ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 22, 2009

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR "LUPA DIRI"....

KHIR TOYO SURUH TAN SRI KHALID LETAK JAWATAN

Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya. Dipetik dari Berita Hairan Online...

Garangnya Khir Toyo... Lupa agaknya KONTROVERSI masa beliau menjawat Menteri Besar Selagor dahulu sebelum diturunkan takhta oleh rakyat pada PRU-12 lalu.

Teguran dari kawan Khir Toyo "Wak, riko wes kelalen agak e mbiyen skandal rasuah mu lagi hebat. Iki baru lembu wae, mbiyen riko dituduh jutaan ringgit kenopo kue rak ngosong ke jawatan Menteri Besar ketiko kue di tuduh... Agak e eneng kuoso seng lindungi kue sebab kui kue wani dan terus jegong nak kerusi MB Selangor sampek kue diturnkan oleh rakyat.... Sudah la wak... "

Terjemahan : Wak, kau dah lupa agaknya, dulu skandal rasuah kau lagi hebat. Ini baru lembu, dulu kau dituduh jutaan ringgit kenapa kau tak kosongkan jawatan Menteri Besar semasa kau di tuduh. Agaknya kau dilindungi oleh satu kuasa sebab tu kau berani untuk terus duduk kerusi MB Selangor sampai kau diturunkan oleh rakyat...

22 January 2009

BUSH sudah blah....

Bush rancang masa depan


BUSH merenung tingkap helikopter ketika berlepas meninggalkan Washington kelmarin.

Kedah lanee

Sebagai peringatan kita semua

UCAPAN OBAMA UNTUK MENTERI DALAM NEGERI.

Gambar diatas dilukis oleh seorang tahanan ISA, Suhaimi Mokhtar yang masuk tahun ke 8 di tahan tanpa bicara di Kem kamunting.Suhaimi ditahan dari Disember 2001 hingga kini....... Semua kisah dalam teater "BILIK SULIT" ini adalah pengalaman peribadi Hishamuddin Rais@tukar tiub ketika ditahan dibawah ISA selama 2 tahun (2001- 2003)di Kem Kamunting.

Ini adalah gambar tahanan di Guantanamo Bay, yang dikritik oleh Obama dan bakal ditutup tidak lama lagi.

Dibawah ini ialah ucapan Obama dimajlis peristiharan beliau sebagai Presiden US ke 44.


Kepada mereka yang ingin terus berkuasa melalui rasuah dan penipuan dan menutup ruang demokrasi untuk rakyat bersuara, sedarlah bahawa kamu bukan bersama sejarah, tetapi kami akan menghulurkan tangan jika kamu bersedia membuka gengaman kuku besi kamu.

SIAPA YANG BERHAK ? SELANGOR ATAU ??????


MENIDAKKAN HAK, 46 EKOR UNTUK 23 BAHAGIAN DISELANGOR


Tahniah pada GERAK MALAYSIA, kerana isu ini telah lama rakyat Selangor bercerita dikedai-kedai kopi mewah “Lembu 46 Ekor terlepas ke Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Sepatutnya lembu-lembu itu berada didalam negeri Selangor.

Beliau tidak perlu membantu Wilayah Persekutuan, kerana peruntukan kerajaan pusat mampu melakukan apa saja yang perlu untuk kepentingan rakyat.

Rakyat Selangor tidak pertikai sekiranya lembu-lembu berlebihan dalam Selangor dan menyeberang keWilayah Persekutuan. Apa yang berlaku di kawasan MP Selangor, seperti di Kuala Langat ada MP berjanji nak beri lembu untuk korban di salah sebuah masjid, tetapi janji tinggal janji. Ada juga yang berlaku di satu kawasan masjid sehingga memohon bantuan sumbangan korban pada ahli majlis yang bukan Islam, untuk menumbangkan seekor kambing, sebanyak RM1200. tetapi apa yang berlaku, dilihat olih ahli majlis itu dinilainya harga kambing itu terlalu mahal.

Apabila berlaku perkara seperti ini patutlah MB bertanggung jawab. Kerana bawah tanggungjawab ketua kerajaan. Apa gunanya dihantar ke Bandar Tun Razak. Sebab beliau MP Bandar Tun Razak? Samalah seperti Rasuah. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, kalau tidak diarah, mereka tidak berani melaksanakan kerja itu.

Jika benar kata MB tidak beri arahan, sepatutnya beliau yang cerdik, pintar serta tidak ada agenda berkepentingan, tentulah menasihati dan mengarah semua lembu-lembu itu dibahagi-bahagikan diseluruh Selangor dahulu. Beliau tidak bolih menafikan dengan kata “KONONNYA”. Istilah itu tidak sesuai untuk seorang pemimpin Negeri.

Besar kemungkinan GERAK MALAYSIA akan turun padang meninjau dan berjumpa orang kampong diseluruh Selangor memohon pendapat komen mereka.

Sebelum ini Anak Merdeka K.Lgt banyak menerima rungutan perkara ini dan perbagai lagi.

Dalam umno ada pemimpin dikatakan perosak parti, jangan pula pemimpin Pakatan Rakyat terlibat.


Gambar-Gambar Mayat OKT Mati Dalam Tahanan PDRM

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati,"

Jadi aku cuba dapatkan gambar mayat mangsa... macam biasa dalam laporan polis mengatakan bahawa mangsa ada mengidap "asma"... tengok gambar...












Lepas tengok semua gambar-gambar ni, baru aku tau... ooo... macam ni rupanya kalau mati sebab "asma"... rupanya kalau mati sebab "asma" kaki luka ngan lebam, belakang badan lebam + birat-birat + luka-luka... pergelangan tangan lak luka gak mungkin sebab tekanan masa penyakit "asma" tu datang...

Ooo... ni baru aku tau... korang rasa macam mana? agak-agak sesuai tak kalau Malaysia laksanakan hukum hudud? kalau dah laksanakan hukum hudud nanti agak-agak korang ada lagi tak OKT yang akan mati dalam tahanan sebab "asma"???

PDRM ngan Polis Yahudi aku agak sama spisis... yang tak sama spisis ada la dalam 20%... (Polis Baik)...

PRK MENUJU KE AL-AQSA


Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Allahu akbar waliLlahil hamd. PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu pada hari ini 17 Januari 2009 dengan majoriti agak selesa.

Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.

” Perangilah mereka habis - habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan - tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” - at Taubah: 14-15.

( Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )

Segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.

Ya, UMNO tetap harimau liar yang tercedera.

Tahniah untuk semua pejuang PAS yang telah berjuang behabisan dan bermatian di sana. Di hadapan kamulah diriku terasa kerdil.

Tahniah untuk semua penyokong PAS yang telah turut menyumbang demi kemenangan Islam di Malaysia. PAS menambah kerusi di Parlimen dengan merampas kerusi UMNO.

Tahniah untuk seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS. Undi anda besar tandingannya di hadapan Allah nanti, insya Allah. Itulah saksi berani anda menolak jahiliyah dan menerima Islam.

Saya yakin, doa kita untuk Kuala Terengganu sentiasa beriringan doa kita untuk Palestin. Itulah lunaknya mengecapi kemenangan ini.

Ayuh berhimpun di Kota Bharu 23 Januari (esok). Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa akan berusaha mengumpulkan RM10 ribu untuk Palestin. Untuk kamu wahai saudaraku pejuang HAMAS..

Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..

Bersama titipkan tahniah anda untuk kemenangan di Kuala Terengganu.

GERAK MALAYSIA JANGAN TERLEPAS PANDANG, PERLU keSPRM


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mempertikaikan pembaziran kerajaan BN Terengganu yang memperuntukan RM1 juta kepada syarikat bas untuk membeli bas baru.

Ujarnya, dana tersebut lebih bersifat pembaziran sedangkan sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14 juta kepada Cas Ligas Sdn Bhd bagi tujuan pengangkutan awam.

Sementara RM11.3 juta telah diperuntukkan untuk 28 buah bas bandar di kawasan Kuala Terengganu, katanya.

Namun dengan peruntukan tersebut dilihat tidak mendatangkan kesan besar kepada rakyat apabila hanya tiga buah bas sahaja mampu beroperasi untuk kemudahan di bandar raya ini.

Diharap GERAK Anti Korapsi jangan terlepas pandang isu seperti gambar diatas yang dibangkitkan olih MP K.Terangganu baru-baru ini.

AKTA KESAKAHAN PILIHANRAYA PERLU DIPINDA- NIEI

RM1b rasuah pilihanraya PRK P036

KERAJAAN perlu meminda perlembagaan SPRM dan Akta Kesalahan Pilihanraya serta menghentikan amalan rasuah pilihanraya yang menelan belanja berbilion ringgit bagi tujuan memancing pengundi dalam setiap pilihanraya.

Seketariet Institut Kebangsaan Integriti untuk pilihanraya (NIEI) , Amin Iskandar berkata penolakan rakyat terhadap BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu membuktikan amalan rasuah pilihanraya yang disebut sebagai politik pembangunan oleh media perdana itu sudah tidak releven lagi dengan kematangan rakyat hari ini.

“Rasuah pilihanraya ini akan menjurus kepada berleluasanya amalan-amalan salah guna kuasa dan pembaziran wang rakyat secara membabi buta.

LAPORAN PENUH PRK P036, KUALA TERENGGANU OLEH NIEI BOLEH DILIHAT DISINI

“Sebab itu kita perlu meminda banyak perkara dalam Akta Kesalahan Pilihanraya supaya janji kosong, penipuan dan pemborosan dilakukan ketika kempen berlangsong,” kata Amin.

Menurut Amin, negara luar seperti Taiwan telah menguatkuasakan peraturan kempen pilihanraya yang menghalang sebarang rasuah pilihanraya.

“Di Taiwan semua parti politik amat menghormati suruhanjaya pilihanraya mereka kerana suruhanjaya tersebut berkuasa membatalkan mana-mana calon atau parti yang didapati terlibat dengan rasuah politik atau rasuah pilihanraya,

“Tindakan sebegini bukan saja dapat menyelamatkan wang rakyat dari dibazirkan tetapi lebih memberi keadilan kepada semua parti-parti politik yang bertanding” ujar Amin

“Hal ini berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita dimana parti kerajaan membelanjakan berjuta dan berbillion ringgit wang rakyat untuk kempen calon mereka, disamping itu pelbagai janji kosong dan sogokan wang dibeuat secara berleluasa,

“Tapi malangnya SPR dan Akta Kesalahan Pilihanraya kita tidak berfungsi dan gagal mengutkuasakannya walaupun pelbagai aduan dibuat disebabkan suruhanjaya dan akta ini berada dibawah kuasa kerajaan memerintah dan Jabatan Perdana Menteri,” tambah beliau.

Beliau yang baru pulang dari Bangladesh ketika mewakili NIEI sebagai pemerhati pilihanraya berkata banyak negara dunia ketiga sudah meletakkan badan pengurus pilihanraya masing-masing dibawah kuasa parlimen bagi mengelak penyelewengan wang rakyat digunakan sebagai rasuah pilihanraya oleh kerajaan.

“Di Bangladesh semua parti-parti politik diharamkan menggunakan poster yang berwarna dan hanya dibenarkan poster hitam putih. Ini bertujuan supaya parti-parti tidak membazirkan wang disamping membolehkan semua parti bertanding menyertai pilihanraya secara adil, “kata Amin.

Pada 19 Januari lalu, NIEI telah mengeluarkan laporan berhubung senarai amalan rasuah pilihanraya bernilai RM1 b ketika berlangsungnya pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.

Laporan tersebut turut menyenaraikan sogokan dan janji kosong oleh BN terhadap pengundi yang membabitkan amalan rasuah pilihanraya, penyelahgunaan jentera kerajaan dan kehadiran terlalu ramai anggota polis