ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 8, 2009


BIJAKSANA YAB NIZAR KPD PR UNTUK RAKYAT AKAN TERJAWAB BAGI SULTAN........

OLIH......08/02/09.AHAD.
mula-mula aku benci gak Sultan Perak ni..
maklumlah aku pun macam hangpa jugak, cepat emosi sebab tak reti....
mai kita pikirkan balik, jangan dok marah Sultan.. dia bertindak bijak..
patutpun dia kata kat Nizar.. Allah akan sentiasa dengan orang yang sabar..

Sekarang ni Najib dok pressure Sultan, maklumlah nak naik jadi PM..
Sultan pula perlukan rekomen Najib untuk projek anaknya, Gamuda... Pada masa yang sama sultan tak mau buang Nizar..
Sultan pening tapi dia ahli undang-undang, maka fikirannya tentulah lebih baik dari aku yang hanya tau bisness sikit-sikit nih..

Kalau adakan RPK baru, duit habis, Najib boleh pulas lagi sekerusi dua, mungkin Najib menang..
Kalau biarkan masuk dewan, masa tengah panaih ni mungkin Nizar kalah dan kena terajang..
Lagi pun kalau bubar DUN tentu Najib marah, Gamuda jenuh nak cari peluang... Kalau biarkan undi tak prcaya, mungkin Najib menang..
la ni senang

Sultan arahkan Nizar letak jawatan sedangkan dia tau itu salah..
tapi dia tak arahkan speaker letak jawatan sedangkan speker masih orang PR.. dia jadikan kelam kabut dan dibawa ke mahkamah..

kalau kes yang begini exposurenya, mungkin arahannya terbatal dan Nizar masih MB yang sah...
Kalau pun Najib nak buat undi tak percaya, macam mana kalau speaker tak benarkan sebab Sultan tak menitahkan demikian..

Bila kes mahkamah selesai, Najib takleh marahkan Sultan sebab dia dah bagi peluang.... dan Nizar pun teruih jadi MB...

Semua yng sultan nak tercapai...

betui tak cakap aku.. jadi jangan dok maki Sultan lagi sebab itu yang UMNO kehendaki...

KEBANGKITAN ANAK MUDA RE4MASI DSAI

from vehicles 2 life
Hoi Pengecut!! Masa nak buat kerja gila kau tak fikir panjang pula..ingat Tarikh 5/2/2009 Najib..Tarikh ini kau akan kenangkan kerana kau dibenci sebelum jadi PM dan kebencian ini akan membuak-buak...

Sila Klik di sini. Kenapa Sultan sekarang tak pernah tolong rakyat. Ini khas untuk Perak.

Pahlawan - Pahlawan Muda Yang Berani Kerana Kebenaran

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.

Sembilan orang yang ditahan ialah:

Yusuf Jaafar,

Muhammad Faiz Muhammad Arshad,

Muhammad Ismail SM A. Kadir,

Pat Latif Mansur,

Isha Riduan Ishak,

Idris Muhammad Amin,

Adi Helmy Muhammad Nasir,

Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan

Zulhaizam Zulkifli.

Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang.

Salute kepada mereka-mereka yang berani!!!


sumber : Amin Iskandar

SEMANGAT DSAI:- 24JAM/07HARI/12BULAN(24.7.12)


Aku juga setuju, apa yg berlaku di Perak banyak hikmahnya....

Kita tak tahu berapa lama lagi drama Perak berMB dua ni,.dan berapa lama Najib berserta troopernya boleh mengunci pergerakan adun2 BN dan bebas ini.... dan ini secara tak langsung akan menjadikan Najib dan kuncu2nya sibuk menjaga lembu2 pawah ini daripada terlepas, agenda ekonomi, agenda rakyat akan terus terabai...dan ini akan memberi ruang kepada PR terus berbakti pd rakyat dan merancang agenda politik yg lebih berkesan...

##################################################################

24/7/12
Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung dalam tempoh kurang daripada 2 bulan dari sekarang. Ramai yang masih berteka-teki samada Najib Tun Razak atau orang lain yang akan mengambilalih tampuk pemerintahan apabila Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada ketika itu.


Ketika Anwar melaung-laungkan untuk menyempurnakan penghijrahan sejumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan oleh penghijrahan pertama yang dilakukan oleh skuad Najib iaitu The Rasuah Boys bersama-sama seorang Adun Jelapang daripada DAP yang juga merupakan Timbalan Speaker Dun Perak.

Saya tidak berminat untuk memperkatakan lagi tentang apa yang terjadi di Perak. Cukup-cukuplah kita faham tentang perangai Barisan Nasional yang membelakangkan Undang-undang dan mempergunakan Sultan bagi menyempurnakan niat murni mereka itu. Cuma apa yang menarik perhatian saya, ada pendapat mengatakan Najib menggunakan umpan yang dipasang oleh Anwar untuk memakan tuannya sendiri. Hm, memang menarik bunyinya. Tetapi saya juga tertarik dengan kata-kata sahabat di Perak bahawa adakah Anwar Ibrahim memasang 2 umpan dan membiarkan umpan yang pertama itu digunakan oleh Najib terlebih dahulu sebelum Anwar menggunakan umpan yang kedua?

Barisan Nasional yang suatu ketika dahulu begitu komited dan dengan rasa semangat demokrasi menegaskan mengenai tindakan lompat parti adalah sangat tidak beretika dan membelakangkan semangat demokrasi serta mengkhianati amanat yang diberikan oleh pengundi dan kini tindakan merampas kuasa pemerintahan bukannya dimulakan oleh Pakatan Rakyat tetapi dilakukan oleh Barisan Nasional terlebih dahulu yang dikatakan diusahakan oleh Najib Tun Razak.

Jika kita masih berpegang kepada kata-kata Anwar Ibrahim bahawa tindakannya untuk menarik sejumlah Ahli Parlimen BN ke dalam PR terpaksa ditangguhkan dahulu, mungkinkah ianya akan terlaksana dalam tempoh sebulan atau 2 bulan ini? Atau ketika Najib yang menjadi Perdana Menteri Sementara nanti? Dan apabila ianya terlaksana ketika itu, bukankah ianya adil untuk semua pihak? Bukankah Barisan Nasional yang mulakan dahulu? Jadi tak salahkan kalau Pakatan Rakyat juga melakukan perkara yang sama?

Itulah saja yang ingin saya kongsikan di sini, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam politik, jika anda lihat sesuatu, anda dan orang lain juga percaya, jika anda dengar sesuatu, anda dan orang lain juga percaya dan jika anda baca anda dan orang lain juga percaya... belum tentu anda bercakap sesuatu dan orang lain pula percaya... Semuanya berbagai kemungkinan...Allah sentiasa di pihak yang benar

DAH BACA JNG PERCAYA

Anwar: UMNO memperalatkan institusi raja untuk halalkan rampasan kuasa di Perak

08/02/09. Ahad.

UMNO telah mengggunakan institusi raja untuk mempertahankan amalan rasuah politik dan rampasan kuasa di Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan UMNO itu diambil kerana UMNO hilang keyakinan untuk kembali mendapatkan mandat rakyat setelah kalah pada pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil yang menyusul.

UMNO menggunakan institusi raja untuk mempertahankan rasuah dan rampasan kuasa mereka,” beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Kalau benar UMNO mempunyai kekuatan dan yakin pada kekuatan itu..mereka harus kembali kepada pengundi di Perak untuk membuat keputusan. Kita sedia menerima keputusan pengundi walau apa sekali pun.”

Namun Datuk Seri Anwar berkata UMNO tidak akan berani berbuat demikian setelah tewas teruk pada pilihanraya umum lalu serta di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sebaliknya parti itu cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu kesahihan kerajaan negeri pimpinan UMNO dengan menuduh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononya derhaka kepada Sultan.

Apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat ialah taktik Najib “menghilangkan” ADUN Pakatan Rakyat sebelum mereka menjelma tiba-tiba di sisi Timbalan Perdana Menteri itu dan mengisthiarkan diri sebagai penyokong parti itu.


RAKYAT MAHU NOBATKAN PERLEMBAGAAN....


Detik hitam dalam sejarah Perak…..Kemarahan rakyat terhadap istana dan Barisan Nasional serta UMNO. Ribuan penduduk Perak keluar beramai-ramai untuk membantah perlantikan kerajaan baru negeri Perak pimpinan UMNO yang diperkenan oleh Sultan Perak tanpa mengadakan pilihanraya. Suasana kecoh berlangsung lebih sejam depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dengan polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata berkali-kali kearah penduduk termasuk wanita. Perhimpunan diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu kira-kira 2.15 petang tadi walaupun polis mengadakan kawalan ketat di sekitar masjid berkenaan dan jalan menghala ke Istana Iskandariah. Mereka cuba berarak ke istana itu tetapi segera dihalang polis yang melepaskan gas pemedih mata sehingga memaksa kumpulan penunjuk perasaan itu berundur ke kawasan masjid.

Polis terus melepaskan lagi gas pemedih mata berkali kali terhadap penunjuk perasaan. Tindakan polis itu hanya memburukan keadaan dan mencetuskan provokasi di kalangan orang ramai. Kemarahan mereka memuncak apabila melihat kenderaan-kenderanan pemimpin Barisan Nasional menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.

Kawasan perkarangan masjid dan kediaman-kediaman berdekatan tempat ibadat ini turut menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata.

Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat rakyat Perak. Mereka hanya bersurai apabila diminta berbuat demikian oleh dua pegawai Pakatan Rakyat termasuk pembantu Mohamad Nizar.

Ratusan orang bagaimanapun terus berlegar dekat masjid, menunggu kenderaan-kenderaan pemimpin UMNO dan BN melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah Zambry yang selesai kira-kira 4.30 petang.

Mereka terus meluahkan perasaan mereka pada setiap kereta rasmi yang lalu...kemarahan luar biasa yang mencerminkan rasa jijik terhadap amalan kotor untuk memaksa Pakatan Rakyat menyerahkan kuasa kepada BN menerusi pintu belakang, tanpa kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat.

SUHAKAM; KEPADA PILIHANRAYA


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam berpendirian hanya pilihanraya bebas dan adil dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya