkis sedia beri keterangan isu RM9.9 juta


Dec 19, 08 11:43am
Ada daripada kalangan bekas ahli jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang bersedia tampil secara sukarela untuk memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.

Siasatan awam tersebut akan diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan awal tahun depan.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha hari ini berkata, mereka menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada siasatan tersebut selepas dihubungi pihaknya baru-baru ini.

Di samping itu, katanya kepada Malaysiakini, pihaknya juga akan memanggil bekas setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak untuk memberikan keterangan.

zaharah kechik balkis selangorIsu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu kemudiannya dilaporkan disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, siasatan awal Selcat mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis




Eksklusif Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri
sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

'Hadiah mahal'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

haniza talhaSekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta




Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

haniza talhaMenurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

bm version selangor state expenditure 26 million gone in two months 161208

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Special Deputy Minister to Handle Indian and Minorities SocioEconomic

Dec
19th
Author: Office of Mp Kapar
What a Special Deputy Minister to Handle Indian and minorities Socio Economic? Yes, that’s what Hon. Prime Minister answered to my parliamentary question on Dec 4, 2008.

Well how many of us aware of such appointment? Even myself only realized such appointment when received written reply from Prime Minister recently. According to Prime Minister YB S K Devamany (MIC) was appointed as Deputy Minister at Prime Minister’s Dept to ensure Socioeconomic development of Indian and Minorities in Malaysia.

No idea what had Devamany done since March 2008 for the Minorities as activities confined within themselves. That ’s how current Government pass information to public. Well after elected as Member of Parliament I was advised that you’re now belongs to all Kaparian not only for Pakatan Rakyat members up to extend not to put party logo on letterhead.

Does we still need to teach them lesson that Government of the day belongs to all Malaysian and not only to their cronies from Barisan Nasional. What the use of putting someone there for name sake and handcuff him with internal policies? Surely we cann’t do anything since he just sitting there such to show figures that Indian well represented in ruling coalition.

Another interesting point that Prime Minister Abdullah Badawi touch to my question is his admision that Government cann’t operate effectively alone and his encouragement for Malaysian Indians to form bigger business entities. Though the point is very vogue without any elaboration, I will certainly like to hear more from Prime Minister or even YB SK Devamany how the government can assist Indians and minorities when they formed up larger cooperation. Are they willing to allocate some business and funding similar to their support to Malay Chamber of Commerce.

Pengarah Urusan syarikat peminjam wang ditembak mati



Balakrishnan: Ahli perniagaan bukan anggota MIC Johor

ANGGOTA polis mengawal mayat Datuk M. Gunasegaran yang mati ditembak oleh lelaki tidak dikenali di lorong belakang berhampiran Jalan Genuang, Segamat hari ini. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Dis.18. Pengarah Urusan sebuah syarikat peminjam wang bergelar Datuk yang ditembak mati di Segamat awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MIC Negeri Johor.

Pengerusinya, Datuk K.S. Balakrishnan berkata, sepanjang pengetahuannya mendiang Datuk M. Gunasegaran itu tidak menganggotai MIC atau pernah menjawat apaapa jawatan di dalam parti terbabit.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau (mendiang) bukan anggota parti atau ada pegang jawatan dalam parti. Saya sendiri tidak mengenali beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Polis menemui mayat Gunasegaran yang juga pemilik sebuah kedai barangan kemas dengan beberapa kesan tembakan di tubuhnya terbaring di sebuah lorong belakang berhampiran dengan Jalan Genuang kirakira 6.15 pagi.

Ahli perniagaan berusia 49 tahun itu meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, dua daripadanya lelaki.

Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Segamat A. Nadarajah meminta pihak polis bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat di dalam kejadian pembunuhan mendiang Gunasegaran.

Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya mendiang tidak menganggotai mana-mana cawangan MIC di daerah tersebut.

Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser

Pendapat »
Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser

Menjadi fesyen masa kini muda mudi, tua muda, lelaki dan wanita dari pelbagai kaum di Malaysia ini mewarna atau mencelup rambut mereka dengan pelbagai warna perang, merah, biru walaupun rambut mereka tidak beruban. Adakah penggunaan pewarna rambut boleh menyebabkan penyakit barah atau kanser?

Menurut Dr John Bailey seorang ahli kimia dari Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA – Food and Drug Administration) menyatakan apabila seseorang itu jarang menggunakan pewarna rambut seumur hidupnya maka akan lebih kuranglah pendedahan seseorang itu kepada bahan pewarna yang boleh menyebabkan barah atau kanser?

Kepada mereka yang mewarnakan rambut fikir-fikirlah dulu.

Sebenarnya rambut dan kulit orang Asia terutamanya kulit orang Melayu ini dicemburui oleh mereka dari negara barat yang berkulit putih dan berambut perang.

Kalau mereka dari negara barat mencemburui rambut kita yang hitam ikal mayang, kulit sawo matang lembut dan licin kenapa pula kita harus berbangga untuk meniru rambut mereka yang perang, merah, kelabu dan sebagainya?

ALLAH dah jadikan rambut kita , kulit kita cantik, adakah kita masih tidak berpuas hati? Sedangkan ramai bangsa lain yang inginkan rambut dan kulit macam kita ?

Hendak ALLAH tarik balik nikmat rambut hitam dan kulit sawo matang dari orang Melayu?

Kita ketandusan pemikir, sejarawan dan sasterawan

Bolehkah kita jadi macam ilmuwan Islam satu ketika dulu? Sebelum kegemilangan Islam dlm bidang sains & matematik, ilmu-ilmu tersebut dipelopori oleh bangsa Greek.

Tapi dengan kecintaan cendekiawan Islam terhadap ilmu dan kebijaksanaan Khalifah pada zaman tu (saya lupa nama khalifah tu tapi hal ni diceritakan dalam dokumentari saluran History Astro) banjiran buku-buku dalam bahasa Greek diterjemah ke bahasa Arab oleh ilmuwan Islam yg mahu berkongsi pengetahuan mereka dengan saudara seagama. Khalifah pula menggalakkan industri buku dengan menghadiahkan ilmuwan/penterjemah emas seberat kitab yang ditulis. Zaman ni kita tak ada emas dari khalifah sebagai imbalan, dan ditambah kesan dari sikap kita yang menekankan sangat ilmu sains pada anak-anak at the expense of the arts sehingga masyarakat kita sekarang ketandusan pemikir, penulis, sejarawan, sasterawan dan sebagainya.

Andainya A. Samad Said atau Hussein Al Attas atau Khoo Kay Kim tak ada, siapa pelopor dari generasi muda yang boleh ambil alih tempat mereka? Cadangan saya ialah kita galakkan terjemahan buku, murahkan harga buku supaya kuasa pembeli meningkat, dan bina lapisan penulis. Banyakkan kembali bahan bacaan dlm BM. Kita segarkan kembali telaga ilmu BM. Yang saya nampak banjiran buku-buku Bahasa Malaysia di pasaran agak mengecewakan.

Buku-buku baru yang betul-betul menghentam akal & membuatkan kita berfikir mcm karya Hamka atau Pramoedya kini tiada. Yang ada Ahadiat Akashah & cerita-cerita cinta yg tak habis-habis dengan konflik entengnya. Di Indonesia sebulan dua selepas Harry Potter terbaru muncul di pasaran, disusuli pula dgn terjemahannya dlm Bahasa Indonesia.

Betapa rancaknya industri cetak di sana, tak macam kat Malaysia yang malap & tambah teruk lagi sikap sesetengah pihak yang asyik nak ban/haramkan buku saja.

Lepas tu tak ada insentif untuk mereka yang nak menerbit buku, atau kalau ada insentif kerajaan tak sampai pada golongan ni. Sebenarnya saya bercita-cita nak terjemah karya-karya Stephen Hawking dan Brian Greene dalam BM, tapi tak mampu nak bayar komisyen hakcipta. Nak dapatkan bantuan penerbit buku susah juga. MAEJ

MB Selangor dijadual umum tindakan susulan Ahad ini


Tanah runtuh: Majoriti penduduk dibenar pulang

KUALA LUMPUR: Majoriti daripada lebih 3,000 penduduk membabitkan lima kawasan, yang dipindahkan ekoran tanah runtuh Bukit Antarabangsa, akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ia diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor tengah hari tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ijadual mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ketika melawat tapak tragedi Ahad ini.

Penduduk kawasan terbabit:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Ketika ditemui wartawan selepas menerima laporan awal di sini sebentar tadi, Khalid berkata, penemuan awal itu adalah berdasarkan siasatan kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan itu diserahkan kepada Khalid pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Khalid berkata, beliau belum lagi meneliti keseluruhan kandungan laporan berkenaan.

Pun begitu katanya, kebanyakan daripada penghuni di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Majlis Daerah Gombak dan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meneliti laporan tersebut.

"Saya akan membuat pengumuman apabila melawat kawasan kejadian Ahad ini," katanya di Shah Alam.

Pegawau Daerah Gombak dan Presiden MPAJ akan pergi ke Bukit Antarabangsa esok untuk mengenal pasti rumah-rumah yang akan diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk diduduki.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Hasil kajian JKR dan Ikram sebelum ini mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas empat hektar itu tidak selamat untuk orang ramai.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sdiang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM

Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

FAIRUZ MENGUGUT EXCO AMK P.P , NAK PENGGAL KEPALA .............



Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin (foto kiri) menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memengal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim ( foto kiri-Malik sedang meneliti memo sambil diperhatikan Pemangku Ketua AMK-YB Ong Chee Wen ) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. ( foto bawah- Lau berlapang dada menerima kunjungan AMK)

Seorang lagi exco, Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut. Kami difahamkan dia ‘sakit perut’ lagi.

Rombongan AMK berkenaan diketuai pemangku Ketuanya YB Ong Chee Wen.

Berita pertemuan penuh mesra bagi membincangkan isu dan masalah rakyat Pulau Pinang itu telah disiarkan di laman rasmi ( AMK P.Pinang. ( http://amkpenang.wordpress.com/ ).

Sebelum itu, sebuah laman web ( kononnya laman reformasi ? ) melaporkan kononnya pertemuan itu satu konspirasi yang didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkan Fairus.

Salah seorang exco AMK menjelaskan, kedua-dua exco yang ditemui memberikan kerjasama dan respon positif.

“Mereka berlapang dada, malah mahu AMK bertindak lebih aktif mengkritik mereka di samping menyumbang idea bernas bagi kepentingan rakyat Pulau Pinang,” ujarnya.

Sementara itu, kami difahamkan sehingga petang tadi ( Rabu) Fairus masih menghubungi beberapa exco dan mengugut mereka, antaranya Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dan Bayan Baru Azrizal Tahir.

Seorang exco AMK pusat menganggap Fairus semakin melampau dan tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang waras, lebih-lebih lagi berjawatan TKM 1.

“AMK memandang serius perbuatan Fairus dan tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadapnya selepas ini,” katanya.

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

Nasihat Buat MB Terengganu

Nasihat Buat MB Terengganu

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Belas Hati Dengan Nasib Dialami MB Terengganu

DALAM siaran berita TV3 sekejap tadi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said terkial-kial menjelaskan berhubung laporan tv berkenaan yang didakwanya tidak betul dan bertujuan menjatuhkan imejnya.

Ahmad menafikan laporan TV3 semalam yang didakwanya tidak benar berhubung penutupan beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Melihat visual di tv tadi semacam Ahmad Said menjelaskan itu ketika berada dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu!

Menurut MB itu, TV3 memang berniat buruk kepadanya. Katanya sudah lama tv itu tidak ‘kenan’ (tidak sukakannya) dan membuat laporan buruk mengenai dirinya.

Katanya semasa isu perlantikan MB Terengganu selepas pilihanya raya lalu, tv itu telah menyiarkan berita mengatakan Adun Kijai disiasat oleh BPR. Laporan itu dakwanya jelas untuk memburukkan namanya.

Kata Ahmad juga beliau tahu siapa yang mengirimkan berita tersebut kepada tv itu supaya menyiarkan berita itu. “Saya masih simpan sms yang dihantar pukul 12 tengah hari,” jelasnya sungguh kesal.

Sebenarnya apa yang dirasai oleh Ahmad itu sudah lama dirasai oleh pihak pembangkang. Bagaimana berita beliau diputarbelitkan dengan tujuan tertentu begitu jugalah dengan berita di pihak pembangkang yang sering diputarbelitkan.

Untuk pengetahuan Ahmad, baik TV3 , RTM1,2,3, dan beberapa lagi serta media arus perdana biasanya akan menjadi gila dengan tiba-tiba bila menjelang pilihan raya. Mereka akan jadi tidak siuman dan tidak rasional dengan melapor dan memanipulasikan berita dengan tujuan memburuk pihak tertentu biasanya di pihak pembangkang.

Saat ini tv dan media tidak akan peduli lagi kepada kod etika dan juga profesionalisme dan kebebasan bersuara.

Apa yang diutamakan dan dipastikan agar pihak atau individu yang disokongnya menang dan berpuas hati dengan laporan itu. Soal benar atau tidak, tidak perlu dipedulikan lagi.

Kalau MB itu tidak percaya perhatikan apa yang akan berlaku menjelang pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak lama lagi. Bermacam-macam berita pelik, ganjil dan tidak masuk akal mengenai pembangkang akan dilapor dan disiarkan. Paling menarik dan tidak akan pernah dilupakan berita mengenai ribuan penyokong atau ahli pembangkang akan mengistyharkan diri menyertai Umno.

Tetapi Ahmad Said tidak perlu risau dan dukacita dengan apa yang dilakukan media eletronik negara Malaysia itu. Sebab rakyat sudah tahu dan sedar mengenai kredibiliti dan intergriti mereka. Rakyat sudah tahu agenda dan matlamat mereka. Mereka adalah alat kepada satu pihak. Apa yang dinamakan maruah dan intergriti sudah tidak ada lagi buat mereka.

Misalnya di Trengganu itu apa yang menimpa ke atas Ahmad itu sudah diketahui rakyat umumnya. Ahmad tidak mendapat layanan wajar dari media kerana beliau tidak merupakan calon MB yang dipersetujui oleh parti atau bukan calon dari Perdana Menteri. Ahmad adalah calon MB dari pihak istana.

Sebagai alat dan propaganda kerajaan tv berkenaan akan berpihak kepada calon MB yang disukai oleh tuan-tuannya saja. Ini biasa dan bukan satu yang anih di negara ini.

Hal begini sudah biasa sebenarnya. Makanya Ahamd Said tidak payah risau, sedih dan sebak dengan keadaan itu. Apa yang penting lakukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Allah tahu apa yang baik dan ia tidak payah pun diheboh-hebohkan. Lagipun Ahmad Said adalah MB Terengganu bukannya MB Umno!

Apa yang mengkagumkan saya tatkala mendengar ulasan Ahmad di DUN Terengganu seperti mana yang disedut oleh TV3 sekejap tadi apabila beliau tekad, tidak rela dan tidak reda penyelewengan berlaku di Terengganu.

Tegasnya beliau tidak akan peduli kepada pennghinaan ke atasnya dan akan bertindak mendedahkannya tanpa mengira siapa. Mudah-mduahan Ahmad akan mengotai kata-katanya. Biarlah Ahmad tidak popular dari kalangan media tetapi asalnya beliau disukai dan disenangi oleh rakyat Terengganu seluruhnya.

Kalau Pak Lah Dibaling Kasut


Sekiranya kerajaan bertukar tangan, teringin rasanya untuk memaksa kerajaan baru meletakkan si Botak ni di dalam ISA. Biar dia rasa bagaimana kejamnya undang undang yang dia banggakan itu. Dasar UMNO gila kuasa - Umnomore

Sekiranya kerajaan bertukar tangan, teringin rasanya untuk memaksa kerajaan baru meletakkan si Botak ni di dalam ISA. Biar dia rasa bagaimana kejamnya undang undang yang dia banggakan itu. Dasar UMNO gila kuasa - Umnomore

Kalau Pak Lah Dibaling Kasut… Confirm ISA

Sudah tentu pembaling itu akan ditahan dibawah ISA.Kerana ia menganggu ketenteraman awam.Berapa tahun tak tahu, kerana bergantung kepada keadaan pembaling itu sendiri.Takut-takut dia keluar ISA nanti dia baling kasut pada Menteri-Menteri lain pula.

Sementara itu hamid berkata ISA hanya digunakan apabila tiada pilihan bagi mengelakkan perkara yang boleh memecahbelahkan keharmonian negara.Tambahnya lagi “Lebih tepat, lebih cepat dan lebih sempurna untuk menggunakan Akta ISA… penahanan di bawah akta itu adalah tindakan awal elak keselamatan rakyat di negara ini (terjejas),”Bernama

Ulasan umnomore

Kenyataan Hamid Albar lebih menyakitkan hati dari di tipu oleh British ketika zaman penjajah dulu. Kalau penjajah berkata sebegitu, kita tidak hairan. Yang peliknya orang kita sendiri memuji muji undang undang zaman batu hanya untuk kekal berkuasa.

Keratan bernama

“Lebih tepat, lebih cepat dan lebih sempurna untuk menggunakan Akta ISA… penahanan di bawah akta itu adalah tindakan awal elak keselamatan rakyat di negara ini (terjejas),” katanya.

Sekiranya kerajaan bertukar tangan, teringin rasanya untuk memaksa kerajaan baru meletakkan si Botak ni di dalam ISA. Biar dia rasa bagaimana kejamnya undang undang yang dia banggakan itu. Dasar UMNO gila kuasa.

Nama Khalid Nordin Dan MB Johor Dikaitkan Sama Dalam Laporan Polis


Saya mewakili penduduk kampung memohon agar Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci serta mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat tertentu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penganiyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.

Saya mewakili penduduk kampung memohon agar Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci serta mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat tertentu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penganiyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.

LAPORAN POLIS PENDUDUK KG BARU PLENTONG TENGAH

Saya mewakili penduduk kampung memohon agar Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk melakukan siasatan terperinci serta mendakwa beberapa individu serta syarikat-syarikat tertentu yang melakukan penipuan, penyelewengan, penindasan dan penganiyaan secara jelas, terang dan nyata terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Plentong Tengah. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat serta lampiraan-lampiran untuk makluman dan tindakan Pihak Polis dan Badan Pencegah Rasuah agar siasatan dan pendakwaan dapat dilakukan seterusnya…

1. Wujudnya Penyelewengan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat tanah/pejabat daerah mengurniakan tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali swbagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada pihak swasta iaitu MOSBERT BERHAD pada tarikh 11/9/1968 sedangkan permohonan oleh penduduk telah dilakukan lebih awal. Seperti di lampiran 1.

2. Menyiasat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tiram ( pada keteika itu ) Dato Ali Bin Hassan dengan bersubahat memeprekenalkan Peguam En Haddie Darris and Co untuk menipu danmenyeleweng wang tabungan penduduk berjumlah RM 471,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu, Tiga Ratus Tujuh dan Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru Plentong Tengah.Seperti di lampiran 2.

3. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam En Haddie Darris daripada Haddie Darris and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 417,307.93 ( RM Empat Ratus Tujuh Belas Ribu Tiga Ratus Tujuh dan Sen Sembilan Puluh Tiga Sahaja ) milik 115 ( Seratus Lima Belas ) penduduk Kampong Baru, Plentong Tengah.Seperti di lampiran 3.

4. Menyiasat dan mendakwa terhadap Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kawasan Tiram ( pada ketika itu ) Dato Ali Bin Hassan secara bersubahat mengarahkan 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru, Plentong Tengah menyerahkan kepada Syarikat OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD untuk trangsaksi awal pemilikan tanah. Seperti di lampiran 4.

5. Menyiasat dan mendakwa terhadap Peguam J. Singh and Co kerana melakukan penipuan dan penyelewengan wang berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) penduduk Kg Baru Plentong Tengah dalan transaksi penjualan tanah oleh pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD. Seperti di lampiran 5.

6. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Ayub B. Kasdi ( I/C No : 560608-01-6277 ) beralamat No. 7, Jalan Besar, Kampong Baru, Plentong Tengah, Johor Bahru secara bersubahat bertindak bagi pihak dan mewakili OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD seperti yang tercatit pada surat Rujukan : F. Lot 83/94 bertarikh 25.10.94 Seperti di lampiran 6.

7. Menyiasat dan mendakwa terhadap OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD kerana dalam keadaan sedar menjual tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru kepada BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD walaupun pihak OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD dalam proses transaksi penjualan dan telahpun mengutip deposit berjumlah RM 820,000.00 ( RM Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja ) milik 236 ( Dua ratus Tiga Puluh Enam ) pendudukKampong Baru Plentong Tengah.

8. Menyiasat dan mendakwa terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD dalam keadaan sedar membeli tanah Lot 83, Grant 72, mukim Plentong yang juga dikenali sebagai H.S. ( D ) 151079 hingga H.S. ( D ) 151601, dalam Daerah Johor Bahru daripada OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD tanpa menyiasat kedudukan sebenar status hak milik tanah tersebut serta transaksi-transaksi yang berlaku diantara penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah dengan OAKFIELD ENTERPRISES SDN BHD.

9. Menyiasat dan mendakwa terhadap En Hasmoni Bin Salim yang merupakan seorang bekas Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat secara langsung dalam BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD sebagai salah seorang lembaga Pengarah Seperti Lampiran.

10. Menyiasat dan mendakwa terhadap Encik Mohd Shahari Bin Mohd Sham selaku Ketua UMNO Cawangan Kampong Baru Plentong Tengah yyang bersubahat dan berniat jahat terhadap penduduk-penduduk-penduduk kampong Baru Plentong Tengah dengan menarik balik Affidavit tanpa persetujuan seluruh penduduk Kampung Baru plentong Tengah terhadap BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD yang sepatutnya didengar di Mahkamah TinggiJohor Bahru pada 29 Oktober 2009.

11. Menyiasat dan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato Seri Mohamad Khaled Nordin yang secara sedar tidak membantu untuk mengatasi kemelut yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Pelentong Tengah malah dengan secara sedar membuat janji-janji palsu ketika kempen Pilihanraya ke 12 dalam isu penempatan semula penduduk dari kampong Baru Plentong tengah ke Kampong Bukit dagang, Ulu Tiram. Ini menguatkan lagi wujudnya kepentingan beliau dalam pembangunan semula tanah Kampong Baru Pelentong Tengah tersebut.

12. Menyiasat dan mendakwa YAB Dato Hj Abdul Ghani Bin Othman selaku Menteri Besar Johor yang gagal menyiapkan infra struktur kemudahan asas seperti Jalan Raya, Pembekalan Letrik dan Pembekalan Air Bersih di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram seperti yang telah dijanjikan.

13. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong BukitDagang, Ulu Tiram. Pecahan Lot yang dikurniakan adalah berjumlah 202 Lot manakala penama yang diperuntukkan Cuma 123 orang. Manakala selebihnya sebanyak 79 penama tidak di umumkan.

14. Wujudnya penyelewengan dalam pembahagian Lot-Lot tanah di kawasan penempatan semula Kampong Bukit Dagang, Ulu Tiram kerana sebahagian penduduk asal Kampong Baru Pelentong Tengah tidak diperuntukkan tanah tersebut tanpa alasan yang munasabah.

Nama Pengadu : HASSAN BIN WAN ISMAIL
Balai Polis Johor Bahru Central
Johor Jaya..

ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah. KEBESARAN ZULHIJRAH.

ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.

Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.


Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36)

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w.

Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.

Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w juga tidak ketinggalan menyatakan beberapa amalan yang sangat dianjurkan pada bulan ini, antaranya:

· Menunaikan ibadat haji dan umrah sebaik-baik amalan.

· Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada hari Arafah. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat Muslim)

· Bertakbir (Allahu Akbar) dan membasahkan lidah dengan pelbagai zikir pada sepuluh hari Zulhijjah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum.” (al-Hajj: 28)