ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 17, 2008

Ibrahim Ali bantah keanggotaan Majlis Peguam dalam SPRM


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyatakan beliau tidak bersetuju sekiranya keanggotaan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah di kalangan wakil Badan Peguam dan Majlis Peguam Malaysia.

Beliau merujuk kepada Fasal 5 (1) yang memperuntukkan empat orang terkemuka yang bukan merupakan anggota eksekutif atau perkhidmtan awam boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun Majlis Peguam bertanggungjawab dalam soal undang-undang negara tetapi kadangkala, tindak-tanduk mereka dilihat mencampuri urusan politik.

Ibrahim berkata, forum 'Memeluk Islam' contohnya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah menyentuh perasaan banyak pihak.

"Mereka boleh mengemukakan cadangan dengan cara yang lebih profesional. Sebab itu saya berasa berbelah bagi untuk memberi sokongan terhadap undang-undang ini. Macam mana hendak tentukan bahawa mereka tidak bising lagi. "Oleh kerana sifat politik itu ada, saya bimbang juga nanti, kerahsiaan soal calon yang bakal menjadi hakim, maka nama ini akan dihebah keluar dalam lama web. Siapa yang boleh jamin ia tidak akan berlaku," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Majlis Peguam suka mengkritik, adalah lebih baik mereka berada di luar Suruhanjaya seperti beberapa NGO lain yang begitu ekstrem dalam memberikan pandangan.

Ibrahim turut mencadangkan supaya diwujudkan kuota dalam Majlis Peguam yang melambangkan kepelbagaian kaum bagi memperjuangkan hak sama rata kerana pada masa ini, ia dilihat dikuasai oleh satu kaum sahaja.

"Ramai ahli Majlis Peguam yang pelbagai kaum tetapi kaum saya tidak begitu aktif dalam majlis ini dan saya lihat dikuasai oleh kaum lain yang besar (keanggotannya) yang tidak menggambarkan semua kaum," katanya.

Terdahulu, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim 2008 dibacakan buat kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata, rang undang-undang ini adalah langkah pertama kerajaan kepada cara pemilihan hakim-hakim mahkamah atasan, di bawah rangka yang diberika n Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam menyediakan rang undang-undang ini, kerajaan telah berusaha untuk menstruktur Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang berupaya untuk bekerja dengan bebas di bawah peraturannya sendiri, yang harus melaporkan aktiviti serta keputusannya kepada kerajaan dan Parlimen, yang perlu memilih calon-calon hakim berdasarkan kriteria yang telus lagi menyeluruh dan yang perlu sama-sama mendukung prinsip kebebasan kehakiman," katanya.

DSAI dakwa usul PM hapus rasuah tiada sokongan bawahan


DSAI dakwa usul PM hapus rasuah tiada sokongan bawahan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usul Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menghapuskan gejala rasuah tidak mendapat sokongan pemimpin bawahannya.

Menurut Ketua Pembangkang itu, hanya Abdullah yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menubuhkan Suruhajaya Perlantikan Kehakiman sedangkan rakan-rakan seangkatannya dalam Barisan Nasional (BN) masih dalam situasi penafian.

"Saya menghargai inisiatif Perdana Menteri untuk membawa perubahan dengan penubuhan suruhanjaya ini tapi saya tidak dapat kesan satu dokongan dari pimpinan pentadbiran sama seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)...hanya sekadarnya sahaja.

"Saya tidak dapat pertikaikan kerana saya tidak dapat bayangkan dalam pimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang, ada keinginan nak buat perubahan...yang lain itu kelu membisu...masih dalam state of denial," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Pelantikan Kehakiman 2008 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu perubahan dalam sistem kehakiman ini telah dibicarakan sejak tahun 80-an lagi termasuk mengenai kes-kes tertunggak dan perjalanan mahkamah yang melibatkan kos yang tinggi tetapi penyelesaian isu-isu sedemikian katanya, tidak diperuntukkan di bawah rang-rang undang-undang tersebut.

Beliau turut mencadangkan ahli-ahli Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, sama seperti ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Mengapa tidak ada diberi satu taraf seperti SPR. SPR yang dilantik oleh Agong pun ada masalah, inikan pula atas budi bicara Perdana Menteri dengan beberapa jawatankuasa.

"Jarang suruhanjaya dalam negara kita ni, perlantikannya melibatkan Perdana Menteri dan diangkat supaya dirujuk untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.

"Kalau isunya adalah keperluan pindaan Perlembagaan, kita telah beri jaminan dan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah beri pengakuan. Kalau Perdana Menteri berhasrat untuk meminda, kita akan berikan sokongan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa keraguan jika pimpinan pada masa hadapan boleh meneruskan ikrar untuk melakukan perubahan seperti yang dilakukan Abdullah.

"Perdana Menteri sekarang ada ikrar yang jelas. Kita boleh tahu apa yang akan berlaku. Sebab itu kita tidak boleh terikat kepada budi bicara seorang, beliau harus terikat dengan peraturan dan undang-undang.

I.S.A


I.S.A. – Ikut Suka Aku, Ini Seksaan Aku

Rakus, kau perkosakan jiwa rakyat
Kau rampas anugerah kurnian ilahi
Apakah ertinya kebebasan dibawah belenggu kau
Apakah ertinya kemerdekaan dibawah pengaruh kau
Fitnah, kau lontarkan tohmahan kau
Kau palitkan arang ke muka ku
Apakah ertinya maruah dibawah fahaman kau
Apakah ertinya hak dibawah telunjuk kau
Zalim, kau seksa jiwa rakyat
Deraan ku menjadi hilai tawa kau
Kebebasan ku menjadi percaturan politik kau
Kemanusianku menjadi mainan kau
Kesejahteraaan negara kau kata
Keselamatan negara kau kata

I.S.A - Ikut Suka Aku, kau kata

I.S.A - Ini Seksaan Aku. kau kata
Akan kami leraikan jasad kau
Akan kami leburkan jiwa kau
Akan kami lenyapkan nama kau
Akan kami kuburkan kamu … I.S.A.
Bangsat! Korup! Zalim!


Inilah … seranah rakyat terhadap kau


>??????????????????????????=

Sumpah mubahalah elak rasuah 'tidak kena pada tempat' - Mufti


Cadangan mewujudkan sumpah mubahalah untuk diikrar oleh kakitangan kerajaan bagi mengelakkan gejala rasuah merupakan sesuatu yang tidak wajar dilaksanakan.

Malah tindakan mewajibkan setiap kakitangan kerajaan melakukan sumpah mubahalah dianggap janggal mengikut lunas agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata cadangan sedemikian dilihat seperti 'tidak kena pada tempatnya' kerana penggunaan sumpah mubahalah untuk tujuan membanteras rasuah jelas berbeza dengan pengertian dan penggunaannya.

"Adakah semua perkara kita perlu bersumpah? Kalau begitu bagaimana pula dengan kakitangan bukan Islam, sumpah apa pula mereka nak pakai (guna)?," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau sumpah mubahalah digunakan apabila adanya pertuduhan iaitu sama ada orang yang menuduh atau yang yang dituduh ingin membuktikan kebenaran.

"Senang cerita sumpah mubahalah ini digunakan apabila masing-masing cuba menegakkan benang basah, tapi dalam kes nak banteras rasuah seperti ini apa pula pertuduhannya?," katanya.

Isu ini timbul dalam persidangan Dewan Rakyat kelmarin apabila Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya diwujudkan sumpah mubahalah bagi mengelakkan pegawai atau kakitangan kerajaan terjebak dengan rasuah.

Katanya sumpah sedemikian perlu diwujudkan selain sumpah menyimpan rahsia seperti yang sedang diamalkan pada masa ini.

Tambah Mohd Tamyes cukup sekadar ikrar akujanji yang dibuat oleh kakitangan kerajaan sekarang ini iaitu pengakuan untuk menyimpan maklumat sulit.

"Tak perlu nak libatkan sumpah, kalau nak banteras rasuah melalui cara ini juga cukuplah sekadar ikrar akujanji bahawa seseorang kakitangan itu akan menyimpan maklumat rahsia jabatannya dan juga tidak akan mengamalkan rasuah," katanya.

Jelas beliau lagi seseorang pekerja itu seharusnya sudah mengetahui bahawa amalan rasuah itu adalah sesuatu yang haram dari hukum Islam malah turut dibenci dalam agama lain.

PENGUMUMAN; SMART ditutup pada jam 11 malam ini.

Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) akan ditutup mulai 11 malam ini (Rabu) sehingga 6 pagi esok (Khamis).

Penutupan itu bagi membolehkan ujian sistem terowong lebuh raya berkala dilaksanakan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di
1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan berkenaan penutupan tersebut.

PAS, UMNO SAMA KUAT JIKA MUSTAFA ALI lawan WAN FARID...

Quot dari blog MSO dari artikel bertajuk Spekulasi Calon -

  • Justeru itu Umno kena letakkan calon yang dikira mempunyai peratus kemenangan tinggi. Dalam hal ini Wan Farid memiliki kelebihan itu berbanding dengan Nordiana Shefei atau seorang lagi nama iaitu timbalannya, Sabri Alwi ataupun ketua Peneranganya, Zumber Embong.
  • Pada hemat saya sekiranya BN tidak memilih Wan Farid parti itu kemungkinan besar tidak mudah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Selain Wan Farid adalah Timbalan Menteri beliau juga ada beberapa keistimewaan lain yang tidak ada kepada lain-lain calon.

Dan yang ni pulak -

  • Berbalik kepada Pas pula semakin hampir dengan pengumuman calon, nama Naib Presiden Pas Mohamad Sabu makin terpinggir. Seperti dikatakan sebelum ini petunjuk dari blog tidak menggambarkan petunjuk dari Kuala Terengganu dan dipedulikan oleh Pas Terengganu. Masalah orang luar orang dalam terus menjadi isu dan mengenepikan nama Mohamad Sabu.
  • Dalam pemerhatian saya Mustafa Ali masih mempunyai kelebihan kerana kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu. Dari risikan beliau tidak ada menghadapi apa-apa masalah di Kuala Terengganu kecuali dengan seorang individu yang sedang mencari populariti dan menatahkan diri untuk menjadi pemimpin di situ. Setakat ini tidak ada apa-apa protes daripada mana-mana pihak Pas Kuala Terengganu.
  • Semua Dewan Pemuda, Ulama, Muslimat tidak kedengaran menimbulkan apa-apa isu di sekitar diri Mustafa. Walaupun Mustafa tidak popular di luar Terengganu ekoran beberapa tindak tanduk dan kenyataan politiknya yang songsang dalam beberapa perkara, namun tokoh veteran itu masih dihormati di Terengganu. Suasana ini cukup baik kerana selalunya dalam pilihan raya kecil tumpuan kepada isu setempat menjadi utama.

Maknanya MSO bersetuju jika Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

Hmm... betul ke analisa tu? Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

PAS Terengganu jangan silap buat percaturan buat kali ke-3...

Silap percaturan PAS Terengganu yang pertama ialah pada PRU-11. PAS Terengganu ingat dapat pertahankan Terengganu dengan adanya serba makneka isu-isu panas yang dilihat "menyebelahi" PAS Terengganu. jadi teguran-teguran dari "luar Terengganu" tidak diambil kira sebab PAS Terenganu "selesa"... akibatnya? PAS Terengganu "berjaya" mengembaikan Terengganu kepada UMNO/BN - tahniah

Silap percaturan PAS Terengganu yang kedua ialah pada PRU-12 tempohari. dengan adanya isu-isu terkini dan ditambah pula dengan kebangkitan sokongan kepada Pakatan Rakyat, PAS Terengganu sekali lagi mencipta sejarah tersendiri bilamana parti-parti gabungan Pakatan Rakyat di 5 negeri masing-masing menikmati kemenangan mudah, PAS Terengganu pula memberi kemenangan mudah kepada UMNO/BN dan hampir-hampir berjaya di TKO (bukan Tranungkite Online) kan oleh UMNO/BN pimpinan Deris Natang.

Kesilapan kedua juga berlaku kerana "salah percaturan". PAS Terengganu jarang bersama dengan PAS "luar Terengganu" dalam menyusun strategi atau membuat percaturan dalam apa-apa perkara dalam negeri Terengganu. seolah hanya PAS Terengganu je yang betul.

PAS Terengganu membina tembok yang memisahkan diri mereka dari PAS luar Terengganu dan semua suara-suara dari luar Terengganu "dok ppaka" bagi mereka.

Berbohong ke aku bila aku buat kenyataan tu?

Buktinya lihat berapa banyak teguran dari para penyokong PAS dibuat terhadap PAS Terengganu lepas PRU-12 tempohari dan berapa banyak teguran yang diambik perhatian?

Aku rasa dari 20 teguran yang penyokong-penyokong PAS beri pada PAS Terengganu, cuma 1 je yang PAS Terengganu terima. teguran yang lain hampas... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bila orang bagi fakta sebab-sebab kekalahan PAS Terengganu, PAS Terengganu sanggah, dikata PAS Terengganu kalah sebab "undi hantu"... ikut suka hangpa... tapi cuba hangpa (PAS Terengganu) fikir balik... antara Kelantan dengan Terengganu, dekat mana dikatakan paling ramai pengundi hantu dihantar?

Aku cakap pengundi hantu paling ramai dihantar ke Kelantan.

Tapi di Kelantan yang jumlah pengundi hantunya paling ramai dihantar, berapa banyak BAS pengundi hantu ditahan dek PAS Kelantan berbanding di Terengganu? hangpa pikiaq dekat situ... dekat Kelantan aku rasa tak de dengar pun penyokong-penyokong PAS dok tahan bas.semua depa lepas... nak masuk, masuk... nak mengundi, pergi.

Semuanya dah ikhtiar buat sembahyang hajat mintak bantuan Allah s.w.t dan akhirnya tanpa perlu tahan-tahan bas, PAS Kelantan menang bergaya... kerusi betambah... UMNO/BN lingkup terus. Awang Adek tersungkur sebelum Maghrib.

Berbeza pulak di Terengganu... tahan bas pengundi hantu sampai nak berperang, kalau tak silap aku, PAS Terengganu tahan bas hantu dekat 10 bijik dan akhirnya PAS Terengganu berjaya memberi lebih banyak kerusi kepada UMNO/BN berbanding PRU-11... tahniah.

Strategi pelingkup yang ke-2 berjaya dengan bergaya.

Jadi lepas 2 kali silap percaturan, PAS Terengganu masih tak nak terima suara dari luar Terengganu?

Terpulang... bagi aku senang je... sekali orang panggil tersilap, 2 kali orang panggil tak dak rezeki, masuk kali ke-3 kalau out jugak aku panggey "BODOH SOMBONG"!!!

Pada aku, kalau Mustafa Ali lawan Wan Farid sama dengan saje-saje nak bagi P-036 dekat UMNO/BN.hangpa nak dengar ka, tak nak dengar ka, aku tak kisah... sape pun jadik calon aku tetap sokong & aku tetap turun ke P-036.

Tapi aku kalau turun (termasuk semua sukarelawan) bukan untuk tengok PAS kalah... PAS Terengganu kena rancang betul-betul... jangan buat silap sampai 3 kali..!

2010 BERMULANYA AKADEMI FANTASIA DI SEKOLAH-SEKOLAHRENDAH


Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.

"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata".

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada pemberita, semalam.

Jadi untuk para ibu-bapa bolehlah menyiapkan anak-anak anda untuk sessi saringan peringkat pertama Akademi Fantasia antara sekolah-sekolah rendah.

Mana-mana ibu-bapa yang telah mendaftar anak-anak mereka untuk sessi persekolahan darjah 1 tahun depan dinasihatkan supaya menunda kemasukan anak-anak daripada tahun depan kepada tahun 2010. ini adalah untuk memberi lebih peluang kepada anak-anak ini bersaing dari darjah 1.

Ibu-bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak anda "bodoh", "bangang", "buta huruf", "bebal" atau apa-apa yang sewaktu dengannya kerana mengikut sukatan pelajaran semi Akademi Fantasia ini, kebolehan pelajar dinilai secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

Maknanya jika anak-anak anda tidak lulus peperiksaan (0% / otak zero) mereka masih dianggap cerdik pandai dan juga berkebolehan sekiranya mereka handal dalam berlakon, menari atau apa-apa kebolehan lain atau "praktikal" (bodoh/bangang tak pe asal pandai berlakon/menari).

Mulai 2010 juga, para pelajar akan dipermudahkan lagi pembelajaran tanpa dibebani dengan "pelajaran tidak perlu" (ni sekor lagi bangang... ada ke dekat sekolah dok ajar benda-benda yang tak perlu??? lembu sungguh menteri nih).

Jika anak-anak tuan-puan atau tuan-puan sendiri merasakan ada beberapa mata pelajaran yang "tidak perlu dipelajari" (dalam sukatan matapelajaran sekolah rendah) maka tak payah belajar... jangan buang masa anak-anak anda.

Pihak kementerian pelajaran juga akan memastikan bahawa para pelajar akan berasa "seronok" dengan sukatan pembelajaran yang baru ini (mana la tak seronok kalau dah pi sekolah macam masuk Akademi Fantasi, tak payah belajar sangat mata pelajaran yang "tak perlu").

Oi menteri lembu..!

Ngko nak suruh budak-budak ni jadik ape besor esok?

Kalau dah dari kecik ngko dok asuh benda-benda tak elok gini, ngko harap budak-budak ni jadik ape besor esok?

Pengajian Rohani tak payah???

Baghal punya menteri...

Crawl at CIQ complex checkpoint on first day.


The first day of operations at the new Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine complex was marred by massive traffic congestion.

The two-hour-long crawl saw traffic into Johor snaking all the way to Woodlands in Singapore during peak hours due to motorists being caught off guard by the cashless toll collection system at the complex.

Many motorists, especially Singaporeans, did not know that they were required to use Touch ’n Go cards at the new complex in Bukit Cagar.

The congestion did not let up even when Plus officials were stationed at the complex entrance to sell RM20 cards on the spot to motorists.

Counters were also set up at the old checkpoint.

Notices were also placed at Woodlands informing motorist about the traffic congestion at the entrance into Malaysia.

Singaporean businessman John Tan, 45, said he only found out about the cards when he entered Johor via the new complex.

“I was excited to use the new complex and expected it to be more efficient than the old Causeway checkpoint,” he said adding he was surprised when he was told he had to use the card for toll payment.

However, Tan said he was impressed with the design of the new complex.

Fellow Singaporean Tommy Ong, 40, said the authorities should have made the public more aware that Touch ‘n Go cards had to be used.

Malaysian chef Chan Pon Soh, 30 said it was “historic” to be among the first batch of road users using the new complex despite technical difficulties.

“Luckily for me, I already have a Touch ‘n Go card which I use on the North-South Expressway,” he said.

Malaysian K. Selvaraju, 41, said he was disappointed with the congestion. “I was hoping for a smoother ride but it was not the case.’’

Johor Immigration director Mohd Nasri Ishak said the congestion was due to motorists not having Touch ‘n Go cards and not used to the new road system.

“The jams were mainly during peak hours in the morning and even when people returned from work,” he said.

He said that adequate notices had been put up informing the public about the cashless toll system adding that all 200 counters for in-bound and out-bound were operational on the first day.

C

MALAYSIA TO TAKE 3 YEARS TO RECOVER FORM MARKET SLUMP

Malaysia's property market will take three years to recover from its slump, the slowest revival in more than two decades, reflecting the reach of the worldwide financial crisis, according to Regroup Associates.

"In the past four weeks, I've been staring at an abyss," said Allan Soo, managing director and founder of property consultant Regroup. "What's changed is the global recession."

A worldwide slowdown has sparked real estate slumps from Britain to Singapore, causing Malaysian developers such as Magna Prima to scale back projects. Values of luxury homes in Kuala Lumpur, where prices surged to a record last year, may fall as an oversupply looms, according to Soo, who declined to give a specific forecast. Malaysia's property market took about a year to recover from the 1997-1998 Asian financial crisis, he said. The rebound from the latest slump might start in 2010 and take as long as the recovery from the 1985 recession, Soo added.

Compared with last year, interest from prospective buyers had dried up, he said. "Inquiries would come in right after we put up a signboard on properties. Now, there're none."

Home prices will come under further pressure as the number of high-end apartments in Kuala Lumpur doubles to more than 30,000 in the next three years, according to Regroup.

Economic growth in Malaysia next year is expected to slow to 3.5 per cent from about 5 per cent this year, according to the government's estimates.

Still, losses for homeowners might be capped because most bought properties in 2006 before the peak for less than RM1,000 (HK$2,174) per square foot, Soo said. The entry of foreigners last year pushed prices to more than RM2,000 , he added.

Signs of fewer home purchases have already emerged. Bank loans approved for home purchases in October fell to its lowest since February, according to the central bank.

SP Setia, Malaysia's largest developer, expects a 22 per cent decline in property sales to 1.1 billion ringgit in fiscal 2009, according to Citigroup. The Kuala Lumpur Property Index has slumped 51 per cent this year, outpacing the main index's 40 per cent slide.

Magna Prima said last month it cut the projected revenue from its biggest property development in northern Kuala Lumpur by almost half.






MENTERI BODOH.. SEBAB TU YB SAIFUDDIN NASUTION BENCI BN.


Melompat aku beb bila baca kenyataan Syed Botak Albab dalam Bernama - “Lebih tepat, lebih cepat dan lebih sempurna untuk menggunakan Akta ISA… penahanan di bawah akta itu adalah tindakan awal elak keselamatan rakyat di negara ini (terjejas),” katanya.

Woi..! apa si Botak ni pikiaq? dia ingat dia tuhan ke sampai pandai-pandai labelkan akta ISA tu "lebih sempurna"? apa undang-undang ISA tu lebih sempurna daripada undang-undang yang Allah turunkan ke?

Sempurna macam mana aku tak paham... tahan orang yang disyaki tanpa bukti tu sempurna ke? nafikan hak orang kena tuduh dari dibicarakan tu sempurna ke? hukum orang yang disyaki tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah yang sah tu sempurna ke?

Kalau "sempurna" macam yang hang habaq, bubarkan je la mahkamah..! buat apa nak ada mahkamah kalau dah hang habaq ISA tu sempurna?

Buat apa nak bicarakan lagi orang kena tuduh kalau dah ISA tu sempurna?

Menatang Botak ni makin hari makin gila babi dah aku tengok... keluar kenyataan mengalahkan orang tak de otak. ni pulak dah keluar kenyataan baru "ISA lebih sempurna". undang-undang yang Allah turunkan tu tak sempurna ke Botak?

Oi botak..! engkau ni agama apa? cakap macam orang tak berakal yang tak de agama..! ke engkau mabuk???

DEMOKRASI SEMPIT,,,, RTM GAM LAGU PUISI Dr. Asri



KERANA KEPENTINGAN KUASA......

IKUT SUKA AKU (ISA)


INGAT; ALLAH SENTIASA MELIHAT APA YANG KAMU LAKUKAN...
YANG ZALIM RAKYAT TENTANG

( RAKYAT HAKIM NEGARA)